#7 | edited

9.7K 754 21
                                        

Faiq melangkah ke dalam kelas. Suasana kelas masih kosong memandangkan waktu masih berbaki 20 minit sebelum waktu persekolahan bermula.

"Eh ni yang kereta kena tepek telur tu kan? oops!" perlinya sejurus sahaja susuk tubuh Elena di tempat duduknya. Memandangkan mereka tablemate, lagi senang lah sesi mengacau Elena.

"Tepek telur tu okay lah lagi. Atleast boleh hantar car wash. Kalau superbike mahal kena bedah? oh my god, bayangkan superbike yang cantik je bentuk tiba tiba dah hancur berkecai?" balas Elena kembali penuh sinis.

"Apa maksud kau?" tiada lagi nada mengejek, ini serious.

"Rasa rasa? kalau kau pandai, mungkin kau tahu. Because what you give you get back, brother. Jangan fikir kau dah berjaya kenakan aku satu kali, tak bermakna kau berjaya untuk kali kedua, goodluck." Elena berkata. Kalau dengar sekali imbas, memang tak faham, ayat memang makan dalam betul ni, deep habis.

"Apa maksud dia...." Faiq bermonolog dalam hati.

Ting ting! notifikasi masuk. Tangannya menekan sms tersebut.

private number
» IMAGE

Gambar motornya yang sudah nyawa nyawa ikan itu terpapar di skrin telefonnya. "What the f- , Elena!" jerit Faiq kuat.

Elena yang masih di luar kelas terkekeh kekeh ketawa. Siapa je yang tak anti dengan mamat bongkak sepuluh keturunan ni?

Faiq pula terus turun ke bawah untuk melihat saat saat terakhir superbikenya #RIP. Sejurus sahaja lif berhenti di tingkat bawah, kebetulan dia bertembung dengan Zarith.

"Eh bro, kau dah tau pasal supe-"

"Tahu. Cari nahas perempuan tu." balas Faiq laju memotong kata kata Zarith. Mereka berdua beriringan berjalan ke keberadaan superbikenya.

Faiq memandang lama ke arah motornya sebelum bunyi tepukan kuat datang.

"Ni lah yang jadi bila konon konon hero malaya students perempuan acah acah besar dekat sekolah ni. Ingatkan pandai sangat, bodoh juga rupanya." ucap Elena yang baru tiba bersama Ariana, Melissa dan Alana.

"Apa maksud kau ha?" suaranya sudah naik oktaf. Alamak marah ke bang?

"Lysha, junior form 4 yang datang jumpa kau semalam... dia yang tolong aku dapatkan kunci superbike kau. Aku rasa kalau kau aware, benda ni tak jadi. Tapi kau layan, sebab? sebab dia cantik. Am I right? so salahkan diri kau sendiri lah eh sebab kau yang tak aware." balas Elena. Satu dos perlian dibaginya.

"Kau-"

"Let's end this. Rooftop at 2."

-

Daripada pukul dua empat puluh lagi Elena, Ariana, Melissa dan Alana sudah siap menunggu di rooftop sekolah.

"In three... two... on-"

Bunyi pintu rooftop terbuka.

"Good, tepat pada waktunya." Elena menepuk nepuk tangannya.

Sekarang mereka berdiri satu baris dengan kumpulan masing masing. Menghadap muka para musuh.

It's 4 vs 4.

Game on.

"Hey cic-"

"Elena Rose, Ariana Affiera, Melissa Kayla, Alana Sofea, Faiq Haiqal, Zarith Ziqri, Adrian Mikael dan Aril Rizqi.... apa yang awak berlapan nak buat dekat atas ni?"

Spoil.

"Tak ada apa, puan."

"Jangan tipu saya, Elena. Eight of you, my room... now."

-

"Saya dah tak ada idea nak buat apa dengan kamu berlapan. Setiap hari bergaduh. Kamu berempat, dulu kamu semua pengawas kebanggaan saya. Bila kamu buat keputusan nak letak jawatan, saya relakan kamu. Janji kamu, hendak belajar bersungguh sungguh. Tapi mana sikap itu sekarang? hilang."

Elena tersentak.Tak pernah pernah Puan Shaline mention tentang perletakan jawatan mereka semenjak tiga tahun lalu.

"Kamu pula, baru beberapa minggu dah berani tunjuk belang? awak tu dah terlalu besar ke sampai nak bergaduh? tak tahu malu? ingatkan pelajar baru, reti lah kawal attitude."

Puan Shaline mengambil nafas berat sebelum mengumumkan sesuatu.

"Saya bagi dua pilihan, antara kamu berlapan berbaik dan berkawan ataupun kamu terpaksa saya buang dari EV." Ternganga mereka dek kata kata Puan Shaline.

"Fikir masak masak, saya buat semua ini untuk kebaikan kamu. Bukan susah untuk berkawan cuma ego kamu menguasai diri. Kamu boleh balik ke kelas,saya mahu kata putus pada esok hari."

Mereka terus menunduk hormat lalu satu persatu meninggalkan bilik pengetua.

"Guys,wait.. friend?" soal Faiq.

Ariana, Melissa dan Alana memandang ke arah Elena namun Elena tiada riak. Dia terus masuk ke dalan lif tanpa memberitahu kata putus. Faiq mengeluh berat.

👑👑👑

Petang itu, mereka berkumpul di rumah Elena atas arahan Elena sendiri.

"Ssup." sapa Ariana sebaik sahaja mereka bertiga masuk ke bilik Elena.

"So how? should we?" soal Elena.

"Aku rasa patut. Sebab kalau kita kena buang or transfer sekolah lain, Slyther macam mana?" soal Alana. Elena mengeluh berat.

"Betul cakap Lana, Slyther tu bukan boleh buat main, salah satu, hancur semua.. Aku taknak antara kita jadi mangsa...." tambah Melissa.

"Lower your ego, El. Just this time, for you, for us, for our school and for Ily?"

"I'll think about it."

× × ×

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang