"Faiq, kau serious nak derma darah untuk Elena?" soal Zarith tak yakin.
Faiq senyum nipis sebelum mengangguk. "Dia dah buat lebih besar untuk aku sebelum ni. Setakat derma darah ni, insyaAllah semuanya okay. Permission big boss pun aku dah dapat."
"Memanglah derma darah tu bagi orang biasa tu normal. Tapi kau... kau ingat kan apa yang jadi dekat kau 2 tahun dulu, dekat UK?" soal Aril pula.
Faiq mengeluh. "Aku tetap akan buat. Apa yang akan jadi nanti, dah tertulis dah pun kan?"
"Faiq Haiqal." suara jururawat yang memanggil daripada dalam bilik rawatan. Faiq menoleh dan mengangguk.
"I'll be fine. Tengok tengok Ari, Mel dengan Lana tu. I know they need a shoulder at this time." pesan Faiq sebelum dia mengekori langkah jururawat tadi.
💪💪💪
Zarith, Adrian dan Aril tak senang duduk menunggu proses pendermaan darah Faiq untuk Elena. Memikirkan apa yang akan terjadi kepada Faiq.
"Aku takut apa yang jadi dekat Faiq dekat UK dulu, berulang." Aril menyuarakan pendapatnya yang sedari tadi bermain di benaknya.
Zarith dan Adrian mengangguk mengiyakan kata kata Aril.FLASHBACK
8:00a.m ; United Kingdom ; 2016
Faiq mulai menyarung kasutnya dan kemudian menyarung beanie nya di kepala. Pintu apartment mereka berempat dikunci dan dia mulai turun ke bawah.
Kelibat Auntie Collins, wanita lingkungan 40-an yang menjadi jiran mereka sepanjang mereka tinggal di apartment itu ditegur.
"Hi Auntie Collins! how are you today?" sapa Faiq.
"Hey Faiq! i'm fine. Where's the other 3 boys?" soal Collins.
"They're still sleeping, as usual." ucap Faiq sambil ketawa.
Collins turut ketawa dengan kata kata Faiq. "Where are you going? breakfast?"
Faiq menggeleng tak mengangguk tak. Dia hanya tersenyum tipis sebelum dia menyarung helmetnya.
"Got to go, auntie. Bye!"
Motorbike nya mulai meninggalkan perkarangan apartment dan mulai membahagi jalan. Selepas 15 minit perjalanan, dia sampai di suatu kawasan lapan, Faiq mulai memarkir motorbike nya di sudut kawasan.
3 minit berlalu, bunyi deruman enjin kedengaran. Satu motorbike yang lebih kurang sama dengan miliknya mulai berhenti di hadapannya. Faiq pula mulai menyarung helmet, enjin motornya mulai dihidupkan.
"Let's the game begin." bisik hatinya.
Mereka berdua mulai berlumba motor di jalan raya yang masih lengang tanpa kenderaan. Pertandingan kalah mati yang hanya dia dan orang itu sahaja yang tahu.
SKIP
Adrian yang baru sahaja bangun daripada tidurnya mulai ke dapur untuk mencari bahan mengunyah.
Biskut Marc&Spencer yang tinggal separuh diambil olehnya lalu dimakan satu persatu.Televisyen dihadapannya dibuka. Satu persatu siaran tv ditekan namun tiada satu yang menarik perhatian.
Selang lima minit, bunyi telefon berbunyi di atas meja. Dia berjalan untuk mengangkat panggilan.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Teen Fiction☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.