#63

6K 472 14
                                    

Selepas 4 hari berulang alik ke sekolah yang disediakan pihak camp, akhirnya tiba hari untuk giliran wakil pelajar untuk bersukan.

ya tahu pelik ttbe dah 4 hari dekat sana tapi maaflah ya, aku terpaksa skip disebabkan ketandusan idea. gitoo.

"Bangun makcik, subuh! bangun!" suara seseorang mengejut Elena yang masih lena dibuai.

Memperkenalkan Iffa Nadira, pelajar Brighton High School. Kawannya daripada tingkatan 2 semenjak dia mula menyertai pertandingan acara track & field.

Awal awal sewaktu dia menerima kunci dorm daripada Teacher Lisa, betapa takutnya dia kot kot dapat daripada negara lain. Sekali bila Iffa si minah Kedah yang kepoh masuk, menjerit macam onggila!

"Bangun weh! hari ini start turn sports! aku tak sabaq dah ni! aku nak balun semua emaih bawa balik tunjuk kat tok aku nanti!"

Elena yang masih mamai hanya ketawa. Dia memandang Iffah yang sedang melantak maggi kari cup di hadapan laptopnya menonton cerita korea. Oh ya, salah satu faktor Elena dengan Iffa boleh ngam adalah kegilaan mereka terhadap drama korea.

"Kau menyempat eh? dah lah tak ajak! cerita apa tu?" soal Elena.

"Aku ulang Miracle In Cell Number 7!" Iffa tersengih sebelum dia kembali menghadap laptop.

"Weh siot tak bagitahu! buatkan maggi untuk aku sekali lepastu tunggu aku habis solat subuh! gentle weh aku mandi 5 minit je! buat Fa jangan tak buat!" selepas memesan kepada Iffa yang tercengang, Elena terus berlari sepantas The Flash mencapai towel lalu masuk ke dalam toilet.

Iffa hanya menggeleng. Drama korea dihadapannya dipause. Dia bangun dan berjalan ke bahagian dapur untuk memasak maggi seperti yang diminta Elena.

"Dah siap ke belum Iffa unnie? Elena-sshi lapar seyo." terhinjut Iffa dibuatnya apabila Elena menyergah nya daripada belakang.

"Kau mandi ala P Ramlee ke apa ni El dongsaeng?" Iffa memerli sambil menghulur maggi cup kepada Elena yang sudah siap berpakaian tshirt dan sweatpant.

Huluran Iffa disambut. "Okay jom!"

👑👑👑

Faiq yang baru sahaja selesai mandi terus mendapatkan telefonnya di atas katil. Aplikasi Whatsapp nya dibuka, chat bersama Elena ditekan.

el
el
le
le
elena
mana?
madam lisa suruh breakfast dulu.
jom breakfast sekali.
aku tunggu bawah.
tunggu kau reply macam tunggu kau reply cinta aku.
okay bye.

Faiq mengeluh. Dah lah hide last seen, online pun tidak. Tidur mati ke apalah minah ni...

"Call awek bro?" Faiq menoleh. Dia tersenyum tipis.

"Tak ada ah. Schoolmate aku ni ha, whatsapp tak reply. Nak ajak breakfast sekali." jawab Faiq.

Okay ni nama dia Danish. Mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain. Baru berkenalan semenjak hari pertama dapat kunci. kenapa ayat aku macam.. poop?

"Aku turun dulu ah Nish. Nanti jumpa dekat sports center. Chaw lu bro!" pamit Faiq lalu ber handshake sesama sendiri.

Pintu biliknya dikunci lalu dia berjalan ke lif untuk turun ke bawah. Tujuannya satu, makan!

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke tempat yang dikhaskan untuk sarapan pagi, bau aroma pelbagai makanan menusuk sungguh. Tambahan dengan meja meja masih kosong, peh terangkat beb.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang