#61

6.8K 515 23
                                    

Langit pagi yang masih gelap menjadi peneman dikala ini. Masih berbaki 30 minit sebelum dia bergerak sekolah untuk hari pertama dia bersekolah selepas sekian lama dia di rumah ulang alik ke hospital untuk terapi kakinya. Sengaja dia bersiap awal hari ini. Yang lain masih bersiap di atas.

Kakinya semakin lama semakin sembuh berkat kerajinan diri tak pernah skip appoinment fisioterapi untuk kakinya. Cakap pasal fisioterapi... Faiq, yang sentiasa volunteer hantarkan pergi hospital if Ariana, Melissa and Alana busy tiga tiga.

" everything's almost back to normal now, almost at it and wishing nothing but only happiness from now on ... "

Tepukan lembut di bahu menyentakkan lamunannya. Dia mendongak untuk melihat gerangan yang menepuk bahunya tadi. Kelihatan Alana tersenyum senget sambil melayang layangkan pisau dan jam strawberry.

"Favourite kau ni ha roti dengan jam strawberry, jom makan." Alana mulai menarik Elena untuk bangun ke dapur.

Elena ikut bangun dan mengikut langkah Alana. "Kot ya pun janganlah sampai bawa pisau. Kau nak bunuh aku ke apa?"

Alana tersengih sendiri. "Al semangat bin Al- Lapar. Hehehehehe."

SKIP

Kring!!

"Okay class that's all for today, thankyou everyone."

"Thankyou madam."

Segala jenis buku nota, pen dan sebagainya ditolak tepi. Kepala dibaringkan di atas meja. Merehatkan otak selepas 1 jam memerah untuk subjek yang bukan kegemaran empat gadis itu.

"Aku rasa lah kan... otak aku ni dah tak boleh terima apa apa pelajaran. Dia dah tertutup." ucap Alana sambil menggeleng lalu meneguk airnya.

"Bukan kau je, aku pun. Stress!" tambah seorang lagi merungut. Siapa lagi kalau bukan teman sejati, Melissa.

"Jom kafe, otak perlu berehat. Untuk merehatkan otak, kita kena isi perut." ucap Ariana sambip menyarung hoodienya.

"Macam tak ada kena mengena... tapi sebab aku pun lapar... jom!" ucap Alana dan terus bangun dan berjalan beriringan ke kafe.

Pintu kafe dibuka. Keadaan kafe yang masih lengang memudahkan proses pesanan makanan. Seperti biasa, meja 50 menjadi sasaran mereka berempat.

"Empat set big breakfast, table 50." pesan Ariana di kaunter lalu berjalan ke meja 50. Dia mengambil tempat di hadapan Elena. Elena sekarang seringkali menyarung hoodie, rimas katanya sering dipandang.

"Aku dengar dengar, tahun ni Asia Corp buat lagi Asia Students Camp tu. Tapi tahun ni, bukan pelajar yang memohon tapi pihak Asia Corp sendiri yang akan pilih. Since syarat bertukar, kriteria yang terpilih pun bertukar." ucap Melissa selepas dia melayari internet di smart phonenya.

"Haah. Aku pun terdengar juga Madam Lina gossip dekat bilik guru tadi. Katanya senarai nama pelajar yang terpilih akan diumumkan dekat web sekolah before balik nanti." Alana turut menambah perasa dalam sesi gossip waktu itu.

"Serious? untungla siapa yang dapat pergi. Camp tu bukan calang calang camp, level Asia kot. Kalau la kita dapat pergi, fuh damn lit siooo." kata Ariana teruja. Tangannya sudah gatal ingin mencari informasi tambahan di internet. Mencari syarat syarat kelayakan pelajar yang terpilih.

Selepas 10 minit, "Since the camp is a students camp, Asias staffs have create tons of games for both academic and sports category. So the qualification is the students choosen must be good in both sports and academic." ucap Ariana sambil membaca info di telefonnya.

"Macam ada peluang kali ketiga je kau El." kata Alana sambil menjamah makanannya. Elena yang khusyuk dengan makanannya dipandang sekilas.

"Tak nak lah." jawab Elena pendek. Eh dia ni!

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang