#13

9.5K 736 19
                                    

"Kita pergi sekali, Ril." pesan Adrian kepada Aril. Aril mengangguk sahaja.

"Pergi mana?" soal Alana.

"Ada lah, sila tungu dan lihat." balas Aril sambil mengenyit mata.

"Macam aku cair la tu dengan wink dia..."

"Tak suruh pun kau cair?"

"Shadap u."

Krettt. [ ok senanya nak buat bunyi brek mengejut tapi lupa cane so go on jela hahaha ]

Aril terus menahan Alana menggunakan tangannya daripada terkena dashboard. Alana sendiri terkejut sampai terkaku. Baru tangannya mahu mencapai seatbelt, ada tangan lain yang menarik seatbelt terlebih dahulu lalu dipasangkan.

Siapa lagi kalau bukan Aril, takkan jebon pula.

Jarak wajah Aril dan Alana yang dekat itu membuatkan masing masing kaku.

p/s : oh ini terlalu cheesy untuk aku tulis.

Adrian and Melissa POV



Dum!

Petir.

Melissa terus bangun dari posisi mengiring ke posisi duduk.

"Takut letteww!" usik Adrian.

Melissa tidak membalas sebaliknya dia berpeluk tubuh, sejuk!

5 minit kemudian.... Dum!

Melissa terus menukar posisi dari menghadap kiri ke menghadap kanan iaitu menghadap Adrian.

"Ingatkan kental sangat, rupanya takut petir juga.

"Aku dengar okay." sampuk Melissa. Adrian tertawa kecil dengan kata kata Melissa. Garang benar. Payah nak buat bini ni.

🌴🌴🌴

Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya kereta kereta Adrian dan Aril mulai memasuki perkarangan kawasan Rumah Orang Tua Harmoni 1 Malaysia.

"Kita nak buat apa dekat sini?" soal Alana sebaik sahaja dia keluar daripada kereta Aril.

"Sukarelawan." ucap Adrian sambil tersenyum lebar.

"Wah interesting, jom." ucap Melissa lalu menarik tangan Adrian. Eh?

"Mel?" soal Adrian.

"Oh my god... sorry!" balas Melissa lalu menarik tangan Alana dan bergerak tidak jauh daripada mereka berdua.

"Fiuhhh macam bidadari sentuh tangan I." ucap Adrian sambil ketawa kecil selepas Alana dan Melissa menjauhi mereka berdua.

Aril hanya menjeling sedikit. "Jangan Ad..."

"No worries." Adrian menepuk lembut bahu Aril.

"Adrian dan Aril?"

"Ya saya, saya Adrian, ini Aril. Kami yang telefon semalam untuk jadi sukarelawan hari ini." terang Adrian.

"Saya Ratna. Panggil kak Ratna je. Jadi berapa orang nak jadi sukarelawan?"

"4 orang." balas Aril sambio menuding jari ke arah Alana dan Melissa sekali.

Kak Ratna mengangguk lalu terus menjemput mereka berempat masuk. Laju sahaja tangan Alana mencuit bahu Aril.

"Oi, sukarelawan apa?" tanya Alana.

"Sukarelawan tempat ni la. Bersihkan tempat ni, happy kan dia orang. Makan sama sama, kau suap dia, dia suap aku, aku suap kau, okay gurau." balas Aril.

"Wah, thanks la ajak! dah lama sebenarnya kita orang nak jadi sukarelawan cuma asyik sibuk je so tak ada masa." ucap Melissa.

"Kita orang dulu pun selalu sukarelawan tapi dah jarang pergi sana. Rindu Ra-" kata kata Alana terhenti apabila dicuit Melissa.

"Ra? ra ra ra ah ah, ra ra uh la la?" soal Adrian.

"Nothing! jom la masuk." ajak Melissa.

Aril pandang Adrian. Adrian pandang Aril. Suspicious.

🌴🌴🌴

Lalu bermula lah aktiviti membersihkan kawasan rumah itu. Kawasan luar rumah dibersihkan oleh Adrian dan Aril manakala kawasan dalam rumah dibersihkan oleh Alana.

Sedang syok Aril membuang semak samun, matanya tertancap pada Alana yang berpeluh dek membuang sawang sawang di ceiling. Lawa pula Alana ni. Dengan rambutnya yang diikat satu dan beberapa helai rambut jatuh lagi membuatkan tak mahu lepas memandang.

"Ha! pandang mana tu?" sakat Adrian.

"Mana ada." sangkal Aril lalu terus menyambung kerjanya.

"Ingat aku tak nampak ke kau pandang Alana dekat dalam tu?"

"Eleh, ingat aku pun tak nampak ke kau usha Melissa?"

Selepas 1 jam 30 minit membersihkan kawasan rumah, semua masuk ke dalam untuk waktu makan dengan selingan sesi beramah mesra bersama warga tua. Senang hati Adrian dan Aril melihat Alana dan Melissa yang tak segan melayan warga warga tua itu.

"Aku ingatkan dia orang ni tak suka benda benda macam ni." kata Adrian.

"Don't judge a book by it's cover bro. Aku pun tak expect." balas Aril.

"Hah! borak apa tu?" sergah Melissa.

"Apa you ni sergah sergah! kesian I." balas Adrian.

"Eew macam bapok." kutuk Melissa selamba.

"Siapa bapok?" balas Adrian.

"Kau orang berdua la bapok!" kutuk Alana dan Aril serentak.

"Uih ada chemistry bhai!"

"Biology je ada."

"Physics?"

"Ha karut teruk dah ni, kena halang awak awal sebelum merebak teruk. Ad,tarik awek kau tu jauh jauh. Tak boleh dekat dua orang ni." ucap Aril lalu menarik Alana.

Manakala Melissa ditarik Adrian. "Kenapa tarik aku?" soal Melissa.

"Dah Aril suruh aku tarik awek aku, kau awek aku kan?" sakat Adrian.

"Oh please! taknak aku boyfriend bapok." tutur Melissa lalu terus beredar mengekori Alana.

Aktiviti terakhir, nyanyian oleh Adrian dan juga mainan gitar oleh Aril. Terkejut Alana dan Melissa dengan suara Adrian dan Aril. Saing saing Ismail Izzani plus Haqiem Rusli ke yini?

Ouch.

Senyap senyap mereka berdua mengeluarkan telefon masing masing lalu merakam nyanyian Adam dan Aril. Buat kenangan... kot kot nak pergi jauh nanti ke? quack quack.

"Sedap juga Adrian ni nyanyi. Tak sangka ada bakat, ingatkan kerjanya buat lawak bodoh plus jadi bangang 24 jam je." ucap Alana selamba.

× × ×

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang