#20

7.5K 612 9
                                    

"Gatalllll!"

Bergegar jadinya camp centre akibat jeritan diva diva mengalahkan Ziana Zain iaitu si Lalat Diva!

"Kenapa kamu berempat terjerit jerit ni?" soal Madam Linda. Panik dibuatnya apabila dia terdengar jeritan tadi.

Pelajar pelajar lain juga sudah memenuhi kawasan khemah Eva and the geng. Dari khemah Elena and the geng pula, masing masing sudah bantai gelak sebelun mereka bergerak ke khemah Eva.

"Badan kami gatal gatal Madam! sakit!" rungut Hana sambil menggaru seluruh badannya.

"Macam mana boleh gatal? sini tak ada nyamuk, kami dah halang guna ubat penghalang nyamuk. Mari sini saya tengok."ucap Madam Linda.

"Ni macam kena allergic je, awak baru pakai ke baju ni?"soal Madam Linda.

"Baju ni... baju baju ni yang Elena basuh kan semalam Madam! mesti dia ada letak apa apa kat baju saya Madam! dia tu kan dengki dengan saya!"ucap Eva laju sambil tangannya menghala ke arah Elena.

"Betul Elena?" soal Madam Linda.

"Madam! kalau orang dah buat salah tak kan la dia nak mengaku!" sampuk Kathrina geram.

"Hoi cicak! kau yang bagi baju, kau yang bagi sabun. Aku basuhkan je. Semangat kata baju mahal, sabun mahal, entah entah baju kau yang murah lepastu bagi sabun expired!" bentak Elena siap bercekak pinggang lagi. Eva terus terdiam.

"Macam ni la, nanti kamu berempat saya akan bagi ubat dan baju baru dan kamu berempat tak payah nak join aktiviti lepas ni." ucap Madam Linda.

"Tapi..tapi...kami nak join Madam." ucap Kathrina sayu.

"Takkan kamu nak join dengan badan gatal gatal macam tu? lain la kamu rela buat aktiviti sambil tergaru macam monyet." bidas Madam Linda selamba.

"Yang lain bersurai dan pergi bersiap untuk aktiviti seterusnya, jangan lambat!" pesan Faci Alif.

👑👑👑

"Aktiviti kita yang seterusnya adalah Partner Walk. Dalam jangka masa 20 minit, 4 pasangan akan masuk ke dalam hutan dan mencari jalan keluar menggunakan map yang akan diberi nanti."

"Jom partner walk dengan aku?" soal Faiq sambil berdiri di sebelah Elena.

"Tak nak." Elena menolak laju. Eleh, mahu tapi malu lettew.

"Memandangkan Eva dan yang lain tak join aktiviti kalini, kamu berempat terpaksa join kumpulan Elena ya?" ucap Faci Nana kepada Faiq and the geng.

"Saya okay je!" laung Aril.

"Okay kamu berlapan dah boleh masuk, map semua dah ada kan?"soal Faci Alif.

Semua mengangguk dan terus masuk ke dalam hutan. Masing masing diberi peta yang sama namun arah jalan yang berbeza.

"Mana peta?" soal Elena kepada Faiq apabila tinggal mereka berdua yang baru bergerak.

Faiq membuka bagpacknya dan "Map tak ada."

"What the tak baik mencarut dalam hutan heck jadahnya map tak ada? kau gila ke? kau nak cari jalan keluar macam mana? ni hutan tau bukan mall ada shop directionary!" ucap Elena bertalu talu. Geram dibuatnya apabila Faiq lepas tangan.

"Rilek la, dia orang still ada letak papan tanda in case kalau kita sesat, jom ikut aku." ucap Faiq tenang.

Faiq dan Elena pun mulai berjalan mencari papan papan tanda.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang