Bab 8

5K 178 1
                                    

Haih banyaknya dugaan lepas satu , satu dugaan datang . Kenapa susah sangat kau nak cintakan aku armel ? Kau taknak bahagia dengan aku ke ? Berapa kali aku nak cakap , aku sayangkan kau . Keluh aliff sendirian .


"Aliff , saya nak keluar jap jumpa kawan . Nak makan aiskrim . armel memninta izin suaminya itu kerana takut dibebel oleh ibunya .


"Kawan lelaki ke kawan perempuan ? Abang ikut . Nak keluar larikan diri la tu . omel aliff .


"Kalau kawan lelaki pun kenapa ? Takde kena mengena pun kan ? Lagi satu , saya nak makan aiskrim and window shopping je , takkan tu pun tak boleh . Fine kalau tak boleh takpe . Armel memberontak . Dia menghentak kakinya lalu berlalu ke biliknya.


Tiba-tiba terdengar bunyi orang menjerit .

"Aduhhhh!!!!!

Aliff berlari mendapatkan armel . Rupa-rupanya kaki armel tersadung di tangga.


"Hahahahahah. Tula degil sangat . Suka melawan cakap abang . Kan dah kena . Dekat dunia ni pun dah nampak balasannya . tawa aliff meletus kuat .


Pedas sungguh kata-katanya memerli armel . Entah deep atau tidak kata-kata aliff itu .

Armel memuncungkan bibirnya tanda protes . Orang dah jatuh. Dia ketawakan pulak . Manusia jenis apa dia ni . omel armel .

Aliff menghulurkan tangan untuk membantu armel .


Huluran tangan itu tidak disambut dan dibiarkan sepi . Aliff mencangkung dan mengangkat kening kirinya memandang armel .


"Dah sakit , sombong pulak tu . Sayang duduk la kat sini sampai esok . Ibu pun belum tentu balik harini . Aliff mengusik armel .


Aliff bangun dan ingin berlalu pergi .


"Ehh awakk !!! Kejapp . Tolong laaa sakit ni . armel mengerdipkan matanya . nak minta simpati lah tu .

Tanpa berkata banyak aliff mencempung armel ke sofa .


"Hahh? Apa awak buat ni ? Nak ambil kesempatan la tu . Miang!!! Jerit armel .


"Tadi bukan ke ada orang minta tolong . Dah tolong kita pulak kena marah balik . Balas aliff


"Awak ni kan , kalau sehari tak perli orang tak bolehkan ? Macam budak-budak . Hmphh . Balas armel merajuk .


"Kita pulak yang kena . Sayang tu yang macam budak-budak . Ke nak abang cerita balik macam mana sayang boleh jatuh tangga ? Dah duduk diam kat sini. Kalau bertekak dengan sayang sampai esok pun tak habis . Aliff berlalu ke dapur untuk mengambil kain dan ais .


"Aduhh , kaki membengkak pulak . Aku nak keluar ni . Omel armel sendirian .

Dia terkejut apabila aliff menarik kakinya .


Aliff menuam kaki armel perlahan-lahan . Tiada bunyi kesakitan diluahkan armel . Begitu lemah-lembut aliff menuam kaki isterinya . Dia tidak mahu isterinya mengaduh kesakitan . Aliff khusyuk sekali menuam kaki armel.


Armel pula terkesima dan terkedu dengan tindakan suaminya . Dia hanya mampu merenung wajah aliff sedalam-dalamnya . Semua persolan bagaikan hilang seketika . Wajah ikhlas suaminya itu bagai menambat hatinya kembali . Betulkah aliff mencintainya ? Omel armel .



Lesung pipit yang sentiasa ada di pipinya pasti akan mebuatkan gadis-gadis lain di luar sana menaruh hati kepadanya .


"Ehh tenung wajah abang sampai tersenyum ? Hensem sangat ke abang ni ? Ujar aliff merenung kembali panahan mata armel .


Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now