p/s : raya special edition ni tak ada kena mengena dengan chapter biasa tau. btw, for those yang tunggu special raya ni, maaf lambat!
RAYA SPECIAL EDITION 1
#BBBGberaya
Kunci kereta dilempar ke atas meja. Aircond dibuka. Tv dibuka. Sejukk.
"Penat!" jeritnya.
Penat yang teramat. Daripada pagi beraya dengan saudara mara, kemudian ke KLIA pula untuk menghantar keluarganya.
"Penat penat dan penat. Tukar baju dulu....baru makan." ucapnya seorang diri. Dia bingkas bangun dan terus melangkah ke biliknya.
Selepas 20 minit, dia yang tadinya berbaju kurung sudah bertukar kepada tshirt Ben 10 dan legging hitam. Selesa sikit.
Elena bingkas turun untuk ke dapur. Bungkusan makanan daripada saudaranya yang tadi dibawa pulang bersama dimasukkan ke dalam pinggan. "10 ketul rendang daging masuk, 5 ketul nasi impit masuk, 3 ketul rendang ayam masuk, lemang dan ketupat 5 potong masuk. Ngam!"
Pinggan penuh berisi lauk makanan wajib hari raya untuk dibawa ke hadapan. Makan sambil tengok tv. Ada pula Suri Hati Mr Pilot Raya yang dia record satu hari raya kelmarin, uwaw! memang ngam! #Lofattah
"Apa ke bangang Ejaz ni pergi kahwin lagi?! bukannya lawa pun si Suraya ni! kalau desperate nak kawin, kawin dengan aku la!" bebelnya sambil tangan ligat menyuap makanan.
Selepas 1 jam setengah.... dia terbaring lesu. Kenyang sangat pula! perut dah terlebih buncit dah ni. SHMPR tak habis lagi, pulun ending!
"Alah dah agak dah happy ending! #Lofattah for life not #Fattzura!" bebel Elena.
Selepas pinggan dan cawan dicuci, Elena melangkah kembali ke ruang tamu. Satu persatu siaran tv dibuka.
"Apa ke bongok sangat cerita cerita raya ni? lain kali buatlah cerita pasal Lara Alana beraya ke... tak pun Che Ta punya baju yang beratus helai tu kena curi ke apa ke, ni semua sama je! tak pun buat pasal Elena Rose beraya... eh?"
Ting ting! notifikasi masuk. Chat ditekan. Daripada group whatsapp mereka berlapan.
Alana Sofea
helooooooo! beraya sakan ke tuuw?
Aril Rizqi
halo, mana ada. aku mereput je ni ha.
geng Ril geng. aku baru balik KLIA, home alone...
Adrian Mikael
nasib kita sama je semua...
#loner
Alana Sofea
aku Alana yang comel dan cantik boleh hilangkan loner kalian semua... jeng jeng jeng!
Ariana Affiera
comel? haaaaa nak terkeluar balik ketupat ni💨💨💨
Alana Sofea
itu tolak tepi ya cik Ariana. ni aku nak
ajak kau orang beraya dalam 3 hari dekat rumah tok aku. nak tak?
Zarith Ziqri
uwowww! nak nak! kat mana?
Alana Sofea
Kuala Selangor. yang lain?
aku boleh je..
Faiq Haiqal
aku pun boleh je kalau Elena boleh! 🙊
gatallllll la kunyit.
Faiq Haiqal
gatal ai boleh garu😝😚
ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Roman pour Adolescents☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.
