East Victon High School
10:30a.m
Pintu locker ditutup lalu aku bersandar dan... aku mengeluh.
"Huhh... kalau dia tahu macam mana?"
Aku menepuk dahi. Stressnya!
"Elenaaaaaaa!"
Jeritan ala ala jual ikan dekat pasar pagi mulai kedengaran memanggil nama aku. Aku pandang kiri, kelihatan Ariana, Melissa dan Alana sedang berjalan ke arah aku tanpa halangan walaupun jalan untuk ke keberadaan aku agak sedikit sempit. Well, semua pelajar ke tepi... bagi laluan.
To tell you the truth, aku pun tak tahu kenapa students jadi macam ni bila nampak kita orang berempat. They looks like theyre scared. Ada demons follow belakang ke? or what? aku tak ada idea. That's why kita orang berempat sahaja. Ke mana mana berempat. Tapi aku still bersyukur sebab kita orang tak kena pulau dengan classmate sendiri.
Aku ada lah perasan yang sejak aku berhenti jadi pengawas sekolah dulu... well, biasalah lepas berhenti jadi pengawas, rasa macam baru lepas keluar kandang, nak kebebasan. So samalah macam kita orang berempat. Baru lepas keluar kandang daripada organisasi pengawas sekolah. Undang undang tak payah ikut 100%.
Tiba tiba rasa konon macam nak jadi kak yong... lah sangat kahkah sampai ada a few yang kena buli dulu dengan kita orang. Well, I had to admit, pertengahan tingkatan 2, kita orang buli orang, ponteng sekolah, buat hal teruk, dulu waktu still pengawas masuk bilik disiplin atas urusan pengawas, tapi bila dah berhenti, masuk bilik disiplin atas urusan denda.
But it's only for a while, masuk tingkatan 3, PT3 la mat. Insaf... tapi ya la kan, kalau sekali dah buat taik, lepastu kau insaf seinsafnya, orang tetap tak akan percaya. So aku assume yang sepanjang awal kehidupan tingkatan 3 sampailah sekarang yang kita orang dipulau dengan school mate sendiri tu adalah kifarah.
Tak kenapa ni dah jadi macam luahan ikhlas dalam Semanis Kurma ni?
"Menung!"
Sergahan Ariana mengejutkan aku. "Kau kenapa termenung ni?"
"Tak ada apa, lapar ah, jom makan?"
"Jom!"
Aku bagi peringatan, probably dalam story ni, setiap chapter akan ada part makan. Kemungkinan tu tinggi. HEHE.
🍒🍒🍒
[ AUTHOR'S POV ]
"Selain daripada tahap kebisingan kafe yang tak ubah macam bila H&M tengah sale 5 baju RM50 bersamaan satu baju RM10 dan homework yang bertimbun setaraf Gunung Sahara, ada satu perkara yang menakutkan yang akan berlaku pada minggu pertama persekolahan... cuba kau teka apa benda?"
"Tulisan buruk, tulisan macam cacing kerawit, tulisan macam tak pernah menulis seumur hidup dan seangkatan dengannya."
"Tepat sekali! 5 markah untuk anda!" Melissa menepuk nepuk tangan tanda teruja.
"Buruk la tulisan aku." rengek Alana sambil menolak notanya.
"Buruk macam kau, omnomnom." selamba Ariana membalas kata kata Alana sambil mengunyah Choki Choki.
Tiba tiba pintu kelas yang tadinya tertutup terbuka seperti ditendang kasar daripada luar. Ariana, Melissa dan Alana tercengang sebelum mereka berempat bangun serentak. Terkejut beruk masing masing bila Elena masuk ke dalam dengan keadaannya seperti baru lepas disiram dengan air yang sepertinya campuran 10 biji telur dan beberapa jenis bahan lagi berdasarkan baunya yang... umph!
"Weh Elena kau kenapa?!"
"Huh, huh, huh.... aaaargh!!!!!!!"
"Woo woo! chill. Breath in, breath out, kau kenapa ni?" soal Ariana.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Fiksi Remaja☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.