3:00a.m
Ting Tong!
Bunyi loceng kedengaran berbunyi daripada pintu hotel Elena dan Iffa Nadira. Namun kedua duanya masih tidak bergerak untuk bangun dan pergi membuka pintu. Kedua dua masih lena dibuai mimpi. Masing masing kepenatan dengan aktiviti sukan hari ini.
Tapi bunyi loceng yang tak henti henti berbunyi waktu 3 pagi? misteri.
Tubuh Iffa bergerak sedikit daripada postur asalnya. Tergerak apabila bunyi loceng di luar bilik tak berhenti berbunyi. Dia mulai bangkit daripada tidur dan duduk di atas katilnya. Elena di katil sebelah yang sedang lena tidur memeluk bantal wanginya dipandang sekilas.
"El bangun El! ada orang kat luar tu. Teman la aku weh! weh! bangunlah! aku takut...." tangan Elena digoncang goncang sekuat hati. Masaklah kau Iffa, dapat roommate tidur mati.
Selepas cubaan mengejut Elena tidak menjadi, Iffa mengambil telefonnya yang sedang bercas di meja diantara katil single miliknya dan Elena. Lantas tangannya membuka bacaan surah Yaasin untuk menghilangkan rasa takutnya.
"Kau kenapa Fa?" terkejut Iffa apabila ada suara menegurnya. Dia toleh sekilas, kelihatan Elena memandangnya pelik.
"Kau Elena? ke bukan? ... eh? eh!"
"Aku la Elena! Iffa, kau kenapa sebenarnya ni? buka Yaasin, menggigil gigil. Kenapa? mimpi buruk?" soal Elena perlahan lahan.
"Tadi aku tersedar sebab loceng bilik kita ada orang tekan banyak kali. Bunyi loceng banyak kali pukul 3 pagi weh? kau rasa? dengan hotel ni er... aku takut la El!" terang Iffa panjang.
Elena terdiam sejenak. Dia bangun lalu membuka semua lampu yang ada di dalam bilik. Speaker yang kebetulan yang turut berada dalam bilik itu diconnectkan surah Yaasin melalui bluetooh untuk menguatkan lagi bacaan.
"Biar je lah 'orang' tu, jom sambung tidur. Tak payah tutup lampu." ucap Elena lalu berjalan ke katilnya. Iffa mengangguk.
👑👑👑
Dia berlari ke tepi lif lalu mengeluarkan telefonnya.
"Done? clean tak?"
"Dah, mestilah clean, you're talking with an experts of this things duh. Tapi aku rasa pagi esok baru dia orang tengok depan pintu."
"I don't mind that. Asalkan dia tetap nampak benda tu, soon or sooner dia akan keluar juga daripada bilik. I got to go, balik KL nanti, datang jumpa aku untuk payment."
Taliannya dimatikan. Dia terdiam sejenak di belakang lif. "This girl must be something to him, I wonder what's the relation..."
"Eh you buat apa kat sini?" dia berpusing.
You're dead, woman.
👑👑👑
Kedua dua Elena dan Iffa sudah siap dengan sports attire masing masing untuk hari kedua aktiviti sukan. Namun kedua duanya masih kaku di katil masing masing.
"Bila nak keluar Fa?" Elena memandang Iffa yang sedang duduk di katil sebelah.
Iffa jongket bahu. "Turun jelah jom."
"Okay jom ah."
"Taknak... takut."
Bulat mata Elena. Baru dia ingin membuka mulut membebel, telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Faiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Teen Fiction☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.