Tepat 2 petang, Ariana bersama Melissa, Alana, Zarith, Adrian dan Aril sampai di hospital sejurus sahaja mendapat panggilan bahawa Elena sudah mulai sedar dan stabil.
"Aku dengan yang lain, tunggu luar je lah. Apa apahal update okay?" pesan Zarith sewaktu mereka berenam sampai di hadapan pintu wad Elena.
"Tak nak masuk sekali ke?" soal Ariana.
"Haah, masuk je lah sekali." tambah Alana.
"Tak apa lah. Korang go on je. Elena tu baru stabil, nanti sakit balik pula." Aril berkata sambil menggaru kepalanya yang gatal tiba tiba itu.
Lama tiga gadis itu terdiam sebelum mengangguk. "Okay lah kita orang masuk dulu, apa apa call okay?" ucap Ariana. Zarith, Adrian dan Aril serentak mengangguk.
Tiga gadis itu terus melangkah masuk ke dalam wad Elena. Kelihatan Elena sedang berbaring menghadap tingkap membelakangi pintu masuk.
"Elena..." sapa Melissa sambil berjalan ke katil Elena. Elena menoleh. Dia tersenyum dengan kehadiran tiga rakannya.
"Kau macam mana?" soal Alana.
"Macam ni jelah, tak boleh nak buat apa sangat pun. Kaki pun patah." ucapnya sambil menayang senyum tawar.
"By the way, parents aku dah sampai KL ke belum?" soal Elena. Wajah tiga sahabat dihadapannya ditatap. Tiada satu pun yang berani bertentang mata dengannya. Masing masing mengalihkan pandangan.
"I think I know the answer, kau orang dah inform but they're the one who refuse to come right? either busy or tak ada free date or jumpa client everyday, am I right?" ucap Elena. Semakin sampai ke penghujung ayat, semakin mendatar suaranya kedengaran.
Perlahan lahan Ariana, Melissa dan Alana mengangguk. Elena mengeluh perlahan. Dia mulai menunduk.
"They really gonna come back bila aku dah tak ada nanti.." ucapnya lagi sayu. Satu persatu butir jernih jatuh ke pipi.
"No don't say that." halang Ariana. Belakang Elena diusap perlahan.
"Dah lah tempang, banyak masalah parents and siblings ada macam tak ada.... i'm useless now." semakin lebat turunnya air mata yang tak dapat dibendung.
Ariana, Melissa dan Alana meluru mendapatkan Elena lalu memeluk gadis itu untuk memberinya kekuatan.
"Kau ada kita orang, El. Anything happen, we got your back! remember that, sayang." pujuk Alana. Terikut ikut dengan emosi Elena, mereka bertiga sekali turut mengalirkan air mata.
"If it's not for you guys, i won't be this strong." ucap Elena lagi sambil menahan tangisan.
💌💌💌
Sejurus sahaja tiga gadis itu hilang daripada pandangan mereka tadi, telefon milik Zarith pula berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Panggilan daripada doktor yang in charge mengenai Faiq mengatakan Faiq sudah pun sedar dan diminta untuk mereka bertiga ke wad Faiq.
"Kau macam mana bro? feelin' better?" soal Adrian sejurus sahaja dia masuk ke dalam wad Faiq. Faiq mengangguk perlahan.
"Elena dah sedar?"
"Elena okay tak?"
"Siapa jaga dia?"
"Family dia dah sampai?"
"Woo woo woo woo, chill man! satu satu aku jawab. Laju laju nak pergi mana? tak lari mana pun..." perli Zarith. Faiq tersengih sendiri.
"Okay first, Elena dah sedar. Dia sedar malan tadi tapi pagi tadi baru dapat jenguk. Dia okay ke tak okay tu aku tak tahu sebab aku tak jenguk dia lagi, tapi aku rasa everything's fine. Siapa jaga dia tu siapa lagi kalau bukan bffs dia. Pasal family pula, bffs dia tak ada cakap apa apa, aku rasa tak sampai lagi kot...." terang Zarith satu persatu.
Kata kata terakhir Zarith yang berlainan intonasi membuatkan serentak Faiq, Adrian dan Aril memandang ke arahnya.
"Husnudzon guys... maybe flight daripada US ke Malaysia tak ada setakat ni? okay tu tak logic. Ala, fikir positif jelah, family dia dah on the way, malam ni sampai." Zarith ketap bibir. Stress pula bila kena tenung macam baru lepaskan ayam yang kena tangkap selepas 3 ribu kali cubaan.
Terkekeh kekeh Faiq, Adrian dan Aril ketawa melihat reaksi cuak Zarith.
"Doktor ada cakap apa pasal kau? pasal kurang darah kau tu?" soal Aril.
Faiq menggeleng. "Tak ada pula dia cakap apa apa. Lepas aku sedar, dia just check yang macam dalam drama tu haa lepastu dia terangkan macam apa yang dia terangkan dekat kau orang."
"Macam mana kau boleh tahu apa yang doktor tu terang dekat kiraorang?" soal Adrian dengan muka blur nya.
Faiq tayang muka malas nak layan. "Dah dia cakap dia pun terang benda tu kat kau orang juga, so daripada situ la aku tahu, bengap."
"By the way, kau orang dah okay?" soal Faiq. Mereka bertiga mengangguk.
💌💌💌
"El... aku cakap ni kau jangan melenting pula tau. Kau dengar je, tak payah bagi respon pun tak apa. Atleast kau dengar, okay?" Ariana berkata sambil tersenyum tipis.
Elena berkerut. "Belum cakap macam mana aku nak melenting?"
"Haa pape je, asal kau dengar." ucap Alana. Elena mengangguk.
"Kau nak tahu tak apa yang jadi sepanjang kau tak sedarkan diri 5 hari ni?" Elena mengangguk laju.
"Aku cerita daripada mula. Kau jangan nak interrupt kalau taknak makan kaki aku. Okay macam ni, setakat ni siapa yang langgar kau tu masih dalam siasatan polis. So kita orang kena ulang alik balai & hospital
so that part, harap kau faham la. Second, awal awal kau masuk hospital waktu dekat emergency tu...Faiq yang teman kau sekali dalam ambulans sebab dia ada waktu kau kena langgar tu. Waktu kita orang jumpa doktor, doktor kata kau hilang banyak darah so nak cari penderma O. Kita orang semua bukan darah O tapi Faiq, El. Dia terus volunteer nak derma. And sekarang dia—"
"Sekarang dia apa?" sampuk Elena tak sabar. Ariana, Melissa dan Alana masing masing sedaya upaya menahan riak wajah daripada tersenyum. Elele still care rupanya elele.
"Right after proses pemindahan darah tu, Faiq collapse. Baru 3 hari lepas dia sedar. The boys cakap he's fine, cuma tu lah... taktahu la nanti ada side effects or not sebab the boys kata Faiq once hilang darah banyak dulu waktu dia accident dekat UK." giliran Melissa
pula bercerita."Dah ada bad past macam tu pun still sanggup nak derma kat kau, El. Zarith cerita, Faiq kata apa yang dia buat ni tak setanding apa yang kau buat dulu which is kau selamatkan dia daripada Slyther sampai kau yang tercedera sendiri. So that's why dia berani ambil risiko even dia tahu apa kesudahannya kalau dia go on."
Elena terdiam. Satu persatu kata kata daripada Ariana, Melissa dan Alana mengenai Faiq didengari olehnya.
"Kau orang dah okay ke dengan dia orang tu?" soal Elena tanpa sebarang riak.
Riak wajah Ariana, Melissa dan Alana
bertukar cuak. Masing masing mengangguk. "Kita orang berbaik sebab we're thankful dia orang sanggup tolong kau, especially Faiq."Lama Elena terdiam sebelum dia tersenyum. "You guys did the right thing by putting aside all the ego."
👑👑👑
update yang suppose hari khamis aku bagi harini... sebab? hari khamis aku akan busy kalah najib.
btw, thanks, bbbg #1 in teen fiction again.
☺❤

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Novela Juvenil☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.