"Nak rasa?" pelawa Elena lalu tersenyum manis.
Kanak kanak yang berdiri dihadapannya mengangguk laju. Pantas Elena mencuck 2 marshmallow dan 2 mini strawberry lalu disalut di chocolate fountain satu demi satu.
Teruja kanak kanak tadi melihatnya apabila cucuk cucuk yang tadinya togel kini disaluti chocolate.
Sebaik sahaja Elena selesai di chocolate fountain, dia mengambil tempat di kerusi panjang lalu menghidupkan telefon miliknya.
Namun ada satu suara yang menghalangnya daripada membuka telefon miliknya tadi."Hai akak!"
Elena tersenyum manis sebelum membalas.
"Hai!"
"Nama kita Sabrina, umur kita 11 tahun, nama akak?" soal Sabrina.
"Nama akak Elena Rose, panggil Kak Elena je." balas Elena.
"Sab nak panggil Kak Rose boleh?"soal Sabrina lagi.
"Untuk Sabrina semua boleh!" balas Elena.
"Kak Rose girlfriend Abang Faiq ke?" soal Sabrina.
"Eh! tak lah! kawan je dengan dia." sangkal Elena.
"Oh,ingatkan girlfriend abang Faiq sebab datang sama sama. By the way kak Rose, terima kasih sebab buat semua ni untuk kami. Jarang kami dapat merasa macam ni." balas Sabrina. Walaupun ayat yang ditutur oleh Sabrina itu ada nada sedih tapi dia masih tersenyum. *lap air mata*
"Sab jangan risau, nanti kalau kak Rose free, Kak Rose datang bawa makanan banyak banyak! okay?"
"Janji?"
"Janji!" balas Elena lalu membuat pinky promise.
"Baik kak Rose ni, Sab dulu pun ada kakak tapi dia jahat, dia selalu pukul Sab, tengking Sab. Kenapa dia buat Sab macam itu eh kak Rose? Sab ada buat salah apa?" mengalir air mata Elena dek kata kata Sabrina.
Spontan Sabrina memeluk Elena. Elena tersentak. Namun, dia terus membalas pelukan Sabrina lalu mengusap lembut bahu Sabrina.
"Sab tak perlu nak fikir apa salah Sab, Sab tak salah. Mungkin waktu tu kakak Sab tak sengaja." pujuk Elena.
"Sab rindu keluarga Sab...."
Ah sudah! Lariiii.
"Kak Rose, abang Faiq semua ada dengan Sab, jangan fikir banyak Sab. Semua ni berlaku ada hikmah. Okay?" pujuk Elena lagi.
"Elena denganvSab borak apa tu?" sampuk Bonda daripada belakang. Pelukan mereka berdua mulai terlerai.
"Tak ada apa bonda, borak kosong je." balas Elena sambil bergerak ke tepi sedikit untuk memberi laluan untuk bonda duduk.
"Sab pergilah makan dengan kawan kawan, abang Faiq pun ada kat sana." ucap Bonda. Sabrina hanya menurut lalu meninggalkan Elena dan Bonda.
"Dia kena dera sejak umur dia 5 tahun." ucap Bonda. Elena tersentak.
"Ibunya isteri kedua dan dah pun meninggal sewaktu dia umur 4 tahun. Ayah dia pula bawa balik dia ke isteri pertama dia. Ibu tiri Sab baik, tapi adik beradik tiri Sab tak terima Sab. Setiap hari, dia kena dera oleh kakak tiri dia bila ayah dan ibu tiri dia tiada di rumah. Sampai lah satu hari, Sab kena pukul teruk. Faiq lah yang perasan Sab kena pukul. Terus dia bagitahu Dato' Khalid dan bawa Sab ke hospital." terang Bonda panjang.
"Macam mana Faiq tahu?" soal Elena.
"Waktu tu Dato' Khalid, bapa Faiq berjiran dengan keluarga Sab sebab itu Faiq perasan. Beberapa hari selepas Sab keluar hospital, ada lah Dato' Khalid siasat pasal kes Sab. Tapi adik beradik tiri Sab tak mengaku. Macam macam alasan mereka bagi. Ayah dan ibu tiri Sab pun jarang di rumah, mereka pun tak syak lebih. Sampai lah satu hari, ayah dan ibu tiri Sab kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Makin teruk jadi kehidupan Sab, dia didera tak kira masa. Akhirnya, Dato' Khalid nekad nak jadikan dia anak angkat. Mulanya, kakak tiri Sab takmahu tapi lepas disogok duit, terus mahu...." terdetik rasa kagum dalam dirinya terhadap tindakan Faiq. Tak menyangka yang Faiq si mamat poyo itu mempunyai hati yang amat jernih ha gitu.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Teen Fiction☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.