#46

6.1K 513 8
                                    

vote + comment 🙊

×××

"Beberapa hari selepas itu, mereka berempat datang berjumpa bonda dan menceritakan segalanya........"

FLASHBACK

"Assalamualaikum bonda!" laung Alana daripada luar. Manakala yang lain di bonet mengeluarkan beg beg plastik berisi makanan, pakaian dan mainan untuk penghuni Rafflesia.

"Waalaikumssalam, masuklah." pelawa bonda sopan. Pintu pagar dibuka menjemput empat gadis itu masuk.

"Semua dah dikeluarkan kan Alana? Pak Mat gerak dulu nak ambil papa kamu pula. Nanti dah habis, Alana call Pak Mat ya?" pesan Pak Mat sebelum dia melangkah ke tempat duduk pemandu.

"Okay bye Pak Mat!" selepas MPV milik keluarga Alana hilang daripada pandangan, mereka berempat masuk berserta barang barang yang sudah dibeli ke dalam.

"Kak El!!"

"Kak Ari!!"

"Kak Mel!"

"Kak Lana!"

Menjerit semua penghuni Rafflesia dengan kehadiran mereka. Dah lama tak menyingah, rindu lettew.

"Yaaaa, semua sihat? rindu Kak Mel tak?" soal Melissa sambil berdiri di sebelah bonda.

"Sihat!" jawab semua teruja.

"Harini kita orang ada bawa banyakkk foods, toys dengan baju untuk semua. Nak tengok????" soal Alana semangat. Eh dah bertukar dengan budak budak ke?

Mereka berempat membuka beg beg plastik tadi lalu diagihkan kepada seorang demi seorang.

SKIP

Kesemua kanak kanak di situ masih teruja dengan barang barang yang diberi oleh mereka berempat. Ada yang terus nak sarung baju, ada yang dah main pun toys.

Terubat sikit luka di hati dapat gembirakan anak anak yatim. Walaupun tak banyak tapi sekadar yang ada. Mereka berempat memerhati sahaja gelagat seorang demi seorang.

"Banyak kamu semua berbelanja untuk dia orang kali ni?" soalan bonda mematikan lamunan masing masing. Bonda mulai mengambil tempat di sebelah Ariana.

"Dah lama tak datang bonda, ni kira topup sikit la. " jawab Ariana.

"Haah.... bonda nak tanya, kenapa dah lama tak datang? majlis khatam al-quran minggu lepas pun kamu tak ada.." soal bonda lagi.

Riak wajah satu persatu berubah. Bonda yang perasan akan perubahan riak wajah mereka mengusap lembut belakang Ariana.

"Kamu semua ada masalah ke?" soal bonda.

"Bonda...." terlepas tangis Ariana. Gadis itu ditarik ke dakapan bonda.

"Shh... jangan nangis. Bagitahu bonda, apa yang dah jadi sampai semua boleh menangis ni?"

"Awal bulan lepas kami berempat diculik..." ucap Elena perlahan.

"Allahuakabar... siapa yang menculik? dah dapat ditangkap orangnya?" bertalu talu bonda menyoal.

"Slyther bonda.... semua sebab kami berempat terdengar perbualan orang Slyther, dia... dia nak serang sekolah kami. Tapi tak sempat sebab kami terdengar perbualan mereka." terang Elena.

"Jadi sebab itu kamu dibawa pergi oleh mereka? tapi sekarng semuanya dah selamat kan?" soal bonda mencari kepastian.

"Waktu kami terdengar tu, anak pengetua, Ily ada dengan kami. Jadi Ily pun diheret dengan kami sekali. Dan bila dah sampai di sana, dia ditembak tapi alhamdulillah, dia masih selamat cuma luka parah. Ily tengah dirawat dan dijaga oleh kawan kami, ibu dia doktor." giliran Melissa pula bercerita.

"Kamu tak beri Ily kepada ibu dia?"

Mereka semua menggeleng. "Makin bahaya kalau semua orang tahu Ily masih hidup sebab orang Slyther percaya Ily dah mati sebabtu kami terpaksa palsukan kematian dia untuk menyelamatkan semua pihak...."

"Jadi sekarang? semuanya dah okay?"

Mereka menggeleng lagi. "Sebelum Ily kena tembak, ketua dia bagi syarat, kalau kami berempat masuk Slyther, Ily tak akan mati. Dalam hati ni kami fikirkan keselamatan Ily je, bonda. Jadi kami berempat setuju dan selepas tu, Ily terus ditembak dan kami berempat dah jadi pun ahli Slyther..." sejurus sahaja ayat terakhir meluncur daripada mulutnya, pecah tangisan mereka berempat. Tubuh mereka diraih bonda lalu dipeluk bersama.

"Allahuakbar... betapa beratnya dugaan untuk kamu berempat, sayang..." bonda juga turut menangis bagaikan merasai kesakitan mereka.

"Kami tak tahu apa yang akan jadi dah bonda, waktu perjumpaan pertama kami, ketua dia ada cakap kalau kami dah masuk sana bermaksud nyawa kami dalam tangan mereka." makin kuat mengalir air mata masing masing.

"Lapor pada polis lah kalau begitu, nanti bahaya.." pesan bonda.

"Mereka berbahaya bonda, mereka ramai. Kami dah nekad, kami akan join Slyther dan dalam masa yang sama, kami dapat tahu bila dia nak serang sekolah buat kali kedua. Biarlah kami yang sakit kalini." ucap Ariana diselit tangisan...

"Kamu semua kuat sayang... bonda akan sentiasa mendoakan keselamatan kamu berempat..."

FLASHBACK END

"Sejak hari tu, mereka dah tak datang ke sini lagi. Bonda faham.... mereka perlukan masa dengan apa yang dah jadi." ucap bonda mendatar.

"Lepas tu memang tak ada dahlah dia orang datang bagi sumbangan?" soal Adrian. Eh dia ni kan dah cakap tadi tu last day!

Bonda menggeleng. "Bantuan daripada tangan mereka mungkin sudah berhenti tapi bantuan daripada akaun bank mereka masih berjalan daripada dulu sampai sekarang. Setiap bulan mesti akan masuk duit daripada mereka berempat." empat jejaka itu tergamam.

"Bonda tahu mereka tak akan lupa Rafflesia. Budak budak dekat sini dah terlebih sayang dengan dia orang tu. Yelah keluarga masing masing sibuk, jadi Rafflesia lah tempat mereka menghabiskan masa." tambah bonda lagi.

"Tak akan dia orang tak ingat langsung, bonda?" soal Faiq.

Bonda menggeleng. "Budak budak, Faiq. Bukan semua boleh mereka ingat. Paling bonda terkilan, Sabrina tu paling rapat dengan Elena dulu. Tapi waktu yang Elena datang balik haritu, Sab tak ingat Elena..."

"Nak buat macam mana, bonda. Dah jadi pun, redha aje lah..." mendatar sahaja suara Zarith bercakap.

"Betul lah tu..bonda nak ke dapur dulu, layan tu budak budak tu." pamit bonda.

×××
chapter ni suppose publish dulu daripada chapter last update haritu, takpa lah eh pfft

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang