👑👑👑
"Kau bebetul okay ke nak pergi ni Elena? kaki kau tu kan baru sihat?" Ariana risau dengan keadaan kaki Elena. Walaupun sebenarnya dah fully sembuh, tapi masih membahayakan lagi lagi nanti dia akan terlibat dengan sukan di sana.
"Okay je lah, jangan risau. Puan Shaline kata 3 hari pertama tu untuk akademik, 4 hari terakhir tu baru turn sukan. So atleast aku boleh bagi kaki aku ni warm up, tak adalah dia shock nanti." Elena menerangkan kepada Ariana sambil mengikat tali kasut sport shoe Nike miliknya. Dia mulai berjalan dengan bantuan tongkat memandangkan risiko untuk jatuh masih tinggi.
Dua luggage milik Elena dan Faiq dimasukkan ke dalam MPV yang diarahkan pihak sekolah untuk menghantar mereka berdua ke KLIA untuk keberangkatan ke Singapore.
"Okay semua dah siap. Jom Elena." panggil Faiq di luar. Elena menyahut daripada dalam lalu berjalan keluar.
"Kau Faiq! jaga Elena elok elok. Dia tu kurang satu skru sikit sekarang. Balik jadi apa apa dekat dia, aku serve daging kau jadi daging goreng kunyit untuk penghuni rumah ni." suara Alana mengugut sungguh seram bunyinya. Kecil kecil cili padi tapi berapi!
"Baik bos." Faiq berkata sambil mengangkat tangan ala ala inspektor Daniel ecewah? ala ala polis la.
Elena dan Faiq mulai masuk ke dalam MPV selepas berpelukan bersalaman ala macam biasa la orang buat kalau nak pergi jauh tu...
MPV milik pihak sekolah mulai bergerak meninggalkan perkarangan banglo 3 tingkat milik mereka lalu bergerak ke KLIA.
— KLIA
4:30p.m.Sejurus tiba di KLIA, mereka bertiga berserta guru pengiring sekolah, Madam Lina berjalan ke arah kumpulan wakil pelajar Malaysia yang kelihatannya sudah ramai.
"Puan Lina daripada Victon High School kan?" satu suara mulai menegur Madam Lina daripada tepi. Madam Lina mengangguk.
"Puan Lina dan wakil pelajar sekolah puan diminta duduk dahulu sebelum kita mulakan briefing sebentar lagi ya." ucapnya lagi. Puan Lina tersenyum lalu mengangguk.
Banyak pasang mata yang memerhati Elena. Mungkin disebabkan faktor dirinya yang berjalan dengan bantuan tongkat. Ah kesah apa?
"Semua diminta untuk mendengar dengan teliti apa yang bakal diberitahu oleh pihak kami tentang keberangkatan kita wakil Malaysia di Singapore nanti. Tanpa tangguh, saya memperkenalkan diri saya dahulu. Saya Puan Laila, saya adalah wakil yang dihantar untuk mengetahui rombongan kita ke Singapura.
Saya yang incharge dalam mengawal semua pelajar dan guru pengiring sepanjang kita di Singapura nanti. Jadi jika berlaku sebarang masalah, boleh terus rujuk kepada saya.
Di sini saya memperkenalkan wakil wakil pengiring yang dihantar bersama sama saya untuk Asia Students School tahun 2017 ini. Di kiri saya ada Cik Juliana yang incharge dalam bahagian sukan manakala di kanan saya, Puan Riana yang incharge dalam bahagian akademik.
Seterusnya, tahniah saya ucapkan untuk wakil wakil sekolah baru yang terpilih untuk menyertai kita pada tahun ini. Diharapkan wakil wakil sekolah yang telah dipilih semenjak 2 tahun lalu dapat memberi tunjuk ajar."
Panjang lebar penerangan daripada wanita yang menegur Madam Lina sewaktu tiba tadi. Elena sudah menguap untuk kali keberapa tak dapat nak kira dah, banyak sangat.
"Sebelum kita bergerak untuk check in, semua pelajar diminta untuk bangun dan memperkenalkan diri satu persatu untuk merapatkan silaturrahim sesama kita." giliran Cik Juliana pula bersuara dengan senyum lebar sampai ke telinganya.
"Adui penatlah intro intro ni. Buatlah inisiatif tulis pengenalan diri dekat satu pass something(?) lepastu sangkut dengan leher?" omel gadis itu sendirian.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Ficção Adolescente☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.