#41

7.7K 626 85
                                    

×××

FLASHBACK

Jeritan Faiq terhenti apabila tembakan itu tepat mengenai Elena.

BANG!

Shark atau lebih dikenali sebagai Sir Zaki ditembak oleh polis daripada belakang 10 saat selepas dia melepaskan tembakan terhadap Elena.

"Elena!" jerit mereka bertiga lalu mendapatkan Elena yang sudah terbaring dipenuhi darah yang penuh di bajunya.

"El! wake up El!" jerit Ariana kuat. Tubuh Elena digoncang goncang.

Puan Shaline Faiq, Zarith, Adrian dan Aril dilepaskan oleh pihak polis. Berlari mereka semua mendapatkan Elena. Empat jejaka yang cuba mendekati Elena ditempik oleh Melissa.

"Don't you dare to come close!" jerit Melissa. Terkejut mereka berempat dengan tempikan Melissa.

"Mel...we're sorry okay?" pujuk Adrian.

"What do you mean with a sorry? pergi gali balik ayat aku dekat Brick Tower sana!" jerit Melissa lagi. Alana terus berlari mendapatkan Melissa untuk menenangkannya.

FLASHBACK END

Keesokkan harinya...

"Assalamualaikum uncle, aunty." sapa Ariana sewaktu mereka bertiga sampai di wad Elena.

"Waalaikumssalam, baru sampai semua?" soal Datin Sofina.

"Haah aunty, sorry ya gerak lambat sikit sebab sakit sakit badan malam tadi." jawab Melissa. Dia mulai mengambil tempat di tepi katil Ariana.

"Tak apa la, kamu bertiga pun cedera juga dengan kes haritu. Tak payah datang selalu pun tak apa, berehat aje dekat rumah." ucap Dato' Khalil.

"Kami okay je aunty, uncle. Aunty dengan uncle sejak Elena masuk hospital tak balik rumah lagi rasanya kan? tak balik?" soal Alana.

Kedua dua mereka mengangguk. "Nanti nanti la rumah tu, aunty dengan uncle lama sangat tinggal Elena sampai dia jadi macam ni. Aunty dengan uncle okay je dekat sini." balas Datin Sofina sambil berbalas pandangan dengan suaminya.

"Aunty dengan uncle balik la dulu. Rest kan badan, haritu flight lama lepas tu tak rest. Nanti aunty dengan uncle pula sakit. Pasal Elena, kita orang boleh stay sini jaga dia. Aunty and uncle don't worry." ucap Ariana panjang sambil tersenyum lebar meyakinkan ibu bapa Elena.

"Kalau macam tu, uncle dengan aunty balik sekejap. Kalau ada apa apa, terus call!" ucap Dato' Khalil lalu beriringan keluar bersama isterinya.

Selepas kelibat Dato' Khalil dan Datin Sofina hilang daripada pandangan, sepenuh tumpuan mereka beri kepada Elena yang terbaring lemah di atas katil. Tak menyangka Elena cedera sebegitu rupa.

"Aku tak sangka all of this happen. 3 years kita suffer, and the ending, we suffered again." ucap Alana memecah kesunyian.

"Especially her, she did the most for four of us, for Ily yet she's the one suffered the most." ucap Melissa pula.

Ariana bungkam. Jika dibandingkan keakraban mereka berempat, Elena lebih rapat bersama Ariana manakala Melissa bersama Alana. Memang sejak kecil lagi mereka begitu. Bila Elena jatuh sakit, yang paling terasa adalah Ariana juga.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang