#52

7.4K 568 32
                                    

Elena melangkah masuk ke dalam kelas selepas berjumpa dengan Madam Lia di suite guru. Tempat duduknya di sebelah Ariana diduduki.

Ketukan di pintu mematikan niatnya untuk melelapkan mata untuk seketika. Kelihatan Eva dan LD bersama Faiq and the gang dan murid 5 Thistle dahulu yang berpindah ke 5 Sapphire melangkah masuk ke kelas bersama Madam Riana, guru kelas 5 Thistle

"Memandangkan program pertukaran pelajar antara kelas telah pun selesai, jadi semuanya kembali kepada asal. Saya harap semua selesa and 13 of you, welcome back to Thistle." kata Madam Riana.

"Guru guru ada emergency meeting jadi siapkan assignment since due next week right? and work book juga. Mana yang dah siap, bagi pada Azriel, and Azriel akan hantar ke suite guru saya, anything else?" katanya lagi. Semua menggeleng tanda tiada soalan yang hendak diajukan.

"Okay thankyou class..."

"Thankyou madam..."

Elena mengemas segala barangannya dan bangun bersama laptop dikepit di lengan. "Aku nak pergi library. Rimas duduk kelas ni. Banyak lalang." ucap Elena kepada Azriel perlahan namun masih didengari satu kelas. Eh cemana tu?

Baru kakinya ingin melangkah keluar, Eva pantas menarik getah rambut Elena sehingga rambutnya terburai.
Gadis itu ketap gigi, bengang.

"What's your problem, slut?"

Eva gelak jahat. "Nothing. Just nak cakap, kau jangan ingat bila kau acah acah dingin ni, aku akan tunduk dengan kau. Sorry i'm not a coward when it comes to you."

"So what kau tak nak tunduk dengan aku? did i asked for that? nope. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Jangan nak sibuk hal orang." bentak Elena dan terus berpusing untuk keluar.

Eva yang geram diherdik sebegitu menarik tangan Elena menghadapnya.

"Jangan kacau aku atau kau nak aku kacau kau puas puas? Jangan cakap aku tak remind kau, Eva Aerina." puas hatinya selepas dia pula yang memegang kuat tangan Eva sehingga beberapa kesan merah boleh terlihat.
Kakinya terus berjalan sehingga ke library. Membawa diri daripada kelas yang dah serupa neraka.

"Ni lah rupa manusia yang tak ada kerja lepastu nak mengacau orang. Dah dapat pelempang free, harap harap insaf la."

"Eva? insaf? tersasar jauh ah Ri."

Ariana dan Alana di belakang sengaja memerli Eva yang masih menilik tangannya yang masih berbekas.

Eva hentak kaki. Rania di tempat duduknya mulai bangun. "Jangan sibuk lah! kesian Eva!"

"Dah kesian pergi la tolong, member kau kan? jangan sibuk dengan makeup je lain kali, bebebebal." Melissa membalas.

Faiq, Zarith, Adrian dan Aril hanya memerhati pertikaman lidah Ariana, Alana dan Melissa versus La' Diva. Kalau dulu, boleh la dia backup Ariana dan seangkatan. Kalau sekarang nak backup, nanti diri sendiri pula yang kena kecams.

👑👑👑

Sempena Minggu Sukan dan Kerjaya yang berlangsung selama sebulan, setiap kelas daripada setiap tingkatan akan mencabut undi sukan apa yang akan dipertandingkan oleh mereka sempena minggu yang ditetapkan oleh SU sukan sekolah.

Ketua kelas 5 Thistle, Azriel melangkah masuk ke kelas bersama dua kertas cabutan yang dicabut di dewan tingkat 1.

"First of all, Elena and the gang... aku harap kau orang dapat terima game yang aku dah cabut ni."

Mereka berempat ketap gigi. Elena menyoal. "Cheerleading?"

Dia berjalan ke hadapan bila Azriel tidak menjawab. Kertas cabutan undi dirampas daripada tangan Azril.

Perempuan- Cheerleading
Lelaki- Basketball

"So game yang kita dapat adalah cheerleading untuk perempuan and basketball untuk lelaki." Azriel memandang ke arah classmatenya, ada yang suka, ada yang tak suka.

"Team lelaki and team perempuan ada masa 3 minggu untuk training. Semua mesti terlibat, no excuses."

Suara suara mengeluh boleh terdengar bila perkataan 'no excuses' terlontar daripada mulut Azriel.

"And one more thing... Madam Riana taknak kita main kotor macam mana... someone daripada kelas kita pernah buat setiap tahun sampai kelas kita tak pernah menang."

Ayat makan dalam. Rasa rasa siapa....

"Come on ah, apa function duh someone tu main kotor. Team kita gempak kot, untuk someone tu... kau rasa kelas kita tak boleh menang ke?" salah seorang menokok nambah. Yang lain juga mengiyakan.

"Yang lagi peliknya bila main kotor dengan teammate sendiri. Hidup kalau hati dah kotor, sedar sedarlah sikit. Dah bertahun buat kerja terkutuk, mohon insaf." Alana memerli seperti sedas tembakan. Rasakan!

"Eh kau cakap hati orang kotor, macam la hati kau tu putih sangat!" Leeya tak puas hati lalu bercekak pinggang.

"Kita hati putih babe, jangan sia sia kan masa you pergi layan orang yang hati hitam macam si Alana tu!" Kathrina memandang tajam ke arah Alana yang masih beriak selamba.

"Eh minah cabuk, orang yang hati putih pun tak riak macam kau tau. Sedar diri tu, kau pun sama hati hitam sampaikan teammate kau sendiri pun kau sanggup sadung kaki time training, kan Eva?" giliran Ariana pula berdebat melawan Eva.

"Cakap pakai mulut memang senang, bukti mana bukti?" balas Eva bongkak.

"Kau lupa ke cik Eva yang kau tu setiap kali lepas minggu sukan dan kerjaya kau dengan geng tahi kucing kau ni kena gantung sebab cederakan orang lain. Ha ni mangsa kau setiap tahun." Melissa menunjuk ke arah Elena yang tak beriak malas nak layan.

Eva ketap gigi geram. Mukanya merah menahan marah. "How dare you Melissa pergi bongkar rahsia i!"

"Alang alang kau spill half, Mel... aku spill semua terus la eh. For your information kawan kawan, mesti kau orang tahu kan yang setiap kali habis je minggu sukan dan kerjaya for every year, Eva and the cabuks kata pergi London la, Amsterdam la, New York la. Hakikatnya, dia orang kena gantung sekolah. London la sangat, padahal karaoke jamban. Aku rasa dah lama sangat pegang aku rahsia kau, sorry Eva. I had to!" tenang Elena 'membasuh' Eva, tak ada pun jerit jerit terlolong macam Eva eh tarzan.

Ariana, Alana dan Melissa bertepuk tangan antara satu sama sendiri sejurus Elena habis bercakap. "That's our bestfriend right there."

"I'm a proud mom." bisik Alana. Siap acah acah lap air mata.

Ariana dan Melissa menjeling. "Over."

"Dah dah. So aku harap semua boleh bagi kerjasama dalam tempoh training. Aku harap kita boleh menang this year since ni tahun terakhir kita." ucap Myra selaku penolong ketua kelas. Semua mengangguk faham.

×××
it's really suxx when youre in the writer's block mode + i'm gettin lazy i'm sorry

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang