"Okay now kita dah boleh split ikut team yang kita dah decide tadi, so yeah bye!" ucap Adrian seraya menarik tangan Melissa yang sedang menghabiskan sedutan terakhir Green Tea miliknya. Nasib baik tak tersedak anak orang.
Sebagai ganjaran mereka berlapab berjaya menjadi event planner untuk makan malam gala minggu lepas, maka mereka telah diberi reward untuk berjimba oleh pengetua.
Zarith juga sudah menarik Ariana begitu juga dengan Aril menarik Alana. Tinggallah si ridsect dan strawberi iaitu Faiq dan Elena.
"Kau lambat, aku tinggal."
Elena terus bangun dan mencapai Caramel Frappucino miliknya lalu terus mengejar Faiq yang sudah dihadapan.
Setibanya di parking lot, Elena terus berjalan ke keretanya.
"Hoi hoi, nak pergi mana tu?" sergah Faiq. Eh mamat ni sibuk la parking sini juga...
"Nak follow kereta kau la?"
"Siapa cakap kau drive sendiri?"
"Tak ada siapa?"
"Tahu pun! sekarang kau ikut aku, naik dengan aku."
"Kenapa pula?"
"Eh banyak tanya!"
"Of sos!"
"Aku bawa anak perempuan orang keluar, mestilah kena jaga elok elok. aku tak nak kena piat telinga dengan bapa kau kalau jadi apa apa! kereta kau tu biar je situ... kereta murah, kalau hilang pun aku boleh bagi yang lagi better. So now kau pergi dengan aku, you're safe with me." selesai bercakap, Faiq terus berjalan ke keretanya.
Elena terus mengunci kereta miliknya dan berjalan mengekori Faiq sambil cuba menghasilkan bunyi daripada kasutnya tanda protes. Malangnya tak pakai high heels, sneakers je mana bunyi.
"Dah serupa hero k drama pula dia ni..."
Faiq berpusing. Elena tersentak.
"Hello? i'm more than that okay! Setakat hero k drama kau tu, alah... celah ketiak je."
Terbeliak Elena dibuatnya. "Ceh, perasan!"
"Whatever! dah masuk cepat." arah Faiq sambil membuka pintu tempat duduk pemandu.
Elena pula berjalan lebih pantas. Sejurus dia sampai di kereta Faiq, pintu tempat duduk belakang dibuka dan dia masuk.
"Eh hello? siapa suruh duduk belakang?" Faiq pusing belakang memandang Elena yang selamba masuk ke tempat duduk belakang.
"Biar lerrrrrr."
"Tak ada tak ada, duduk depan."
"...."
"Ele-"
"Kroh kroh...."
"K fineeeeeeee!" Faiq terus pusing kehadapan dan memulakan perjalanan.
Sepanjang perjalanan, dua dua senyap. Sehingga lah Faiq yang memandu berhenti di 7 Eleven.
"Nak belikan aku slurpee kee? hehehe." soal Elena daripada belakang.
"He he, memang tak lah. Slurpee 7 Eleven already dead in a ditch, memang mimpi la kau nak dapat slurpee. Eh kau bangun tiba tiba ni kenapa? bukan kau tidur ke tadi?" soal Faiq. Or more like... memerli.
".... oh eh? okay kroh kroh."
Faiq menggeleng kepala beberapa kali. "Kau tunggu kejap, aku nak beli barang, kunci kereta ni." arah Faiq sebelum dia beransur keluar.
Sementara menunggu Faiq, Elena membuka telefon miliknya, aplikasi Spotify dibuka, lagu Current Location nyanyian LANY ditekan.
I need my current location...
10 minit kemudian, Faiq keluar sambil menjinjing 3 beg plastik bersaiz besar yang sepertinya dipenuhi pelbagai jenis jajan.
"Bagi aku ke semua ni?" soal Elena sejurus sahaja Faiq masuk ke dalam kereta.
"Bukan." balasnya pendek sebelum memulakan perjalanan.
Elena mencebik. "Haji Bakhil betul."
-
Rafflesia
"Alright, dah sampai. Keluar sendiri ya dekat sini tak ada penyambut tetamu." pesan Faiq lalu melangkah keluar daripada kereta.
Lama Elena diam dan termenung sebelum dia turut mengikut langkah Faiq keluar daripada kereta.
"Tolong aku angkat, tadi dah jadi madam besar duduk belakang kan? so sekarang nah, jadi kuli pula ya? sekali sekala turun pangkat." isi bonet kereta Faiq diperhati olehnya. Ini nak suap satu Malaysia makan ke apa belambak macam ni.
"Assalamualaikum!" laung Faiq.
Tak sampai 2 minit, pintu rumah terbuka. "Faiq!"
"Hehe hai, kot ya pun jawab salam dulu kak, tahu ler teruja dapat jumpa Faiq." Elena di tepi Faiq menjeling selepas mendengar kata kata Faiq.
"Perasan kau ni kan! waalaikumussalam. Ini siapa Faiq? gelpghen kau eh? dah pandai bawa datang sini dah, report dekat bonda sat lagi!"
Faiq mengerling ke arah Elena di tepinya yang tersenyum manis membalas senyuman wanita di hadapannya. "Ini bibik baru lah kak Aina. Nama dia Elena."
"Wah sesedap Dip & Dip je ya kau bibikkan aku?" marah Elena.
"Gelpghen boypghen lah niii! masuk lah, dipersilakan." Aina ke tepi memberi laluan untuk Faiq dan Elena masuk.
"Duduk dulu, Faiq, Elena... kak Aina naik atas sekejap panggil bonda." ucap Aina. Faiq dan Elena mengangguk.
"Oit, Rafflesia ni tempat apa? rumah anak anak yatim ke?" soal Elena selepas dia memerhati sekeliling kawasan banglo mewah 3 tingkat Rafflesia.
Faiq mengangguk. "Anak anak yatim dan yang dibuang ibu bapa. Aku selalu datang sini kalau ada free time, best!"
"Oooh I see. So kita nak buat apa sekarang ni?"
"Bonda!"
Cis, dia pergi ignore.
"Bonda sihat?" Elena turut bangun setelah melihat Faiq bersalaman dengan seorang wanita lingkungan 60-an.
"Alhamdulillah, sihat. Faiq sihat? ini siapa Faiq bawa ni?" soal bonda merujuk kepada Elena.
"Ini Elena, kawan Faiq. Saja saja bawa sekali." tutur Faiq. Elena tersenyum lalu bersalaman dengan bonda.
"Poyo lah! tadi kata bibik, ini kawan pula. Bonda percaya lah yang tu sebenarnya girlfriend dia." seloroh Aina mengusik Faiq.
Bonda ketawa. "Faiq dah siapkan ke semuanya? boleh ke prepare sendiri?"
"InsyaAllah okay."
"Bonda dengan kak Aina naik dulu. Apa apa panggil." pesan Aina.
"Prepare apa?"
"Prepare untuk jadi wife aku?"
"Post lawak 9GAG keberapa kau cilok ni?"
"Post ke 666."
× × ×
YOU ARE READING
bbbg | ✔
Novela Juvenil☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.