#57

6.3K 554 61
                                    



×××

Telefonnya dikeluarkan lalu nombor telefon Eva didail.

sorry tapi i tak save number musuh, kebetulan je number Eva ada dalam call log - Elena, 2k17.

Dia menangkap susuk tubuh Eva yang sedang berurusan dengan seseorang di hadapan pintu sekolah. Nampak macam seseorang yang tidak pernah dikenalinya.

Memandangkan lelaki yang berurusan dengan Eva tadi sudah beredar dan masuk kembali ke dalam kereta. Elena mulai berjalan ke arah Eva namun terberhenti apabila seorang wanita lingkungan 60-an melangkah keluar daripada kereta yang sama dengan lelaki tadi.

Dia mengambil keputusan untuk mengintai daripada tepi pokok untuk mengelakkan Eva mengetahui keberadaannya. Tak lama kemudian, matanya menangkap satu kereta sport berwarna hitam berserta full tinted datang dengan laju dari arah kirinya seperti ingin...

Menyerang Eva dan wanita yang bersama Eva?

Segala perbuatan jahat Eva kepada dirinya ditolak tepi tanpa fikir panjang. Telefonnya disimpan di kocek dan kemudian dia berlari sepantas mungkin ke arah Eva dan wanita tadi.

"Eva tepi!" jerit Elena.

Tubuh Eva dan wanita itu ditolak ke tepi untuk mengelakkan gadis itu dilanggar kereta tadi. Kedua dua mereka terdorong ke tepi sejurus sahaja Elena menolak tubuhnya ke tepi.

Eva memandang ke arah belakang selepas orang ramai mulai berkerumun di tengah tengah jalan raya. Dia mulai berjalan ke arah tumpuan itu.

Tubuh yang berlumuran darah masih tidak dapat dicam olehnya kerana dihalang oleh orang ramai yang membantu. Kereta yang melanggar tadi sudah hilang daripada pandangan.

"Baik Aerin pergi tengok, dia selamatkan kamu dan ibu, Aerin." ucap wanita yang bersama Eva.

Eva mengangguk perlahan sebelum dia bolos daripada orang ramai dan tiba di hadapan tubuh yang sudah berlumuran darah. Dia ketepi untuk melihat wajah si mangsa.

"Noo... bukan dia. Not her. Bukan dia yang tolak aku ke tepi tadi. No!" jerit Eva kuat.

Wanita tadi mulai mendapatkan Eva yang sudah menjerit seperti hilang kewarasan. "Kenapa, Aerin?! kenapa?"

"T..tu... tu Elena.. Eva banyak buat jahat dekat dia, ibu... Eva bukan penyebab dia jadi macam tu.. ibu, Eva takut." adu Eva sambil teresak esak di pelukan wanita itu.

"Ya allah! ambulans! call ambulans!" jeritnya.

Kawasan itu semakin dipenuhi orang ramai, pelajar pelajar sekolah Victon yang baru selesai turut serta keluar apabila ambulans mulai diparkir di hadapan sekolah.

Faiq memasukkan dua keping RM1 ke dalam vending machine, pilihan air Justea ditekan dan diambil. Satu teguk, dua teguk, uhh. Lega.

Matanya kemudian menangkap kerumunan di hadapan sekolahnya.

"Aih ada apa tu? ambulans bagai." monolog Faiq sendirian sambil cuba menutup botol air Justea miliknya.

"Abang Faiq!" cubaan menutup botol air terberhenti. Faiq menoleh. Seorang gadis junior berlari ke arahnya daripada pintu pagar.

"Kak El.. kak Elena! dia kena langgar depan sekolah!"

Terlepas pegangan botol air Justea miliknya. Isi dalam botol mengalir keluar. Faiq terus berlari keluar sekolah untuk melihat Elena.

Tubuh tubuh yang menghalangnya ditolak tepi. Apabila dia sampai, Elena yang berlumuran darah mulai diangkat dan dibawa masuk ke dalam ambulans.

💧💧💧

Gleaneagles Hospital, 3:30p.m.

Faiq bermundar mandir di hadapan wad kecemasan yang menempatkan Elena. Kedatangan Eva dan seorang wanita yang tak dikenali turut serta menaikkan rasa curiga di benak hatinya.

Semenjak pukul dua tadi, dia menunggu. Akhirnya kelibat doktor melangkah keluar daripada wad kecemasan. Faiq tanpa tangguh terus berjalan ke arah doktor.

"Macam mana dengan keadaan dia, doktor?" soal Faiq.

"Status keadaan Elena agak serius, jadi saya perlukan anggota keluarga ataupun yang terdekat untuk mengikut saya untuk berbincang tentang keadaan Elena. Boleh saya tahu siapa yang boleh?" ucap Dr. Rahman.

Faiq jeda seketika. Dia kemudian menangkap Ariana, Melissa dan Alana berserta Zarith, Adrian dan Aril yang berlari cemas ke arahnya.

"Tiga perempuan tu orang terdekat Elena, keluarga dia masih di LA." ucap Faiq.

"Macam mana dengan Elena, doktor?" soal Melissa cemas.

"Kanu bertiga boleh ikut saya untuk mengetahui status Elena." ucap Dr. Rahman. Tiga gadis itu mengangguk lalu mengekori langkahnya.

"Okay bro?" tegur Zarith. Faiq mengangguk.

Mereka berenam terus bergerak daripada sekolah sejurus sahaja mendapat berita tentang Elena. Permusuhan antara mereka tidak terkira lagi.

"Kenapa Eva ada dekat sini? and siapa sebelah dia?" bisik Adrian. Faiq menggeleng tak tahu.

Suasana jeda seketika. Namun kemudian, teguran daripada wanita yang bersama Eva menghidupkan suasana.

"Ini nombor makcik, nanti kalau Elena dah sedar ataupun dia dah stabil, telefon makcik ya. Makcik balik dulu." terangnya.

Satu cebisan kertas tertera nombor telefonnya dihulur dan diambil oleh Faiq. Faiq senyum nipis lalu mengangguk. "InshaAllah makcik."

Wanita itu terus berlalu mendapatkan Eva yang berdiri di hujung wad dan perlahan lahan hilang daripada pandangan.

Mereka berempat berbalas pandangan antara satu sama lain.

* insert james bond spy song *

💧💧💧

"Keadaan Elena teramatlah lemah, dia kehilangan banyak darah. Darahnya yang kurang juga semakin berkurang.

Bahagian kakinya juga akan sukar berjalan. Selepas dia sihat sekalipun, dia harus menjalankan fisioterapi untuk memulihkan kembali kakinya kepada sedia kala."

"Berapa lama agaknya kaki Elena boleh sembuh seperti sedia kala?" soal Alana.

"Ambil masa juga. Bergantung kepada kekuasaan Allah. Banyakkan sesi fisioterapi, inshaAllah berkesan."

Mereka berempat mengangguk dan meminta diri untuk keluar. Dr. Rahman juga turut sama keluar.

"Lupa saya nak beritahu, memandangkan Elena kehilangan terlalu banyak darah, saya mencari penderma daripada kumpulan darah O sahaja memandangkan pemilik darah O hanya boleh menerima darah daripada pemilik darah O sahaja. Jadi siapa berdarah O boleh menderma dengan segera."

Rata rata semuanya bukan berdarah O dan tidak dapat menderma kecuali...

"Saya boleh, saya darah O."

×××

bbbg | ✔Where stories live. Discover now