#68

6.8K 508 57
                                    



👑👑👑

Selepas waktu persekolahan tamat, Elena terus ke blok akademik untuk ke perpustakaan dengan tujuan meminjam buku latihan subjek Ekonomi. Sejurus sampai di rak, dia terus mencari buku tersebut. "Haa jumpa pun..."

"Nak pinjam buku ni." Elena meletakkan revision book subjek di atas kaunter perpustakaan.

"Bawa kad tak?" soal si penjaga kaunter. Elena mengangguk lalu membuka purse miliknya lalu menghulurkan kad keahlian miliknya.

"Okay done. Lagi satu minggu, pulang balik ya." ucapnya lagi, Elena mengangguk.

"Thanks!" buku latihan Ekonomi bertukar tangan. Elena terus melangkah keluar daripada perpustakaan.

"Oops sorry!!" Elena ketap bibir apabila pintu perpustakaan terkena kepala orang di bahagian luar perpustakaan.

"Lah Zaril, i'm so sorry! Kau okay tak?" soal Elena.

"Hahaha it's okay. Tak apa lah, sikit je ni." Zaril menggosok gosok kepalanya sambil tersenyum.

"Tapi merah tu, mesti sakit kan?" soal Elena lagi, risau dia jadinya.

"Serious la. No need to worry."

"Tapi merah gila kot kesan dia, rasa bersalah pula..."

Zaril ketawa perlahan. "Kalau kau rasa bersalah then... teman aku?"

"Pergi mana?"

"Sunway Velocity Mall. Nak beli buku."

"Kedai depan sekolah ni pun kedai buku juga, why so demand..." ucap Elena perlahan.

"Alang alang boleh lepak together. Tadi kata rasa bersalah kan? so... nak ke tak nak?" soal Zaril lagi.

Elena mengangguk. "Okay then." Dia terus berjalan sehingga ke tingkat bawah untuk mendapatkan keretanya. Daripada tadi terasa macam ada yang mengikut, Elena menoleh.

"Lah kau... nak apa lagi? cepat la ambil kereta ke motor ke?"

"Actually... aku pergi and balik sekolah dengan driver and sekarang driver tak boleh nak ambil sebab tengah pickup parents aku dekat airport so..."

"So? naik la teksi ke tak pun Grab ke Uber ke?? sekarang semuanya di hujung jari lah. Tolonglah jangan noob sangat." Elena tayang muka bosan.

"Buat apa nak naik teksi ke Grab ke Uber ke sedangkan kau ada kereta dan kita ke haluan yang sama?" giliran Zaril pula menyoal.

"Duh this guy... yelah yelah. Tak pasal pasal aku pula yang kena teman kau sebab driver kau tak ada." Elena terus bergerak ke keretanya diikuti Haqeem dibelakang ke tempat penumpang.

-

Sunway Velocity Mall
2:00p.m

"So kau nak pergi mana ni?" soal Elena sejurus sahaja mereka berdua keluar daripada lif.

"Makan dulu please? lapar la...." Zaril menggosok gosok perutnya tanda lapar sambil memuncung.

Elena mendengus kasar. "Kat mana?"

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang