raya special edition #2

8.4K 531 39
                                        

raya special edition 2
#BBBGberaya

Hari kedua di Villa Nenda Mariam. Juga hari untuk mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan rumah terbuka anjuran Nenda Mariam.Memandangkan malam baru mereka semua bertungkus lumus menyediakan juadah, maka waktu pagi sehingga selepas maghrib bebas dibenarkan nak tidur terbongkang, nak tengok tv sampai tv tengok kita, buat lah. Lepas maghrib sila sila lah bersiap jadi bibiks bibiks.

Keempat empat gadis itu melangkah ke bahagian dapur basah sambil menyanggul rambut masing masing setinggi KLCC. Lengan baju disinsing ke atas. Sekali pandang dah macam gangster kampung dusun.

"Uish... ni nak pulun memasak ke pulun bunuh orang ni?" serentak empat gadis itu merenung tajam ke arah Zarith.

"Habis tu? tak kan tak berbaju pula." laju Ariana membalas. Dear boys, jangan lah ambil risiko nak berdebat dengan perempuan, confirm kalah.

"Yang jejaka jejaka kacak ni duduk dekat bahagian luar tu, jaga kawah. Yang perempuan perempuan ni tolong tok masak lauk lauk, okay?" ucap tok memberi tugasan.

"Aik? apasal dia orang dapat title jejaka kacak? sampai gegirl je perempuan perempuan je tok? mana aci!" soal Alana tak puas hati.

"Aci kat India, Lana...."

"Hahaha! padan muka! tok pun tak nak cakap kau orang cantik. Muka macam stok ayam basi ada hati." kutuk Aril. Membulat Alana jadinya. Bajunya yang sudah dilipat tadi dilipat lagi, lagaknya macam nak cincang Aril macam cincang daging.

"Hei cicak kodok, mulut tu kasi cuci kasi service kasi polish dulu kalau nak kutuk kita orang stok ayam basi ya. Mulut busuk, pigidah!" ucap Elena sambil menayang nayang pisau potong daging dipegangannya.

"Melissa je bukan stok ayam basi. Kan Mel kan?" ucap Adrian menggedik.

"Menggatal menggatal! tok tengok tok, kasi sunat sekali tok." Faiq berkata.

"Sudah sudah lah tu bergaduh. Tak penat ke? tok yang tengok hampa bergaduh pun penat tau." tok membebel sambil tangannya memotong carrot.

"Buat kerja buat kerja, sidang gossip ditutup." ucap Aril. Mereka berlapan berpecah ke kerja masing masing.

SKIP

"Tok, gunting ada tak tok?" soal Elena.

Tok mengangguk. "Ada, dekat Faiq. Dia dekat depan nun."

Elena mengangguk lalu berjalan ke dapur bahagian hadapan. Kelihatan Faiq sedang memerah kelapa. Lengan bajunya disinsing menampakkan sedikit musclenya. Sikit je nampak, teaser baru.

"Faiq, nak gunting." ucap Elena.

Faiq menoleh. Muka blur ditayang. "Hah? nak kasih sayang?"

Elena menyirap. "G - U - N - T - I - N -G! bengap...."

"Hah? hati aku?" Faiq berbasa basi lagi. Sengaja nak kenakan orang.

"Faiq Haiqal sebelum muka kau yang aku kisar dengan pengisar tu baik kau bagi gunting." Elena mengugut. Cakap elok elok tak jalan kan ha amik.

Faiq ketawa jahat. "Tu ha bawah bangku mini tu.  Hati hati."

Elena mengangguk lalu berjalan ke arah yang ditunjukkan Faiq. Dia meraba di bawah bangku.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang