#49

7.1K 513 7
                                    

vote + comment 💌

×××

"El! turun makan!" laung Datin Sofina daripada dapur. Elena yang sedang melayari internet di Macbook nya terhenti. Telefon di sebelahnya dicapai dan turun ke dapur.

Papanya, Dato' Khalid sudah siap mengambil tempat di tempat duduknya sambil membaca surat khabar. Elena mengambil tempat di sebelah kirinya dan berhadapan tempat duduk mamanya. Datin Sofina ke meja makan bersama jag air lalu mengambil tempatnya. Dato' Khalid mulai mengetuai bacaan doa.

"Jadi Elena setuju untuk masuk banglo?" soal Dato' Khalid sekaligus memecah kesunyian.

Suapan Elena terhenti. Spoil. "El setuju ke tak setuju ke, i don't have the right to say no, so i had to do so." jawab Elena. Ayat dia diselitkan sedikit perlian. Sakit hatinya masih menggunung.

"Look, papa masukkan El dekat banglo tu supaya El tak boring duduk berdua aje dengan bibik. Bila kamu masuk banglo, paling kurang pun ada kawan kawan kamu. Tak akan tu pun kamu tak suka?" ucap Dato' Khalid menerangkan sebab sebab Elena dimasukkan ke dalam banglo.

"The solution of my boring attack is... both mama and papa, abang Ezr, Elys dengan Ezzat ada dekat rumah ni. Is it hard for that? to live just like the others happy family?" sudunya sudah diletak. Matanya silih berganti memandang mama dan papanya.

"We have works to do, sayang...." mendatar suara mamanya cuba memujuk.

"Jawapan yang sama juga macam mama and papa bagi 2 tahun dulu. Dengan abang Ezr dengan Ezzat dah macam bukan warganegara Malaysia,
balik sini pun sebab El masuk hospital. Kalau tak, lagi berapa tahun dia orang nak balik. I'm used of it already, dari dulu sama je..." semakin mendatar Elena meluahkan perasaan yang tersimpan lama.

"Okay if you want a happy family, mama and papa gonna bring you and Elys to UK. Kita hidup macam satu keluarga dekat sana with abang Ezr and Ezzat." ucap Datin Sofina memberi kata putus.

"No. Apa yang El nak, kita semua satu family duduk sini, dekat Malaysia bukan UK, bukan LA." ucap Elena tegas.

"Then kerja mama dengan papa dekat sana? kerja abang Ezr dengan sekolah Ezzat dekat LA? cuba fikir pasal orang lain, El...." giliran Dato' Khalid pula bercakap.

"El tetap dengan keputusan El, kalau mama, papa, abang Ezr dengan Ezzat taknak balik Malaysia...." kata katanya tergantung, nafas ditarik sebelum dia menyambung ayatnya.

"El akan masuk banglo, tapi jangan expecting the old and the nice me anymore. It's always El yang mengalah, so this time, for the 100th time, El mengalah, lagi. Thanks for that." pinggannya terus dibawa ke sinki dan terus naik ke biliknya.

Dato' Khalid dan Datin Sofina berbalas pandangan dan menggeleng. Pening dengan perangai anaknya yang seorang ni.

👑👑👑

6:30am

"El! El! Elena!"

"Elena Rose!"

Tiada jawapan. Datin Sofina terus membuka pintu bilik Elena. Masih gelap. Mengucap dia dibuatnya.

"Elena Rose sayangku, apa ni tidur waktu Subuh! bangun bangun! mama dengan papa dah nak pergi KLIA ni." ucap Datin Sofina. Lampu bilik Elena dibuka semuanya, terjerit kecil Elena dibuatnya.

"El cuti la ma!" rungut Elena sambil matanya ditenyeh tenyeh. Comforter semakin ditarik menyelubungi badannya. Akibat dia marathon drama korea malam tadi sampai pukul 12, ini lah jadinya, susah nak bangun.

"Kalau cuti pun bangun juga. Mama dan papa dah nak pergi ni. Bangun cepat!" tegas Datin Sofina mengarah.

Lambat lambat Elena bangun dan menuju ke toilet. Gosok gigi dengan basuh muka je dulu. Nanti sambung tidur balik. Selang 5 minit, dia turun ke ruang tamu di tingkat bawah.

"Sementara kamu belum masuk ni, hati hati duduk rumah. Jangan keluar lewat malam. Minggu depan, nanti Pak Mat akan hantar ke banglo." terang Dato' Khalid. Elena menganguk sahaja, malas mahu bercakap lebih.
Dia bersalaman dan berpelukan dengan mama papanya sebelum mereka berdua masuk ke dalam kereta dan ke KLIA.

Sejurus sahaja MPV milik keluarganya hilang daripada pandangan, dia terus mendaki tangga ke biliknya. Mareyy sambung tidur!

SKIP

10:30am

Pintu closet ditutup, tee putih dan seluar tidur disarung, rambutnya diikat satu dan kembali ke atas katil.
Telefonnya dibuka. Notification daripada group mereka berempat ditekan.

g o s s i p 👏

Ariana Affiera
Keluar jom, boring laaaa.

mana?

Ariana Affiera
Publika jom. Teringin nak makan chicken cheese tu apa nama dia Nanda Chicken, haa!

Melissa Kayla
Set!

Alana Sofea
1:30 okay, siapa lambat belanja makan!

Kau la tu hahaha!

👑👑👑

Elena melangkah masuk ke entrance Publika dan terus menuju ke Nanda Chicken yang ditetapkan Ariana. Daripada luar kedai lagi, kelibat Ariana dan Melissa sudah kelihatan.

"Ssup." sapa Elena lalu mengambil tempat di sebelah Melissa.

"Ha sorang dah mai, ni lagi sorang mana. Lepas 1:30, alamatnya Lana lah yang belanja hari ini!" ucap Ariana.

"Apa lah Lana, dia yang set deal macam tu, dia yang lambat." tambah Melissa. Elena ketawa sahaja.

"Order dulu lah, nanti Lana sampai boleh makan terus." ucap Elena sambil membuka menu makanan.
Selepas 10 minit, waiter dipanggil dan terus memesan makanan.

"Ni aku nak cakap ni pasal banglo tu...." ucap Ariana.

"Duh duh! aku benci betul lah cakap pasal banglo tu." rungut Elena.

"Kau! aku pun. Tah siapa siapa je nanti yang ada dekat banglo tu..." tambah Ariana menyokong Elena.

"Tapi nak tak nak pun, kita kena juga masuk! ish dah lah topik lain please!"
Melissa sebagai perungut ketiga pula mengadu.

"Topik apa kau nak? topik pasal jodoh?" sakat Elena.

"Tak kesah lah pape...." jawab Melissa, matanya memandang ke arah luar kedai.

Alana....eh? dengan Aril?

×××

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang