#24

7K 653 66
                                    

Day 3, 07:00a.m

"Kamu berempat hari ni kalau nak duduk dalam bilik aje pun tak apa sebab hari ni dah mula merewang. Nanti ramai orang orang kampung datang, takut kamu semua tak selesa pula nanti."

"Eh tak apa la, biar aje kita orang buat kerja. Lagi pun mesti nak pakai ramai orang, sekali sekala tolong Tok Mak, boleh kan kan kan?" soal Ariana ceria.

"Tok Mak tak kisah, cuma kamu berempat bertahan lah ya nanti kalau makcik makcik kampung tu bila dah bergosip, silap silap kamu berempat yang jadi topiknya!" tambah Tok Mak risau.

"Betul tu, mak su ni setiap kali balik mesti kena dik oi. Sampai telinga ni dah biasa!" sampuk Maksu Zarith, Raisya aka si bakal pengantin yang baru tiba.

"Don't worry Tok Mak, maksu,dia kutuk, kita kapak dia!" sakat Elena diikuti tawa Tok Mak dan mak su.

"Assalamua- ui Kak Syah oi! anak dara siapa ni Kak Syah oi!"

Kelihatan 4 orang makcik yang sangat kepoci mukanya pun masuk ke dapur bersama Mila, Zati, Asya dan Huda.

"Ni mesti mak mak perempuan kepoci tak ada kelas tu..." bisik Alana kepada Ariana sambil sambil mengunyah roti canai.

"Ni kawan kawan cucu aku, saja bawa balik cuti sekolah boleh tolong aku kat rumah ni bukan datang rumah aku setakat nak cuci mata je iya kan Sya?" ucap Tok Mak dengan nada memerli keempat gadis kampung tadi.

"Pfft!" hampir terhambur ketawa Mak Su. Huda sudah menguis nguis lengan baju emaknya, Mak Tipah untuk membalas kembali perlian Tok Mak.

"Hmm entah entah kawan pe-"

"Ha jom makan Tok Mak, mak su! penat kita masak tadi kan? sebab ada ehem ehem allah! terbatuk pula!" ucap Melissa seraya menyampuk percakapan Mak Tipah.

SKIP

Selesai sarapan pagi, bermulalah aktiviti masak memasak. Satu demi satu orang kampung mulai bertandang ke dapur. Setakat ni yang mulut kepoci hanyalah makcik berempat tadi iaitu Mak Tipah, Mak Gayah, Mak Senah dan Mak Limah.

"Ha kamu berempat orang bandar ni reti ke nak buat kerja kerja orang kampung ni? pergi duduk dalam bilik aje lah buat apa tu orang kolumpo panggil mani padi padi? ha pergi sana!" Mak Senah mulai meninggi suara apabila masing masing selesa dengan kerja kerja yang diberi.

"Apa yang tak reti nya? elok je budak berempat ni tolong aku. Bukannya dia orang kekok pun!" bidas Mak Melah,sepupu Tok Mak.

"Aku tak kisah... tapi nanti jangan cakap aku tak bagi amaran kalau dia ada buat salah. Silap silap tak berlauk tetamu yang datang esok!"Mak Gayah pula menokok tambah kata kata Mak Senah.

"Ha tak apa la, kamu berempat jom tolong mak su hias hantaran. Ni biar makcik makcik handal yang settle kan. Kita orang Kolumpo ni tak boleh kacau, nanti habis kita yang kena!" ucap Mak Su seraya menarik mereka berempat yang terpinga pinga ke ruang tamu.

"Ada ke budak budak kolumpo disuruhnya buat kerja kampung,kami ni tak cukup ke Syah sampai kau suruh budak budak tu? ni ha anak dara berempat ni cakap je apa kau nak, semua boleh tolong. Sesuai untuk cucu cucu kau." Mak Limah mulai mencucuk jarum. Si minah kampung berempat mulai tersenyum sendiri. Tok Mak tak membalas sebaliknya terus mengacau lauk di kawah besar.

"Asya, tolong Tok Mak perah kelapa ni. Kamu pandai buat semua benda kan? ni ha ambil kelapa ada 20 biji. Perah semua lepastu bagi kat Tok Mak ya." kelapa di tangan Tok Mak mulai bertukar tangan.

5 minit kemudian...

"Aih Asya kenapa tak mula lagi? cepat Asya oi, kita nak pakai kelapa ni sekarang." ucap Mak Melati kepada Asya yang termenung di hadapan pemerah kelapa.

"Asya tiba tiba pening kepala pula mak, Huda tolong gantikan aku." ucap Asya.

"Ak..akuu sakit perut!"

"Aih tadi elok je, ni dan dan sakit perut la pening kepala?"

"Ke tak reti?" sinis soalan Mak Melah.

"Pantang keturunan keluarga aku orang cop tak reti buat kerja dapur! Mila pergi perah!" arah Mak Tipah.

"Mi..Mila tak..tak reti mak!" tersekat sekat Mila menjawab.

"Zati pergi buat!"

"Zati mana reti mak! selama ni kalau mak masak kan Zati tengok tv je!"

"Kalau anak tak reti jangan dibangga banggakan sangat, kan dah malu sendiri!" perli Mak Melah.

"Hei Melah! kau tak tau apa jangan nak cakap lebih lebih ya!" bidas Mak Gayah.

"Er.. Tok Mak, mak su minta gunting." sampuk Elena yang baru tiba di dapur.

"Alang alang budak Kl ni apa kata cuba try test... Elena boleh perah kelapa?" soal Mak Melah.

"Tak reti sangat tapi kalau nak try boleh la. Letak je kan kelapa ni dekat tempat kisar tu?" pelik Elena dibuatnya apabila tiba tiba disuruh memerah kelapa. Mak Melah mengangguk.

Akhirnya selepas 10 minit, 20 biji kelapa sudah siap diperah Elena. Bekas perahan kelapa tadi dimasukkan dalam bekas dan diberi kepada Tok Mak. "Ni Tok Mak,cukup la tu kan?" hulur Elena.

"Bagus cucu Tok Mak ni."

"Ni ha budak kolumpo yang kau kata tak boleh buat kerja dapur. 10 minit dah boleh perah 20 biji kelapa. Anak kau? 10 minit termenung aje!" perli Mak Melah.

TBC
BAD BOYS BAD GIRLS #24

maybe triple update nak settlekan part kampung ni sampai esok!

👑👑👑

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang