Pintu gymnasium yang terletak di tingkat 3 sekolah ditutup Alana. Kemudian dia bergerak ke lif bersama Melissa dan Ariana untuk ke kereta.
Kelibat Elena di kereta yang sudah turun lebih awal daripada latihan cheerleading disapa. "Jom balik, El." sapa Ariana seraya mematikan lamunan Elena. Lamunannya mati. Dia terus bangun daripada bersandar daripada kereta.
"Kau orang balik la dulu. Aku nak pergi kafe dekat simpang hujung tu." balasnya. Masing masing mengangguk dan mulai meninggalkan kawasan sekolah.
Punat keretanya ditekan lalu pintu dibuka. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam kereta, tiba tiba bunyi bising daripada bahagian belakang kedengaran.
Keretanya dikunci kembali. Langkahnya diatur ke belakang sekolah dengan berhati hati. Figura seorang budak lelaki ditumbuk oleh 5 budak lelaki lain dengan uniform sekolah tapi stylenya sudah di 'gangster ' kan memang buat dia mengucap panjang.
Dia kehadapan lagi untuk melihat dengan lebih jelas. Name tag besi berwarna hitam yang ada di bajunya membuatkan dia ingin ketawa. Baru tingkatan 1 rupanya....
"Oi, homework Matematik dah siap ke belum nak pukul pukul orang ni?" sergahnya kuat sambil memeluk tubuh.
Matanya sempat memberi isyarat kepada budak lelaki yang dibuli supaya keluar daripada kawasan itu sementara dia mengalihkan pandangan 5 budak gangster taik kucing ni.
"Ada hot chick la Mal. Kasi ratah sekali." kata salah seorang daripada mereka.
Elena ketawa sinis. "Heh hot chick.... your head hot chick!"
Buk!
Seorang demi seorang merasa tumbukan berapi daripada Elena. Ada yang jatuh terjelopok tapi masih teruskan sesi tumbuk menumbuk. Tak puas hati agaknya kena tumbuk dengan gegirl. Tercalar la maruah boboy.
Tangannya ditiup tanda sesi menumbuk selesai. Tubuh tubuh yang sudah jatuh menyembah tanah diperhati seorang demi seorang. Sangat tragis.... padan la muka, siapa suruh perangai macam ba alip ba ya.
"Siapa yang suruh kau orang ni sebenarnya?" soalnya sambil menyangkung.
"Aku. Kau pahal? ada masalah?" suara yang datang daripada belakang. Dia menoleh.
"Oh wow. Bawa gang. I'm impress." perlinya setepek.
"It's been a long time since my inner bad girl come out. It's time." bisik hatinya.
"Kata kata terakhir sebelum kau kena pijak dan diratah oleh budak budak aku?" soalnya.
Elena ketawa. "Kenapa 'budak budak aku' instead of 'aku'. Coward enough huh, boy?" matanya kemudian turun memandang name tag besi.
Aliff Aziz
2 SapphireAlif Aziz... hm... boleh geng la dengan Aliff Aziz yang pukul isteri sebab diri sendiri pergi karaoke dengan Afifah Nasir....
Alif ketap gigi tak menjawab. Bengang mungkin bila seorang gadis menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang lelaki..... yang sebenarnya memang pengecut dan dayus?
"Settle Mail!" jerit Aliff memberi arahan.
"Mail? who's Mail? Ismail Izzani... now I'm all alone in the dark, why should i lose you when i needed you the most, the best is the best, the past is the worst? ke Mail upin ipin 2 singgit 2 singgit?" sengaja Elena berbasa basi dahulu.
"Eh diam lah betina!" bentak Aliff.
Elena bungkam. Dia berjalan setapak demi setapak sehingga dia sampai di hadapan Aliff. Kolar baju Aliff dicengkam lalu ditolak sehingga ke hujung.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Ficção Adolescente☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.