Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ) , 9:30am
"Takecare Elena, jangan nak beria sangat ya. Kau tu baru je keluar hospital, kawal kawal sikit perangai tu." pesan Alana lalu mereka berpelukan.
"Tu lah! kalau nampak ada sales tu jangan semangat sangat, kalau semangat juga, belikan untuk aku sekali!" sempat lagi Ariana menyakat.
"Over la kau orang, pesan kat diri sendiri juga! macam aku je yang pergi holiday. Dah lah destination lain lain, almaklumlah dah muak kan?" fuih sinis betul ayat kak Elena kita.
"Yelah yelah! tu parents kau dah panggil. Takecare El! balik nanti roger roger, kita gegar KL aite?" ucap Melissa lalu mereka berempat berpelukan. Group hugs!
Elena melambai ke arah tiga rakannya sebelum dia dan keluarganya masuk ke balai berlepas. Selepas seminggu Elena keluar hospital, mereka sekeluarga bercuti di LA seperti yang dicadangkan Dato' Khalil. Adiknya, Elysa juga turut serta kali ini. Rindu benar dia dengan adiknya itu.
Ariana, Melissa dan Alana juga bercuti namun di lain lain destinasi. Nak rehatkan minda katanya. Ariana ke Bali, Indonesia. Melissa ke Krabi, Thailand dan Alana ke Singapura bersama keluarga masing masing.
Sejurus sahaja kapal terbang naik, dia memandang sekilas ke arah bumi Malaysia yang bakal dia tinggalkan buat seketika. Dengan harapan, semua luka lama dapat diubati.
Adiknya, Elysa di premium seat sebelah dipandang sekilas. Gadis itu sudah bersiap siap untuk tidur. Penat agaknya daripada camp site terus ke KLIA. Movie di hadapannya digodek godek sedikit, namun kebanyakkannya sudah dia khatam, almaklumlah dia ini si pencinta movie!
Mama dan papanya di seat tengah antara dia dan Elysa berserta seat Ezaril dan Ezzat dipandang juga. Papanya bersungguh sungguh menyelak surat khabar manakala mama menyelak majalah. Abang dan adik lelakinya di seat hujung dipandang pula, dua dua dengan headphone di kepala, movie lettew.
Akhirnya dia mengikut jejak langkah adiknya, Elysa iaitu tidur...
👑👑👑
Los Angeles ( LAX ) International Airport , 12:30pm
Gadis itu termenung, sambil merenung burung burung yang berterbangan di bahagian luar lapangan terbang itu. Di lubuk hati, terbit rasa untuk mempertikaikan kehidupannya. Kehidupan yang seakan akan diatur.
"Jom kak El, driver dah sampai." sapaan lembut Ezzat mematikan lamunannya. Pantas luggagenya ditarik lalu mengikuti langkah Ezzat.
MPV berserta driver sudah siap tersadai di hadapan pintu lapangan terbang. Semua luggage dimasukkan satu persatu ke bonet belakang. Elena terus melangkah masuk ke dalam perut kereta. Seat kedua tengah diambil. Elysa pula mengambil tempat di sebelahnya.
"Kak El okay?" sambil merenung kakaknya yang termenung sambil menyumbat earphone ke telinganya, Elysa menyoal.
"Okay je, apasal? nampak macam tak okay ke?" soal Elena kembali.
" Takdalah, nampak macam baru lepas break up je akak ni... hahaha! Elys gurau je!" ucap Elysa laju selepas menangkap pandangan tajam kakaknya.
Elena tidak membalas sebaliknya mencubit lembut pinggang Elysa. Dia kembali merenung ke luar tingkap. Kata kata Elysa dihadam kembali.
Perjalanan 1 jam daripada lapangan terbang ke banglo keluarga mereka diisi dengan mengunyah, menyanyi, bergurau senda oleh mereka semua. Elena dalam diam tersenyum, dalam hatinya, bayangan Eliana datang menyinggah.
"Kak Eli it'll be so much better if you're here with us..."
👑👑👑
YOU ARE READING
bbbg | ✔
Novela Juvenil☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.