Keesokkan harinya, kecoh tentang Elena menyerang Eva di lab sekolah. Siapa lagi yang jadi tukang sebarnya kalau bukan si diva karat.
Elena menapak ke konti radio selepas pulang daripada bilik disiplin menyelesaikan hal dia dan Eva. Kedatangan Faiq yang turut sama dipanggil sebagai saksi memang menyebalkan.
Muka poyo yang memang dibenci Elena daripada dulu. Bila dah rapat tu oh baru la nampak muka kacak tu. Sekarang ni, rasa nak je geser muka dia tu dekat jalan tar. Tak pun jamban.
"Ssup woi! lama tak singgah?" soal Fareez. Terkejut dia apabila Elena datang menyinggah ke konti.
"Saja, bosan dengan drama sekolah ni. Semua sebab diva karat tu la. Eh kalau aku ada kuasa la, dah lama aku lupuskan minah berempat tu daripada bumi ni. Tak kisah la pergi Pluto ke, Marikh ke asalkan bukan bumi." ucap Elena sambil menggeleng.
Fareez ketawa. "Ni sebab news yang pasal Slyther tu?" soal Fareez.
Elena mengangguk. "Makin berleluasa minah tu jadinya. Dah macam pelarian aku kat sekolah ni asyik kena hit je. Matilanak. Yang kau ni dah tahu pasal news tu,tak pandang serong pula kat aku?" soal Elena agak sinis.
"Look El, aku dah kenal kau, Ari, Mel dengan Lana since childhood kot. Plus kita sepupu. Aku dah anggap kau macam adik beradik aku dah. Takkan la aku tak percaya kau hanya sebab rumours yang hanya sekadar rumours." balas Fareez.
"If everyone have the same thinking like yours." masak sudah dia dengan perangai budak sekolahnya itu, pantang ada gossip.
"Dah dah chill, pergi la release tension dengan boyfriend kau si Fai-"
"Weii nama tu tolong jangan mention sini. Meluat aku." bantah Elena laju. Panas jadinya tiba tiba.
"Lah pula dah? apahal keruntuhan rumah tangga?" sakat Fareez.
"Banyak la kau! dia orang berempat tu tipu aku dengan yang lain. All the things we did together are all planed. They tricked 4 of us. Aku taktahu apa motif dia and taknak ambil tahu pun."
"Weii serious ah? apa motif siot?" terkejut Fareez jadinya.
"Entah dia. Lepas dah menipu, ada hati lagi nak kacau. Semalam si bodoh Faiq tu sound aku sebab aku bengang lah kan Eva tuduh tuduh aku sekali kena lempang balik dengan aku. Biar dia rasa sikit, meluat aku." puas Elena dapat membuat sesi luahan bersama Fareez.
"Dahla lek lek je, aku ada okay?" pujuk Fareez sambil menepuk nepuk bahu Elena.
"Weii Ree- oops"
Elena meluat. Terus dia memandang ke tempat lain.
"Tak ada tempat lain nak buat maksiat ke Reez? lepastu perempuan macam ni juga yang kau nak?" soal Faiq sambil tersenyum sinis.
"Yang kau nak butthurt semacam ni kenapa pula bro? aku tepuk bahu dia sebab nak tenangkan dia lepas dia cerita pasal orang orang yang fake baru baru ni. And tak salah pun kalau aku tenangkan dia, kita orang sepupu, tak salah rasanya as long as tak bersentuhan? and one more thing, aku ada otak, boleh fikir mana baik mana buruk. " bidas Fareez panjang. Tersentak Faiq dibuatnya.
"Mengadu rupanya? huh." ucap Faiq perlahan namun masih didengari Elena.
"So what kalau aku mengadu? atleast tak fake macam kau, ba wau dal wau ha." perli Elena sepuasnya sebelum dia melanggar bahu Faiq dan meninggalkan konti radio.
"Tu la orang kata bro, dulu dapat elok elok, tak reti jaga. Sekarang? sendiri mahu pikir la." perli Fareez lagi. Faiq yang kehilangan kata kata terus melangkah keluar.
👑👑👑
"Okay that's all for today. Kerja hari ini jangan lupa siapkan dan hantar esok. Thankyou class.."
Melissa mengemas segala jenis pen berwarna warni yang digunakan untuk membuat nota tadi lalu dimasukkan ke dalam pencil box nya.
"Pagi tadi si Adrian datang jumpa aku." ucap Melissa. Tepat jangkaannya, semua terkejut.
"Serious la? apa pasal? nak jilat ludah sendiri ke?" sinis benar soalan Alana.
"Dia minta maaf, katanya nak berbaik la. Siap pegang tangan merayu. Aku senang je, aku cakap kat dia suruh dia ingat balik last word aku kat Brick Tower tu ha pandai pandai la dia hadam sendiri." jawab Melissa.
"Bagus Mel, bagus. Kita sebagai wanita haruslah sentiasa menegakkan kebenaran!" ucap Ariana.
"Macam tak ada kena mengena je." perli Elena.
"Weiiiii aku nak pergi toilet jap." pamit Melissa lalu terus dia berlari keluar.
"Lepas ni tak ada class kan? kafe jom? lapar pula. Lagipun next class start 11:30."usul Elena diikuti anggukan Ariana dan Alana.
Vict Cafe...
Sementara menunggu makanan masing masing sampai, semua bermain dengan telefon masing masing. Anti-social sangat.
"Weii mana Mel ni? pergi toilet ke bina toilet?" soal Ariana sambil sambil mengerling ke pintu masuk kafe. Kot kot ternampak Melissa.
"Tu ler,aku call tadi tak angkat. Cuba kau call lagi." ucap Elena.
Pantas Ariana mendail nombor Melissa namun sama seperti Elena, tidak diangkat.
"Tak pa la aku whatsapp dia je suruh dia datang kafe." ucap Ariana sambil tangannya ligat menaip.
5 minit kemudian, makanan masing masing pun mulai tiba satu persatu.
"Makan time!"
"Weii tak aci makanan kau sampai dulu! kantoi tukang masak tu suka kau El tu yang dia masak kau punya dulu." selamba Alana bergurau.
"Ah kau mengarut je!" bidas Elena.
"Senior..senior...tadi saya nampak senior Melissa kena tarik ke stor belakang sekolah..."
PAP!
×××
BBBG reached 50k reads!! bravo!ok tu je. ni last update okok.
ye ye jangan marah jangan marah.
last update untuk minggu ni je. next week cam biasa la. cuti sekolah next 2 week ke next week, y'all be eatin good bcs i might publish more chapters than usual. pape roger ah.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Ficção Adolescente☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.