3 hari selepas Elena sedar, pembedahan segera akan dilakukan terhadap gadis itu untuk mengelakkan sebarang perkara yang boleh merebak dan menjejaskan kesihatannya.
Elena yang terbaring di atas katil wad itu mulai ditolak sehingga ke bilik pembedahan. Kata kata semangat diberi kepada Elena sebelum gadis itu menempah maut dengan pembedahan yang akan dilakukan.
"Anak mama kuat kan? cekalkan hati, sayang. Mama tahu kamu boleh."
"Papa akan sentiasa doakan anak papa, you'll be fine sayang."
"El, abang Ezr sure you gonna be fine."
"Kak El, i'm praying for your health. Sihat cepat cepat and then we can play together with abang and Elys."
Satu persatu kata kata semangat diberi daripada Datin Sofina, Dato' Khalil, Ezaril dan Ezzat. Elena tersenyum. Dia hanya boleh mengangguk sahaja dan tersenyum tawar. Saki baki lukanya masih terasa.
Kini giliran tiga rakan baiknya kehadapan, sebelum Elena ditolak ke bilik pembedahan.
"El.... please be strong for us. Aku tahu kau kuat. Lepas kau sihat, everything's will be back to normal. All of us love you so much." Melissa berkata mewakili Ariana dan Alana yang sudah banjir dengan tangisan. Hanya genggaman tangan sebagai tanda sokongan mampu diluahkan.
Katil Elena ditolak perlahan memasuki bilik pembedahan. Semua memandang sayu ke arah Elena yang semakin lama hilang dek pandangan.
👑👑👑
Pembedahan Elena membuatkan semua ahli keluarga dan tiga rakan baiknya tak senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Risau akan keadaan Elena yang sedang dibedah.
"Mama duduk ma, adik gonna be fine." pujuk abang sulung Elena, Ezaril Raykal yang baru tiba dengan penerbangan daripada LA pagi tadi bersama adik bongsu nya, Ezzat Ryan.
"Macam mana mama nak duduk Ezr, adik kamu dalam tu sedang bertarung nyawa! kalau apa apa jadi dekat El, i'm blaming myself for it." ucap Datin Sofina. Merembes rembes air matanya keluar."Ma cool down ma, Ezr tau El kuat. She'll fight for it, for you and for us. El akan okay, trust me." ucap Ezaril lagi meyakinkan Datin Sofina. Dia terus menarik wanita itu ke dakapannya.
"Mama taknak hilang anak perempuan lagi..." ucap Datin Sofina mendatar.
"Shh, mama jangan terlalu banyak berfikir. You should think all the positive side. Mama pun kena kuat." berterusan Ezaril memujuk mamanya.
Tiga rakan baik Elena yang sedari tadi memerhati juga turut mengalirkan air mata. Tak sanggup nak melihat butir butir jernih turun daripada mata seorang ibu.
Kelibat Dato' Khalil dan Ezzat terlihat, pada masa yang sama, pintu bilik pembedahan terbuka. Bergegas semua menuju ke arah doktor yang baru sahaja keluar.
"Macam mana keadaan Elena, doktor?" soal Ezaril sejurus sahaja pintu terbuka.
"Keadaan Elena selamat, pembedahan juga berjalan lancar. Elena akan dipindahkan ke wad VIP daripada wad ICU. Keadaannya kini sudah stabil, cuma dia masih tak sedarkan diri. Insyaallah dalam 1 ke 2 hari, dia akan sedar." ucapnya. Kata kata doktor membuatkan semua mengucap kesyukuran. Setiap detik cemas sewaktu menunggu pembedahan Elena selesai dibalas dengan kebaikan.
"Alhamdulillah.... i've told you kan ma, El akan okay. Dia kuat." ucap Ezaril kepada Datin Sofina yang dipeluk Dato' Khalil di hujung wad.
Datin Sofina hanya mengangguk dengan disulami air mata.2 jam kemudian...
Semua kini berkumpul di wad yang menempatkan Elena yang masih tak sedarkan diri. Keadaan Elena yang berwayar sana sini memang menyedihkan. Namun sekurang kurangnya, dia selamat dengan pembedahan yang dijalankan tadi.
Ariana, Melissa dan Alana sudah pulang dahulu kerana sudah lewat malam. Seharian mereka di hospital menunggu khabar tentang pembedahan Elena. Sakit sakit badan tidak dihiraukan lagi demi kawan tersayang.
Kini hanya tinggal Dato' Khalil, Datin Sofina, Ezaril dan Ezzat. Itu pun Ezzat sudah melelapkan mata di tepi katil Elena selepas berjam jam menahan matanya daripada tertutup. Kesempatan ini diambil Ezaril untuk berbincang dengan ibu bapanya tentang Elena.
"Ezr ingatkan lepas El dah sihat, Ezr nak bawa El duduk LA sekali dengan Ezr and Ezzat. Elys pun lepas dia habis camp, Ezr akan bawa juga." ucap Ezaril menyatakan hasratnya.
Lama Dato' Khalil dan Datin Sofina mendiamkan diri.
"Papa ada terfikir untuk kita semua tinggal di Malaysia buat setakat ni. Terlalu lama kita tinggal Elena dengan Elysa. Emosi Elena mungkin tak stabil lepas dia sedar ni dan dia akan buat perkara yang kita sendiri tak jangka. Papa taknak papa hilang seorang lagi anak papa." panjang dan mendatar kata kata Dato' Khalil.
"Kalau macam tu yang papa nak, Ezr ikut je. Ezr bukan apa, lama kita tinggal El dengan Elys berdua dekat Malaysia. Sejak Kak Eli tak ada, papa dengan mama sendiri perasan kan macam mana El berubah. Elys pun sama, sibukkan diri dia. Bila dia dah jadi macamni, bersalah pa, ma sebab tinggal adik adik Ezr. Tak ada dengan dia orang when they need someone, tu yang sampai jadi macam ni..." dapat dirasakan nada kesal di dalam kata kata Ezaril. Dato' Khalil dan Datin Sofina juga turut terkesan dengan kata kata Ezaril.
"Nak buat macam mana Ezr, kita tak ambil iktibar waktu kakak kamu pergi dulu. Sekarang nasib dia terpaksalah kita tanggung..." ucap Datin Sofina.
"Tapi apa apa pun, lepas El sedar, i'll bring her to LA. To release all the tension she had here. Maybe around 1 to 2 weeks." kata Ezaril sambil matanya memandang Elena yang terbaring sekilas.
"Okay, nanti papa and mama gonna follow you. Maybe it's time for a family holiday. Elys papa akan ambil dia. It's been a long time already.." ucap Dato' Khalil.
Ezaril tersenyum. "Thanks pa..."
×××

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Dla nastolatków☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.