#45

7.2K 608 41
                                    

— 2:30pm
Rumah Anak Yatim Rafflesia

Adrian memarkir keretanya sejurus sahaja mereka sampai di Rafflesia. Satu persatu daripada mereka keluar dan menutup pintu.

"Assalamualaikum! bonda!" laung Zarith. Selepas 1 minit, pintu banglo 2 tingkat itu terbuka. Tersembul wajah Kak Na dan Bonda di muka pintu.

"Waalaikumssalam, masuk la." jemput Kak Na sambil membuka pintu.

"Apa mimpi ni datang sini?" sakat bonda sejurus sahaja mereka berempat bersalaman dengannya.

"Tak ada mimpi apa, bonda. Saja, cuti cuti ni." ramah Adrian menjawab.

"Memang pun, lama sangat kau orang tak datang. Budak budak asyik tanya je mana abang Faiq, abang Zarith, abang Ad dengan abang Aril. Abang abang kesayangan lah katakan." ucap Kak Na di sebelah bonda.

"Hahaha! biasalah Kak Na, hero pujaan datang melawat ni. Mana budak budaknya?" soal Aril sambil matanya melilau seluruh rumah.

"Ada dekat atas, kelas mengaji. Dah nak habis dah tu. Nanti turun la. Duduk dulu, Kak Na buat air." pamit Kak Na. Mereka berempat mengangguk sambil bergerak ke ruang tamu.

"Macam mana sekolah? okay?" soal bonda. Dia mulai mengambil tempat di sofa berhadapan Adrian.

"Okay je bonda, cuma penat sikit. Bonda sihat tak?" soal Faiq.

"Macam ni ajelah, sakit sakit tua. Mama papa sihat?" soalnya kembali.
Semua mengangguk.

"Mama kirim salam tadi, dia kata nanti dia datang dengan Qisya minggu depan. Harini dia tak boleh datang, ada client dekat butik katanya." jawab Faiq lagi.

Bonda mengangguk sahaja. Sementara menunggu budak budak turun, masa diluang bersama bonda yang sudah lama tak berjumpa.

SKIP

Lelah Faiq dibuatnya melayan kerenah budak budak ini. Lama tak jumpa, ini lah jadinya. Di hujung sudut rumah ada Aril bermain gitar sambil bernyanyi, syok budak budak dengar Aril nyanyi, siap dipangku Adrian dan Zarith lagi.

Telefon di poketnya dihidupkan. Tiada mesej yang masuk. Tangannya membuka aplikasi Instagram. Lama dia tidak mengupdate akaun Instagram nya sejak kes Elena.

Satu persatu gambar terlihat di news feed instagram miliknya sehinggalah gambarnya terhenti pada seseorang.
Profil gadis itu ditekan. Sama juga dengannya, baru kali inilah gadis itu mengupdate akaun Instagram miliknya. Gambar gambar gadis itu bercuti di LA direnungnya satu persatu.

Jauh di sudut hatinya, dia lega gadis itu sudah pulih. Namun dia tahu, luarannya pasti tak akan sama dengan dalamannya semenjak kes itu berlaku. Terbit rasa bersalah di benak hatinya.

Tangannya kembali ke home dan ke bahagian photo. Bila bosan, ini lah jadinya. Sedang syok tangannya mengscroll laju, gambar seseorang menarik perhatiannya. Gambar kandid gadis itu yang diambil sewaktu pertemuan malam terakhir mereka sebelum mereka berdua tidak lagi berkawan. Lama dia merenung gambar itu, rindu.

"Puas dah tenung?" sampuk bonda lalu mengambil tempat di sebelah Faiq

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Puas dah tenung?" sampuk bonda lalu mengambil tempat di sebelah Faiq. Laju tangannya kembali menyimpan telefonnya.

"Tak ada apa la bonda.." ucap Faiq sambil menggeleng.

"Tak bawa dia datang sekali?" soal bonda.

"Dia? siapa?" soal Faiq kembali.

"Elena la. Tadi tu gambar Elena kan?" soal bonda lagi.

"Ooh Elena... dia... dia—"

"Kamu gaduh dengan dia ke?"

Perlahan lahan dia mengangguk.

