3 hari selepas pulang daripada JB, si jejaka berempat melepak di coffee shop yang ditetapkan Aril.
"Ssup." sapa Adrian yang baru tiba lalu berhandshake sesama mereka.
"So what's up tiba tiba je ni?" soal Aril sambil menghirup Caramel Machiato miliknya.
"Bila kita nak bagi tahu dia orang?" soal Faiq kembali yang sedari tadi mendiamkan diri dan termenung.
"I don't know, as soon as possible maybe. Dah lama kita tangguh, they gettin better." jawab Zarith.
"What if kalau dia orang balik to their old side? tak ke rasa sia sia all the things we've done to them?" soal Adrian pula dengan nada serious.
"Menyesal pun ada terima syarat orang tua tu." ucap Aril kesal.
"Tak boleh nak patah balik pun, nak tak nak terpaksa go on. Padah dia kita tanggung sendiri." bertalu talu kata kata Faiq. Dalam hati, dia sendiri menyesal.
👑👑👑
Tepat pukul 10 malam, Elena yang sudah siap berpakaian serba hitam terus meninggalkan biliknya lalu turun ke bawah. Memandangkan ibu bapanya tiada di rumah aka out station, maka makin mudahlah kerja Elena untuk keluar.
"Nak ke mana Elena?" soal bibik Elena yang kebetulan lalu di tepi tangga.
"Nak keluar kejap bik, ada presentation nak kena buat.Pergi dulu ya." pamit Elena lalu terus mencapai kasut sukan yang juga berwarna hitam dan terus keluar.
Selepas 15 minit perjalanan,kereta milik Elena diparkir belakang kereta Alana yang kebetulan baru juga sampai. Kelihatan juga kereta Ariana dan Melissa di hadapan.
"Ready?" soal Ariana.
"Ready." serentak yang lain menjawab lalu mereka masuk ke dalam.
Suasana gelap dan sunyi membuatkan rasa takut membuak buak.Lagi lagi dengan lokasinya jauh daripada luar. Namun demi janji,digagahkan juga.
"Bos mereka dah sampai."ucap seorang lelaki apabila Elena menslide ID kad miliknya. Pintu kian terbuka, terpampang semua wajah wajah yang sememangnya mereka berempat sudah bertemu. Semuanya mengelilingi sang ketua.
"Bagus, tepat dan cepat."
"Bila kita nak mula?" soal Ariana. Malas dia mahu berbasa basi lagi. Cukup lama dia menunggu dan bertahan. Kata katanya mendapat sambutan gelak tawa daripada sang ketua. Ikutkan hati,mau sahaja dia lenyapkan lelaki itu.
"Dah tak tahan dengan aku? tak sabar sangat?" provok lelaki itu sambil berjalan ke arah mereka berempat.
"3 tahun aku tunggu, kau rasa.... boleh ke tahan?" suara Elena sudah naik satu oktaf. Sekali lagi si ketua ketawa sinis. Langkah kakinya diatur ke arah Elena berdiri tegak.
Pistol dikeluarkan lalu diacu tepat ke kepala Elena. Ariana, Melissa dan Alana hampir menjerit. Elena kekal tegak. Matanya terpejam erat. Akim ditepi juga seakan akan terkejut dengan tindakan si ketua. "Apa ni? kau kata kau tak akan cederakan dia? itu janji kau dulu." ucap Akim yang sedari tadi memerhati.
Pistol di tangan sang ketua perlahan lahan diturunkan. Elena yang baru sahaja ingin mengambil nafas lega tak kesampaikan apabila perutnya ditumbuk kasar.
"Aaarghh!"
"El!"berlari mereka bertiga mendapatkan Elena yang sudah terbaring lemah di atas lantai.
"Angkat dia bawa masuk bilik. Panggil doktor." arah si ketua lalu terus beredar. Elena kemudiannya dibawa masuk ke bilik rawatan dan dirawat seperti biasa.
Keesokkan harinya...
"Kau okay Elena?" soal Ariana sebaik sahaja Elena membuka kedua matanya. Elena mengangguk perlahan dan cuba bangun namun keadaan perutnya membuatkan pergerakkannya terbatas.
"Baring je la El. Perut kau sakit lagi tu." ucap Melissa prihatin. Namun Elena masih degil dan tetap berusaha ingin bangun.
"Aku nak balik." ucap Elena. Kemudian bunyi pintu diketuk dari luar.
"Ni makanan untuk kau orang."ucap Akim lalu menghulur 4 bungkusan makanan kepada Alana. Elena pula terus bangun lalu mencapai bagpacknya menandakan dia ingin keluar.
"Dia tunda benda tu lagi 3 minggu. Get ready." ucap Akim lagi. Kali ini Elena terus keluar meninggalkan bilik itu diikuti yang lain dan terus meninggalkan banglo.
TBC
BAD BOYS BAD GIRLS #26ha ha ha ni pasal apa ni.... ehem climax pertama BBBG dah sampai, prepare tissue guys🙊🙊 so busy these days ooh andddd BBBG ranked #4 in teen fiction again for the 4th time, blessed<33
👑👑👑

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Teen Fiction☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.