"Boleh tak kalau aku nak balik Boston, Rish?"
"Aku pun rasa yang sama, El...."
"Kenapa kita kena sekumpulan dengan dia orang?!"
Jerit mereka berdua serentak di dalam toilet wanita. Itupun selepas memastikan line clear untuk menjadikan toilet wanita tersebut sebagai mak bapak mereka yang punya.
"Kalau kita skip project ni, terus buat final project tak apa ke, Rish? Madam Belle kata boleh kan? cuma marks kurang dekat project ni. Nak marks lebih, kena work hard dekat final project. Right?" soal Elena kepada Irish yang sedang mencolet lipstick matte ke bibirnya.
Irish menjengket bahu. "Tapi.... kalau kita buat project ni campur dengan final project, dah confirm confirm kita lulus cemerlang terbilang gemilang. Kalau kita skip project yang ni, aku tak pasti lulus cemerlang ke tidak...."
Elena muncung, pili air dibuka olehnya lalu dia mula membasuh muka beberapa kali.
"3 weeks je kita berurusan dengan dia orang dan client kita tu nanti. Lagi 2 weeks tu kita dah boleh balik Boston, siapkan final preparation. Sampai due date, kita tunjuk hasil kita, dapat marks, lulus cemerlang terbilang gemilang, kita teruslah blah. Senang bukan?" bahu Elena ditepuk Irish dua kali tanda semangat.
Elena tersenyum tawar sebelum mereka berdua berjalan beriringan keluar daripada toilet.
"El!"
Kelibat Faiq dan rakannya, Ari yang sedang duduk tak jauh daripada toilet mengejutkan Elena dan Irish.
"Oh shit...."
"Maintain, El.... jalan je."
Pantas mereka berdua berjalan ke arah Faiq dan Ari.
"Yes?" soal Elena. Irish hanya diam.
"Duduklah dulu." Faiq mulai menarik kerusi disebelahnya untuk Elena duduk diikuti Irish yang mengambil tempat di sebelah Elena.
"Bila kita nak mulakan discussion untuk projek kita?" soal Faiq.
"Next week, on Monday. Okay?" balas Elena. Tarikhnya mendapat anggukan semua.
"So semua setuju kita mulakan discussion kita on Monday?" semua mengangguk.
Selesai perbincangan, Elena dan Irish mula berura ura untuk bangun daripada tempat duduk masing masing namun panggilan Faiq yang memanggil Elena membuatkan mereka berdua terhenti.
"Let's talk? for few minutes?" soal Faiq. Perlahan Elena mengangguk. Lalu mereka berdua mulai bergerak tidak jauh daripada meja mereka tadi yang hanya tinggal Irish dan Ari Naufal.
"Kau sihat, El? how's your study?" Faiq mulai membuka sesi berbual.
"I'm fine, everything's fine, dah nak habis pun ni.... kau macam mana pula? okay? sambung dekat mana?" soal Elena kembali.
"Aku sambung dekat Manchester, London after aku habis dekat Toronto. And i'm here for this.... final project."
"Ahh I see, kira sama lah kan kita?" balas Elena sambil ketawa perlahan.
Awkward.
"It's been 5 years already, right?"
Perlahan lahan Elena mengangguk dan tersenyum. "Cepat masa berlalu.... tapi aku tak sangka dapat jumpa kau secepat ni. Selalunya dalam drama paling kurang 7 tahun."
"Itu drama.... ini real life aku dengan kau hahahaha!"
"Kau ada balik Malaysia ke baru baru ni?" soal Elena kepada Faiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Roman pour Adolescents☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.