"Cis... dah culik aku bukannya nak hantar balik ke apa, ni bagi RM5 buat tambang Grab, nasib baik harga RM4 je, dapatlah RM1 aku beli Fanta Orange...."
7:40a.m ; Dia kembali ke keretanya untuk mengambil bag sekolah miliknya yang tertinggal semalam. Masih awal pagi dan berbaki 40 minit sebelum waktu persekolahan bermula. Tak ramai yang dah sampai sekolah, lagi lagi students form 3 masing masing buat cuti sendiri sejak PT3 habis. Rata ratanya yang datang semua calon calon SPM yang muka muka ulat buku tengah study dekat sekitar kawan sekolah.
Orang lain dah bertungkus lumus study, Elena. Kau je tak sedar sedar lagi. Mana yang calon SPM 2017 dan tengah baca chapter ni instead of study, boleh geng la dengan Elena ni. Tapi dalam diam, aku cakap ni untuk diri sendiri juga, cuti seminggu patutnya study bukannya bermalas malasan marathon k drama. Lepastu bebel kenapa addmath still tak lulus dan satu digit. Ingat ingat lah sikit first paper bila naik cuti nanti terus math hari isnin dengan add math hari selasa.....
Elena terus berlari ke lif untuk naik ke tingkat 2. Tujuannya untuk ke bilik persalinan untuk membersihkan diri dan menukar uniform. Bilik persalinan yang ada dua tiga orang sedang bersiap dengan pakaian sukan, mungkin untuk aktiviti track & field sedikit sebanyak melegakannya. Atleast tak alone pagi pagi buta ni, scary....
Selepas selesai membersihkan diri, uniform rasmi sekolah yang siap sedia ada di dalam locker uniform miliknya disarungkan dan dikemaskan. Rambutnya diikat satu dan dijadikan bun. Selesai, dia meninggalkan bilik persalinan dan terus naik ke kelasnya. Locker simpanan buku di bahagian belakang kelas menjadi tujuannya. Menyimpan buku buku subjek semalam dan diganti dengan subjek hari ini.
Mejanya dituju lalu dia duduk. Hanya ada dua orang classmatenya yang tidak suka bergaul dan suka bersendiri. Bosan.....
"Haaa!" iPhone 6s miliknya dikeluarkan daripada kocek. Aplikasi Viki dibuka, menonton k drama lah kita ayuh!
× ---- ×
"Woi macikkkk!" jeritan bagaikan mikrofon Alana singgah di telinganya membuatkan dia tersedar daripada tidur. Terpisat pisat dia cuba untuk bangun daripada realiti. Okay ayat apa aku guna ni?
"Dah sampai mana tidur tu? rumah Nam Joo Hyuk? bilik air Park Hyung Sik? wedding venue Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo?" soal Ariana sambil mengambil tempatnya disebelah Elena.
"Cis... jangan bangkitkan wedding Song Joong Ki dan Song Hye Kyo please! sedih ni tak dapat pergi...." rungut Elena sambil menayang wajah sedih.
"'Tak dapat pergi' my ass. Excuse me hello?! kau tak dijemput ya bukan tak dapat pergi. Penggunaan kata yang salah boleh mengundang pergaduhan antara sesama kawan tau! sekarang ni pun dah ada syaitan berbisik bisik suruh kutuk kau dekat twitter balik nanti." Melissa membebel sambil bercekak pinggang.
Elena menghantar isyarat kepada Alana suruh menenangkan Melissa yang bagaikan volcano menggelegak.
"Apa El? aku tak habis cakap l-"
"Yo Elena! apa cerita kau semalam?" potong Alana.
Suruh diamkan Melissa tu ingatkan dengan merasuah belanja air vending machine ke apa ke, ini tanya soalan...
"Assalamualaikum class..."
Alhamdulillah.
× ---- ×
2:30p.m
Semua sudah siap mandi wangi wangi pakai bedak, t shirt dan seluar tidur yang comfortable level taknak keluar rumah, segala jenis jajan yang ada dekat dapur dah diletakkan di tengah tengah bulatan mereka berempat.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Teen Fiction☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.