#56

6.5K 529 55
                                    



× × ×

Selepas sebulan latihan yang diberi untuk semua pelajar, akhirnya bulan Sukan akan berakhir dengan pertandingan sukan sukan yang terpilih sebagai penutup bulan Sukan.

Elena menutup pintu keretanya diikuti yang lain. Atas faktor yang lain malas nak bawa kereta masing masing maka dengan muka tak malunya mereka bertiga menumpang kereta Elena.

Beg sandang sukan di tempat duduk belakang sekali diambil. Lalu mereka berempat berjalan beriringan ke dalam sekolah.

Langkah diatur ke bilik persalinan. Keadaan bilik persalinan menyesakkan dan sudah penuh dengan pelajar pelajar perempuan yang lain. Mereka berempat menuju ke arah kawasan classmate perempuan mereka. Semua sudah siap, kecuali Eva and the geng. As expected.

30 minit diambil untuk bersiap. Persiapan untuk cheerleaders memang menyusahkan. Elena memandang pelajar perempuan lain yang menyarung jersey bola keranjang. Senang, tak payah nak buat rambut stail itu ini, nak makeup setebal himalaya. Urgh stress.

Ariana dan Alana yang sudah siap dengan final touch iaitu bahagian rambut stail bun mulai memanjangkan leher mencari kelibat Eva dan LD. Nan hado, batang hidung pun tak nampak.

"Mana baju Eva and the geng? aku nak pergi sumbat baju ni dekat minah tu. Latihan datang lambat, hari pertandingan pun nak buat hal ke. Pening la aku..." rungut Ariana.

Myra selaku penolong ketua kelas yang bertanggungjawab atas urusan baju menghulur 4 helai baju cheers milik Eva dan LD kepada Ariana.

"Jom Lana, aku nak pergi cari LD. Alang alang kau sembur sekali macam ridsect." ajak Ariana. Alana mengangguk lalu mengekori kelibat Ariana daripada belakang.

Kawasan sekolah yang sememangnya sesak disebabkan pelajar pelajar bersepah di seluruh kawasan dengan pakaian sukan masing masing menyusahkan misi pencarian Eva dan lalat diva.

"Aku rasa satu sekolah kita tawaf ni Lana. Tak jumpa juga. Ada yang aku pergi gegar rumah dia." ucap Ariana.

"Aku tahu dekat mana. Bilik persalinan lelaki." Alana berbisik.

"Lupa pula. Kan murah. Hihi. Jom."

Tepat jangkaan Alana, kelihatan lalat diva sedang meneropong jejaka jejaka di dalam bilik persalinan. Manakala Eva sedang ber flirting bersama entah siapa siapa di penghujung luar bilik persalinan.

"Eew who's that guy. Tak ada taste ke apa?" bisik Alana kepada Ariana.

"Sah tak ada taste." balas Ariana.

Mereka berdua berjalan ke arah La' Diva.

"Hoi!" satu jeritan kuat singgah daripada belakang untuk La' Diva.

"Oh mak kau abang kacak six paxk berketul pack pack— eh Ariana kau ni! malu la aku. Kan dah kantoi!" bisik Kathrina geram.

"Kantoi tak kantoi. Siapa suruh meneropong tak reti cover." Ariana tayang muka selamba.

"Ni baju kau orang. Pergi tukar baju cepat. Ingat kau anak raja ke nak tunggu dayang dayang datang tukarkan baju?" Alana menghulur baju mereka berempat dan disambut Leeya.

"Ooh you guys la kan dayang dayang tu? thanks la eh tolong hantarkan baju!" seloroh Rania.

Ariana dan Alana mencebik.

"Perangai macam jebon ada hati nak ada dayang dayang hantarkan baju. Makanlah tahi sana." kata Ariana lalu bergerak meninggalkan La' Diva.

👑👑👑

"Team A aka team Elena, Ariana, Melissa, Alana, Myra, Hanis, Fara, Syaf, Tasnim and Afrina dah settle, kelas kita dapat masuk semi final, so untuk semi, team B akan masuk. Okay?" Myra mengumpul semua pelajar perempuan 5 Thistle di bahagian atas bench yang disediakan.

"Team B, Ana, Maria Chipah, Aisy, Sarah, Athirah, Eva, Kath, Leeya and Rania, please get ready. Semua ada kan?" soal Myra lantang.

Di barisan belakang, Hanis mengangkat tangan. "Eva tak ada."

"Mana Eva?" tiga tiga bahu LD yang sedang sibuk meratakan foundation di muka masing masing ditepuk oleh Fara, Tasnim dan Syaf.

"Mana lah tahu." jawab Leeya tanpa memandang ke arah Tasnim yang menepuk kasar bahunya.

"Member kau sendiri takkan tak tahu? ke dah putus tali persahabatan?" Afrina menyoal dengan nada sinis.

"Tak tahu tu tak tahu lah. Kalau aku tahu, aku dah bagitahu lah!" amuk Kathrina. Bengang dikacau Afrina.

"Er Fara... can you let go your hands from my shoulder? bukan apa, aku taknak ada any kotoran even sekecil zarah pun datang dekat aku. So please, will ya?" suara Rania yang dibuat buat bercampur dengan tangannya menghalau tangan Fara daripada melekat di bahunya sungguhlah diva. Kathrina dan Leeya turut mengiyakan kata kata Rania.

Fara senyum senget. Dia menghantar isyarat kepada Tasnim dan Syaf. Mereka berdua mengangguk dengan senyuman sinis. Tangan masing masing mulai sengaja menepuk nepuk bahagian bahu dan belakang mereka bertiga secara kasar.

"Kotoran sekecil zarah my ass!" perli Fara, Tasnim dan Syaf serentak.

"Aih korang stop la! lagi berapa minit nak start game pun boleh main main ke? urgh!" bentak Myra lalu meninggalkan mereka semua terpinga pinga.

"Period ke?" Ana berbisik kepada Chipah.

Chipah menggeleng. "Dia belum lagi."

👑👑👑

Elena yang baru selesai dengan gilirannya bertanding mulai berjalan ke toilet. Mukanya yang merah dek kepanasan itu dibilas dengan air.

"Kau nak apa? tak payah sibuk sibuk nak jumpa aku boleh tak?!"

Suara Eva?

"Kau tunggu luar! aku keluar sekarang tapi kau jangan berani berani nak masuk dalam sekolah!"

Elena terus meluru masuk ke dalam toilet yang kosong dan mengunci pintu. Kedengaran tapak kaki Eva berjalan meninggalkan toilet. Beberapa keluhan kadar turut kedengaran dilepaskan olehnya.

Elena melangkah keluar selepas dia merasakan Eva sudah jauh daripada toilet. Berlari dia mengejar langkah Eva sampai di kawasan luar sekolah.

Kelihatan Eva bertemu seseorang... ?

× × ×

so bbbg ranked #1 in teen fiction for 2 times already on 20/9 & today, 22/9!! thanks to all of you<33

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang