"Nampak macam ada perkara serius je ni ? Armel buat hal ke ? Memang tak pernah serik kau ni kan. Dari dulu sampai sekarang memang nak menyakitkan hati anak aku je kan ? Tak sedar diuntung. Kau sedar tak yg anak aku banyak berkorban untuk kau. Kalau aku jahat aku biarkan je kau mati masa kena culik. Aku kasihan je dekat kau ni. Dan sebabkan kau anak aku angah cedera parah. Kau memang kan perempuan! ". Perli mama aliff. Dia memang tidak berkenan dengan armel sejak aliff amnesia. Memang ada je sikap armel yg menyakitkan hatinya. Sebelum ini baik sahaja. Hati manusia mudah berubah.
"Saya tak kesah makcik nak cakap apa pun. Saya tahu saya tak pernah layak jadi menantu makcik yg makcik idamkan. Saya tiada ciri-ciri menantu kesayangan makcik. Saya minta maaf. Saya tahu memang saya selalu menyusahkan orang. Kalau makcik tak sanggup saya jadi menantu makcik , makcik boleh hasut anak makcik supaya lepaskan saya. Macam makcik cakap saya tak layak panggil makcik panggilan mama. Saya faham. " balas armel. Dia pun sudah penat bergaduh dengan wanita tua ini. Apa lagi yg dimahukan dia pun tidak tahu. Mungkin penceraian armel dapat membahagiakannya. aku rela ya allah demi kebahagiaan orang lain. Macam tak tahu aliff anak emas dalam keluarganya. Aku masih ingat apabila aliff sedang koma dan mama aliff melarang aku panggilnya mama. Sungguh tersentap aku disitu.
"Apa ni mama ? Mama jangan masuk campur hal kami. Dia isteri aliff. Sudah mama , mama balik dulu. Nanti aliff datang rumah mama. Mama please jangan merepek macam ni. Apa pun terjadi aliff tidak akan melepaskan talak pada armel. Iti janji aliff. Mama , armel tak bersalah. Saiful dah bagi tahu kan tadi. Apa lagi mama ni ? " soal aliff tidak puas hati dengan mamanya. Keadaan sudah keruh lagi menambah perisa. Mama ni selalu sakitkan hati armel. Semakin berjauh hatilah armel dibuatnya. Silap aku pun belum dimaafkan sepenuhnya. Ini hal mamanya pula. Sebab itu aky tidak membawa armel bersama jika pulang ke rumah mamanya. Kerana dia sudah pasti mamanya akan mulakan pergaduhan. Armel pula akan diam dan mengalah. Sesudahnya armel akan menangis dan tidak melayannya.
"Arghh sakit " armel mengaduh kesakitan. Kepala aku sakit. Berat sangat. Ya allah , sakit sangat.
"Doktor !!!!! Doktor !!!! " jerit aliff.
"Semua ahli keluarga diminta ke tepi , " arah doktor syamsul.
Doktor syamsul membuat pemeriksaan. Tekanan darah armel tinggi. Haih ni mesti ada tekanan lagi ni. Kasihan wanita muda ini , sering ditimpa tekanan berpadu dari masalah sekeliling. Omel doktor syamsul.
"Encik aliff , sudah berapa kali saya pesan. Jangan beri tekanan pada isteri encik. Encik mahu kandungan isteri encik gugur ? Semestinya tidak kan ? Tolong encik , selepas ini jangan berikan tekanan. Risiko tinggi akan dihadapi pesakit jika mendapati ada tekanan jiwanya. " nasihat doktor tegas. Ini bukan kali pertama , tetapi kali ketiga pesakitnya hampir gugur. Boleh luruh jantungnya jika keadaan ini berlaku lagi.
"Maaf doktor , saya akan pastikan selepas ini. Terima kasih " ujar aliff dan memandang doktor dan nurse berlalu keluar dari bilik armel.
"Mama , tengok apa yg mama dah buat. Mama, aliff merayu dengan mama. Tolong mama, kali ini je. Aliff minta maaf ya ma. " Mama ni pun satu. Kalau melawan nanti jatuh anak derhaka. Kena cakap slow-slow itupun kena berbasa-basi.
"Kamu jangan manjakan isteri kamu sangat. Ingat , syurga kamu di bawah telapak kaki mama. Bukan isteri kamu. Jaga kesihatan kamu. Jangan jagakan kesihatan orang lain , diri sendiri terima padahnya. Yalah , mama nak ke wad aril. Jaga diri. Armel jangan buat hal pulak " puan lina berlalu pergi. Sengaja dia kuatkan suara mahu memerli armel. Sinis betul bunyinya. Hahah puas hati aku , baru kau kenal siapa aku ! Omel puan lina dan memberi jelingan padu kepada armel.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Любовные романы"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...