Promote section :
- Beautiful Addiction by nashkeey
- She's Mine Forever by NasyahaniDo read their works!! siapa nak dipromote boleh pm, comment, or tulis dekat message board sebelum hari Jumaat, 7pm since story awak akan dipromote setiap hari Jumaat.
×××
Cuti sekolah semester 1 sudah tamat. Semua pelajar mulai kembali ke sekolah. Ada yang menguap sebesar Gua Niah. Ada juga yang jalan terhuyung hayang daripada outdoor ke indoor. Macam macam perangai.
Ariana menutup pintu keretanya diikuti Melissa dan yang terakhir, Alana di tempat duduk belakang. Atas rasa simpati yang amat bila si dua ketul Melissa dan Alana beria ria malas nak drive sendiri, digagahkan juga dia mengambil si dua ketul itu di rumah masing masing.
"Aku ngantuk betul la. Kenapa kalau dah buat cuti tu,kenapa ada period dia? alang alang cuti tu, cuti kan aje sampai selamanya. Aman hidup aku." rungut Alana. Bibir dimuncungkan sekali, panjang betul muncungnya, boleh gantung 8 hanger.
"Keling punya minah, semalam bukan main semangat dekat Skype nak sekolah. Pagi ni? nan hado." balas Melissa. Gula gula Fruit Plus perisa epal yang dibeli sebelum mereka bergerak ke sekolah tadi dibuka lalu dikunyah. 2 lagi gula gula dicampak ke Alana dan Ariana.
Ariana menyarung hoodie lalu disangkut bahagian cap nya ke kepala. Sambil mengunyah gula gula campakan Melissa tadi, dah macam gangster simpang 14 pun ada sekali pandang.
KRING!!
Tepat jam 8:30, persekolahan pun bermula. Rata rata pelajar yang baru tiba berpusu pusu masuk ke dalam indoor begitu juga dengan mereka bertiga.
Langkah terus diatur ke 5 Thistle. As expected, budak budak ni memang malas nak masuk kelas awal. Lagi lagi subjek first subjek Sejarah. Cikgunya pula suara macam sembang sebelah sebelah je. Volume paling low.
"Madam Zad tak ada harini. Dia ambil emergency leave. Tak tahu siapa ganti so kau orang duduk je dalam kelas. Apa apa aku akan inform." laung Zafril si ketua kelas. Apa lagi bersorak la budak budak ni. Pantang sikit je cikgu tak masuk.
Kemudian kelibat empat jejaka masuk dengan acah acah fashion show. Macam handsome sangat la tu. Hashtag muntah kelabu.
"Mana Elena?" soal Faiq sebaik sahaja dia mengambil tempat.
"Er...dia ada hal." jawab Melissa laju.
"Serious?" soal Aril pula. Jawapan Melissa macam tak yakin padanya.
"Dijamin serious 100%." sampuk Alana laju.
"Sejarah harini 3 masa kan? nice one. Aku nak tidur." ucap Ariana lalu mengeluarkan bantal nipis daripada locker miliknya dan diletakkan atas meja. Heaven betul budak budak sekolah swasta ni.
👑👑👑
"Lapar oi lapar oi." tutur Alana. Perutnya yang sudah berkeroncong lagu kpop campur melayu campur english sudah minta diisi.
Kafe sekolah menjadi tujuan mereka bertiga. Memandangkan Elena tiada, bertiga aje la.
"Nasi lemak letak telur mata, telur kuning tu tak mo cair sangat tak mo keras sangat. Lagi satu letak ayam, drumstick tau. Dia punya kriuk kriuk crispy tu letak lebih. Air kasi jus mangga. Macam biasa table 50." kad makanan dihulur kepada penjaga kaunter. Sebelum beredar, sempat lagi Melissa menghadiahkan kenyitan nakal. Nakal nakal, awak sangat nakal.
PAP!
"Oh mak kau tong gas meletup." terlompat Melissa dibuatnya apabila disergah sebegitu.
"Mana Elena?" soal Eva.
"Mana la tau... tak ada kan kat sini?"
"Mel mel mel,tak payah nak menipu. Kau bestfriend dia takkan kau taktahu?" sinis benar kata kata Eva.
"What do you expect? so semua benda dia buat aku kena tahu? dia pergi mana? even dia pergi melabur? dasar mentaliti cetek." balas Melissa dengan nada memerli.
"Diam la minah. Lain lain kali boleh tak membebel? tak penat ke? aku yang dengar ni pun penat. Bawa bawa la berehat." sampuk Alana pula.
"Remind Elena that i'll payback for what she did to me. Apa dia ingat dia cantik sangat sampai aku tak boleh nak lawan dia? heh sekali aku rembat,melutut dia!" jerit Eva sehinggakan satu kafe memandang ke arahnya.
Eva dipandang tak berkelip oleh Ariana, Melissa dan Alana. "Apahal kau ni? sampukan syaitan? termakan garam instead of gula? ataupun tertelan kapur?" soal Ariana bertalu talu.
"SHUT UP WHEN I'M TALKING!"jerit Eva lagi.
"Betul la Ari apa yang kau cakap tu. Aku rasa dia termakan garam." tutur Alana sambil merenung Eva tak berkelip.
"Aku rasa dia tertelan kapur....." tambah Melisa pula.
"KE TERTELAN TAHI?!"jerit mereka bertiga serentak lalu ketawa kuat.
"Alah kau orang bertiga ni pun sama je dengan betina sundal tu. Ingat! aku tak akan lepaskan lau orang lepas ni." ugut Eva lalu terus beredar.
"Dasar betina kebret,mulut mu aku cincang keh habih!" jerit Ariana sambil matanya tak lepas memandang Eva yang berjalan ke pintu.
"Apa cincang cincang ni sayang?"s oal Zarith yang baru tiba bersama yang lain.
"Apa ni sayang sayang? nak kena cincang juga?"soal Ariana kembali. Pisau ditangannya yang sepatutnya mencucuk chicken chop itu dihalakan ke Zarith.
"Taknak cincang tapi nak awak bukakan hati awak untuk saya." ucap Zarith. Sejurus itu Ariana berlari ke sinki.
Selepas dia kembali, "Kau asal Ariana?"soal Adrian.
"Aku termuntah dengar pickupline Zarith."ucap Ariana selamba.
"HAHAHAHAHA NI WIN!"sakat Aril. Memerah muka Zarith menahan malu.
×××
YOU ARE READING
bbbg | ✔
Ficção Adolescente☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.