#47

7.5K 571 40
                                    

PROMOTE :

- My Dear, Mr Wattpader by crystalisorked

🌼🌼🌼
vote + comment 🌠

3 hari selepas pulang daripada LA, akhirnya dia kembali ke sekolah. Lama dia termenung, Pelbagai perasaan muncul dalam hati, perasaan takut, risau, marah. Dia takut, perkara lama akan terulang lagi.

Datin Sofina dan Dato' Khalil masih di UK, sibuk berkerja. Ezaril juga dengan syarikat cawangan keluarga mereka bersama Ezzat yang masih bersekolah di LA. Dia seorang sahaja yang berkeras untuk tinggal di Malaysia.

Sewaktu hari hari pertama dia bersama Slyther, pada waktu itu juga lah ibu bapanya berpindah ke UK. Abang dan adiknya sememangnya di LA sebulan sebelum. Pada waktu itu, dia seorang diri menanggung perit tanpa tempat mengadu atau seseorang yang boleh mencurahkan kasih sayang kepadanya.

Bunyi ketukan di pintu bilik mematikan lamunannya, pantas dia bergerak ke pintu. "Ada apa bik?" soal Elena.

"Lama bibik tunggu di bawah, takut kamu tak bangun lagi saja. Mari turun, bibik sudah masak." Elena tersenyum lalu mengangguk. Beg sekolahnya di tepi meja belajar diambil berserta telefon dan kunci kereta lalu dia melangkah turun ke dapur dan menjamah hidangan yang disediakan.

20 minit kemudian, keretanya mulai meninggalkan banglo milik keluarganya dan bergerak ke sekolah.
Lebih kurang 3 minggu dia tidak menjejakkan kaki ke sekolah, semenjak insiden Slyther dan mereka berempat. Perjalanan 10 minit daripada rumahnya tanpa kesesakan, dia tiba di sekolah. Lama dia termenung di dalam kereta sebelum dia melangkah keluar.

Berdebar hatinya sebelum melangkah masuk ke dalam lif untuk ke kelasnya. Lif berhenti di tingkat 3, dia mengambil nafas berat sebelum melangkah keluar.

"El!" dia menoleh. Kelibat tiga rakannya membuatkan dia tersenyum. Tapi hanya senyum tawar yang mampu diukir. Terlalu berat untuknya mengukir senyuman lebar lagi.

"I miss all of you so bad." ucap Elena lalu memeluk erat tiga rakannya.

"We miss you too, so much." balas Alana. Pelukan mereka semakin erat, menggantikan hari hari mereka yang tidak lengkap tanpa Elena.

"Jom masuk kelas. Semua rindu kau." ucap Melissa seraya menarik tangan Elena ke 5 Thistle.

Pintu kelas mereka dibuka oleh Alana.

"Surprise! welcome back Elena!" laung semua murid kelasnya. Elena terpaku. Kelasnya sudah berubah menjadi bilik parti. Penuh dengan belon belon, pelbagai jenis makanan terhidang di kawasan tengah kelas.

"Kami rindu sangat dengan hang Elena!" ucap si ketua kelas diikuti anggukan yang lain.

Elena tersenyum. "Aku pun riiinnduuu jugaaaaa." nadanya sengaja dimanjakan.

Murid kelas 5 Thistle sajalah yang ada sewaktu mereka berempat susah dahulu. Sewaktu mereka di 'expose' Eva, semua tak henti henti mengutuk, namun mereka, masih setia dan mempercayai. Betapa berat sekalipun gossip yang disebar Eva dahulu, tak pernah lagi salah seorang daripada mereka yang menuduh melulu.

"Hari ni kita buat parti sempena ulang tahun ke-5 kelas kita dan juga sambutan untuk Elena! jemput jemput!" laung si penolong pula. Riuh jadinya kelas mereka dibuatnya.

Tiba tiba pintu kelas terbuka. Kelibat guru kelas mereka yang terkenal dengan sifat garang nya cukup membuatkan suasana kelas yang tadinya seperti pasar borong bertukar ke perpustakaan. Lama guru itu berdiri di hadapan kelas.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang