Selesai makan dan basuh pinggan, masing masing mulai beransur masuk ke bilik masing masing.
"Best nya kampung!" jerit Elena lalu berbaring di atas katil.
"Tu lah, apa hal la mummy daddy aku tu payah benar nak balik kampung." tambah Ariana.
"Kau orang dah besar nanti jadilah kontraktor, buat satu rumah dekat kampung. Mana mana la! lepastu nanti free time kita buat girlfriend getaway!" tutur Alana teruja.
"Berangan tu simpan dulu Lana, cepat bentang tilam tu. Kita kat kampung bukan bandar, tidur awal." leter Melissa pula lalu membentang tilam. Selesai membentang toto, Melissa pamit untuk ke tandas dan terus keluar daripada bilik. Dia mengeluh apabila tandas diguna. Cermin dan sinki ditepi pintu tandas itu dipandang sekilas lalu dia tersenyum, nak basuh muka je bukan nak melepas.
"Uih dahsyat Tok Ayah pakai pencuci muka Safi Men! nak jadi Fattah Amin ler tu! kiranya Tok Mak kena jadi Neelofa la baru hestek Lofatttah gitu." sempat lagi Melissa membebel apabila dia terlihat pencuci muka untuk lelaki yang Fattah Amin jadi duta tu! Tangannya ligat meratakan cleanser ke seluruh mukanya. Selang seminit, pintu tandas dibuka.
p/s : lofattah content banyak sangat pula, sekali fattah amin kahwin dengan fazura #plottwist #lofattahtakkesampaian
"Huwaaa ada hantu!"
"Mana hantu?!"
"Hoi aku punya cantik macam Lily May Mac ni kau pangil hantu?! wah wah sesedap dip n dip je kau ya?" soal Melissa apabila Adrian menjerit sebaik sahaja dia keluar daripada tandas.
"Kamu berdua kenapa? siapa yang jerit tadi? "soal Tok Ayah yang baru tiba bersama Tok Mak, si jejaka dan gadis gadis. Masing masing mempamer wajah risau.
"Ni ha Ad keluar toilet lepas tu dia tiba tiba jerit kata nampak hantu!"ujar Melissa jujur.
"Ad ingat Mel hantu tadi sebab muka Mel putih semacam je tu yang terkejut!" terang Adrian lalu tersenyum kambing.
"Ni cleanser wahai Adrian!" ucap Melissa lalu menunjuk pencuci muka miliknya kepada Adrian.
"Sudah semua pergi masuk tidur, nanti tak terbangun pula Subuh." ucap Tok Mak lalu beredar bersama Tok Ayah.
"Macam macam la kau orang ni." marah Faiq.
"Bukannya salah aku!" ucap Adrian laju.
"Habistu salah aku la? eh kalau kau tak bertapa lama dalam bilik air tu tak adanya aku pakai sinki luar tu tau!" balas Melissa tak mahu kalah.
"Ha gaduh! dua dua kena culik dengan han to the tu kang!" ucap Aril.
"Jangan celupar mulut kau Ril!" marah Elena.
Baru sahaja mereka mahu bergerak ke bilik masing masing.
"Hihihihihihi............"
"Jangan kacau aku, tak kahwin lagi ni!"
👑👑👑
Selepas pulang dari surau menunaikan solat subuh, sang jejaka terus kembali membuat tahi mata. Manakala, si gadis membantu Tok Mak di dapur menyiapkan sarapan.
"Rajin eh Tok Mak masak pagi pagi ni?"soal Ariana apabila dia melihat pelbagai hidangan ada di atas meja.
"Sebab kamu semua ada tu yang banyak, kalau berdua Tok Ayah beli je apa yang ada kat gerai depan tu ha"balas Tok Mak. Lalu mereka berlima pun menikmati juadah pagi yitu.
"Tak ajak ke dia orang berempat tu? Tok Ayah?" soal Alana.
"Biar dia orang tu bangun sendiri, dia bukan raja kita nak mengejut. Tok Ayah kamu kat surau lagi tu ha. Ada gotong royong sikit katanya." mereka mengangguk sahaja,makanan dijamah dengan berselera gituu.
"Kamu berempat baru kenal lah ya dengan mamat mamat tu?" soal Tok Mak.
"Haah Tok Mak, mula mula kita orang gaduh besar sampai pengetua pun pening. Tapi sekarang dah okay dah." balas Ariana ceria.
"Mereka berempat tu memang, suka mengusik! ada je benda nak dikacau nya." tutur Tok Mak lagi.
"Kamu semua ada kampung? dekat mana?" soal Tok Mak.
"Ada Tok Mak tapi jarang balik, mama papa busy selalu." mendatar sahaja suara Elena.
"Sama juga la macam mummy si Zarith tu, jarang jarang balik. Dulu sebelum dia belajar UK selalu driver hantar mereka berempat tinggal sini kalau cuti sekolah. Sejak dia pergi UK, ni ha baru dia balik, tu pun sebab makcik dia ni nak kahwin."
"Cakap pasal kahwin, tak ada pun persiapan dalam rumah ni?" soal Melissa.
"Petang atau malam nanti baru dia sampai bawa barang. Busy sangat walaupun dah nak kahwin, esok baru mula merewang."
SKIP
"Tok Mak nak masak apa hari ni?"soal Elena sebaik sahaja dia membasuh pinggan terakhir.
"Kamu nak makan apa? bagitahu je Tok Mak masak!"
"Ketam masak cili!"
"Tomyam santan Tok Mak!"
"Ikan siakap stim limau!"
"Butter chicken!"
"Beres beres semua ditanggung beres Chef Tok Mak tapi kamu kena tunggu Tok Ayah balik la sebab dia yang pergi pasar."
"Kami boleh la pergi pasar Tok Mak, cakap je bahan apa, we'll find it for you." tutur Melissa.
"Lagi bagus! sabar ya kasi Tok Mak tulis." ucap Tok Mak lalu menulis semua bahan.
"Ok beres! semua pergi tukar baju elok elok sikit, tak kan nak pakai baju ben 10 pergi pasar kot? tak hipster la!"
5 minit kemudian, mereka terus bergerak ke pasar mengikut arah jalan yang diberi Tok Mak.
"Mana minah minah tu Tok Mak? tidur ke? pi kejut Tok Mak, sedap sedap je tidur!" ucap Adrian sebaik sahaja mereka berempat tiba di meja makan.
"Tidur apa nya? pagi pagi buta dah tolong Tok Mak buat sarapan yang kau tengah makan tu ha, dia orang tu baru je gerak pergi pasar beli bahan nak masak tengah hari. Bukan macam kau orang,lepas subuh tidur tak nak bangkit! bangun bangun terus pergi dapur cari makanan, mandi belum apa belum tah tah gosok gigi pun belum!" bebel Tok Mak panjang. Tersedak sang jejaka jejaka dibuatnya.
"Backup la sikit cucu Tok Mak ni." ucap Zarith.
"Biar betul pergi pasar?" soal Faiq sambil mengunyah cekodok dan mengambil tempat di sebelah Adrian.
"Betul la, ada nampak mami bergurau?"
"Assalamualaikum, eh ada abang handsome la!"
TBC
BAD BOYS BAD GIRLS #22special thanks again to you guys, BBBG rank #6 semalam and #5 today in teen fiction<33 thankyou! do vote and drop your comments! 😘
👑👑👑

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Ficção Adolescente☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.