"Bonda tahu kan sekolah Faiq kena serang? sebelum tu Faiq ada gaduh dengan dia."

"Sebab kamu ingat dia jahat?" sampuknya.

"Macam mana bonda tahu?" soalnya.
Tergamam jejaka itu dibuatnya.

"Bonda dah kenal Elena sebelum kamu kenal dia lagi, Faiq." kalau tadi dia terkaku, ini tergamam.

"Macam mana bonda kenal Elena?"

"Ingat tak penyumbang penyumbang utama rumah ni yang selalu bagi bantuan tapi keluarga Faiq tak pernah jumpa dia tu?" Faiq mengangguk.

"Faiq pun tahukan yang sejak 3 tahun lepas dia menyumbang melalui akaun bank sahaja kan?" Faiq mengangguk lagi.

"Penyumbang itu adalah Elena dan kawan kawannya." dum! bagai batu berat kuat menghempap dirinya.

"Biar betul bonda?" sampuk Zarith yang kebetulan baru tiba dengan Aril dan Adrian di lokasi Faiq dan bonda.

"Bonda serba salah nak cerita. Sebab waktu kali pertama Elena datang ke sini dengan kamu Faiq, itulah kali pertama dia datang selepas bertahun dia tak jenguk. Sampai budak budak pun tak ingat dia dah. Waktu tu dia suruh bonda dengan Kak Na rahsiakan pasal dia daripada kamu. Kalau nak diikutkan waktu itu, nak aje bonda peluk cium dia. Bonda rindu sangat dengan mereka." terang bonda panjang. Fikirannya kembali kepada pertemuan mereka baru baru ini.

FLASHBACK

Ketukan di pintu mengejutkannya. Matanya dialih ke muka pintu. Aina melangkah masuk ke pejabatnya.

"Ada apa Na?" soalnya.

"Elena datang, bonda."

Terkejut. Terhenti tangannya daripada menyusun segala fail di tangannya.

"Tapi dia datang dengan Faiq. Dia pun terkejut juga agaknya. Faiq kan taktahu dia penyumbang dekat sini. Tadi waktu dia sampai pun, dia hantar isyarat kat Na supaya buat buat tak kenal supaya Faiq tak perasan." terang Kak Na panjang.

Bonda mengeluh. "Tak apa lah, kita ikut aje. Mari turun."

Mereka berdua melangkah ke bawah bersama sama. Wajah Elena yang dirindui itu ditatap lama. Tubuh gadis itu dipeluk erat.

SKIP

"Sab pergi lah dekat kawan kawan tu." sampuk bonda kepada Sabrina. Tujuannya sebenarnya mahu berbual bersama Elena.

"Dah lama El tak ke sini... tak rindu kami?" soalnya.

"Rindu sangat bonda, tapi bonda sendiri pun tahu kan, El dengan yang lain sekarang dah macam terjerat. Nyawa kami dalam tangan dia." jawab Elena mendatar.

"Tak apa, bonda faham. Faiq tahu ke pasal kamu dengan orang orang tu?" soal bonda.

Elena menggeleng. "Nantilah bonda, sekarang bukan mada yang terbaik untuk El buka pasal cerita ni."

Tangan Elena digenggam, "Jangan simpan terlalu lama sayang, nanti kalau rahsia tu pecah sendiri, kamu yang akan sakit."

"Insyaallah bonda. Lagi satu, El minta tolong untuk bonda rahsikan benda ni daripada dia orang." ucap Elena.

"Kenapa? kan lebih baik kalau kamu bagitahu?" soal bonda mempertikai keputusan Elena.

"Entah lah, firasat ni ysng buat rasa El patut rahsiakan benda ni... mungkin ada masa yang lebih baik untuk El bagitahu nanti." jawabnya.

Bonda mengangguk. "Bonda hormati keputusan kamu." tubuh Elena pantas diraih lalu dipeluknya gadis itu.

FLASHBACK END

Tiada kata terkeluar daripada mulut mereka berempat. Tak menyangka Elena dan kawan kawannya yang tomboyish itu rupanya ada part sedihnya.

"Pasal Slyther, pun bonda tahu."

×××
gagahkan juga diri update harini, uhuks 💤 vote+comment macam biasa, makasih

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang