Armel menolak pintu kereta. Ya allah susahnya nak buka. Rupa-rupanya sudah dikunci secara automatik oleh Aliff. Haih macam mana nak boloskan diri ni? Armel cuba ikhtiar lagi. Apakan daya keputusan tetap sama. Armel tidak dapat membuka pintu itu. Disebabkan terlalu marah , Armel tertidur.
"Aik, dah tidur pulak. Armel ni, dari pagi tak makan lagi. Nasib ada belikan nasi goreng untuk dia" omel aliff sendirian.
Mereka meneruskan perjalanan yang berbaki tiga jam sahaja lagi.
Armel mengusap perutnya yang teramat lapar meminta makanan. Tetapi egonya menghalang dia untuk makan. Nanti aliff mesti ketawa melihat armel makan. So dengan ego yang melangit armel menahan. Ya allah berbunyi kuat pulak perut ni.
"Sayang, makan sikit ni. Abang ada beli nasi goreng. Perut sayang keluar lagu jampi dah tu. Meh sini abang suapkan. Alaa jangan malu-malu nak makan. Nanti sayang gastrik balik, so better sayang makan" pujuk aliff memegang bahu armel yang membelakangi dirinya.
"Tak nak. Kalau sayang sakit pun, abang bukan kisah. Abang lagi kisah kerja abang yang tertangguh tu kan. Kalau sayang mati sekalipun abang tak pernah peduli. " Suara armel naik seoktaf. Menghembuskan rasa amarahnya. Terlepas segala rasa di hatinya. Dia sudag cukup sabar dengan kesibukan kerja Aliff.
"Tengku armel diana! Abang tak pernah abaikan sayang selama ni. Apa sayang cakap ni? Jangan tuduh abang bukan-bukan. Kalau sayang marahkan abang sebab tak turut kehendak sayang tadi, sorry. Abang memang lapar sangat tadi. Dahla sayang, abang taknak gaduh sebab perkara kecil macam ni. Sayang makan ya " ujar aliff penuh kecewa.
He ekleh, tak pernah abaikan kunun. Dahtu aku selalu memerap kat rumah dengan anak. Nak keluar tak kasi. Nak keluar kena ada dia. Haih serabut aku dibuatnya. Nak tunggu dia balik? Tahun depan baru balik.
"Hurm, it's okay. Tak lapar dah. Yes, you are very very very good husband to me. I'm wrong. " ujar armel dengan penuh kekecewaan. Matanya mula berkaca-kaca. Zhafran, umi rindu zhafran.
Zhafran ditinggalkan dengan ibu armel kerana dia sudah bersekolah. Tidak mahu menganggu sesi pembelajarannya.
"Sayang ... Abang minta maaf ya. Abang tahu silap abang. Abang janji abang tak ulangi. Sayang tahukan yang syarikat kita baru dapat projek jutaan ringgit. Abang kena fokuskan sedikit dekat projek tu. Sebab kita berurusan dengan client luar negara. Jadi jadual abang sangat padat. Insya-allah abang akan aturkan masa abang dengan baik lepasni." jelas aliff panjang lebar.
"Abang banyak berjanji dengan sayang. Sebab janji abang sayang terluka. Stop with the promise. You make me hurt. Enough. I'm so tired. I need to sleep" armel memejam mata untuk menghilangkan segala duka dan mengantuk.
Dengkuran halus kedengaran. Armel sudah tidur. Aliff agak terkesima dengan kenyataan armel. Rupa-rupanya dia terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan ahli keluaraganya. Aliff beristighfar.
Mereka sudah tiba di perkarangan rumah maksu. Armel pun sudah terjaga dari tidur. Mereka jalan beriringan ke pintu rumah. Aliff menyulamkan tangannya pada tangan armel. Armel agak menolak. Biasalah armel. Asal marah mula lah dingin. Aliff tidak mahu keluarga armel mengetahui masalah mereka kerana bimbang memberi bebanan kepada mereka.
"Assalamualaikum maksu" Sapa armel ceria. Wanita 30-an itu dipeluk mesra. Rindunya dengan maksu. Dahulu semasa armel bersekolah, maksu rajin membawa armel jalan-jalan ke bandar. Sebab itu armel amat sayang maksu.
"Waalaikumussalam. Armel makin cantiklah. Untung aliff dapat armel kan. Jauh tak perjalanan? Armel ada buat perangai tak ?" soal maksu dapat meneka masalah mereka.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...