Sebenarnya , armel mengikuti aliff ke dapur kerana tekaknya berasa kering. Memandangkan zhafran sudah lena tidur kerana penat ketawa serta main mainan.
Aliff tidak sedar yang armel mengintai melalui celah dinding papan.Terus tak jadi nak ke dapur , apabila melihat kehadiran lina di situ. Apa pulak lina nak cerita kat mak andak pasal aku ni. Aku masih ingat yang mak andak pernah lempang aku sebab lina tabur fitnah mengatakan aku berduaan dengan syakir di hujung kampung. Akhirnya apabila cerita sebenar diketahui , mak andak menyesali perbuatannya. Lina juga memohon maaf selepas dipaksa ibunya.
Sakit hati armel melihat sikap lina. Dari tadi merenung seraut wajah aliff. Armel sempat menangkap kata-kata yang dikeluarkan lina. Makin panas hatinya apabila lina memukul mesra bahu suaminya. Walaupun berlapik memang tak boleh lah cerita dia. First bukan mahram and yang paling penting dia tu suami aku !
"Lina eh nama dia ? Bukan peah ? Abang ingatkan siapalah dia tu. Tiba-tiba je datang. Mesra sangat dengan abang. Rimas dibuatnya. Sayang kenal ke " gurau aliff. Haih , naik angin la ni mak cik ni. Bukan main lagi soalan. Macam polis pencen. Mulut tu kalau boleh muncung sampai puas, habis putus bibir tu. Cemburu la ni sayang ye.
"Haah si rokiah tu. Dia buat apa kat sini. Entah , memang tak kenal dan taknak kenal. Bye ! " armel meninggalkan aliff yang sedang termangu-mangu di sudut katil. Arah tuju yang pertama yeah pangkin. Tempat rehat yang paling chill dan simple. Redup kerana pokok rambutan menutupi cahaya matahari. Warna buah rambutan yang semakin memerah dipandang. Alangkah indahnya kalau singgah dalam mulut aku. Boleh kunyah-kunyah. Tapi taknak aku panjat. Serik masa kecil jatuh pokok rambutan ni. Habis terseliuh tangan. Galah mana pulak ni.
Armel menoleh ke kiri. Terkejut melihat alif sedang memeluk dirinya. Asal tak perasan dia datang ni. Hish , buat terkejut je. Kalau tertampar sampai tercabut gigi macam mana. Tak ke hodoh nanti.
"Pergu panjat pokok tu " arah armel meleraikan pelukan.
"Bagi la abang peluk sekejap. " aliff kembali memeluk erat. Bukan sekadar pelukan biasa. Macam nak bunuh orang pun ada. Hilang oksigen tahu tak.
Lina memerhati dari pintu dapur. Eleh gedik benar kau armel ya. Dia aku punya bukan kau. Baguslah kau tak peluk balik. Aku je yang layak peluk dia.
"Abang... Sayang cakap. Panjat pokok ni. Ambil buah. I'm craving right now ! " armel meleraikan pelukan dan menolak aliff untuk bangun.
"Yelah yelah , kejap lagi sambung ya sayang. Ambil raga kat sana. Abang petik , sayang tangkap guna raga ya. " pesan aliff dan membuka selipar crocodiles miliknya.
"Tangkap apa abang ? Rama-rama mana ada kat sini. Abang nak selfie ke ? " armel menangkap beberapa keping gambar. Aliff pula sedang seronok posing atas pokok. Kalau jatuh naya je.
"Bukan gambar lah , tapiii.... Tangkap hati sayang lah. And i have your heart " aliff ketawa. Blur pulak wife ni tengah hari ni. Mungkin panas sangat kot harini. Itu yang otak tak dapat proses.
"Be carefull abang. Banyak kerengga atas tu. " laung armel dari bawah.
Setengah raga besar sudah penuh. Geli hati apabila aliff mengaku dirinya tarzan. Hahaha. So funny. Tapi memang betul. Sekelip mata dah separuh raga terisi. Memang power aliff ni. Tak sia-sia suruh panjat pokok rambutan.
"Sayang kenapa leher abang gatal sangat ni. Ce sayang tengok " Aliff memusingkan badannya. Dahan pokok dipeluk. Rasa gatal nak mampus dekat leher ni. Jangan jadi apa-apa please.
"Abang.... Turun dari pokok tu. Sekarang. Jangan tanya apa-apa dah. Turun je. Slowly. Hati-hati "
Armel cuba menenangkan aliff. Dah pesan jangan banyak tanya. Diam je. Kalau banyak tanya nanti macam mana nak alihkan ratu kerengga tu. Banyaknya ya allah. Tak kan tak rasa.Aliff selamat mendarat di pangkin. Ceh mendarat kunun. Dalam erti kata lain. Duduk di pangkin.
Armel mengambil kain basah dan mengelap leher belakang aliff. Sampai ke badan belakang haiwan tu ada. Kain basah dialihkan dan banyak gila haiwan itu melekat pada kain basah.
"Pedihnya sayang. Dah turun dari pokok baru rasa sakitnya. Kenapa tak bagi tahu ada kerengga. ? " aliff menggosok lehernya.
"Dah abang cakap abang tarzan. Mestilah abang kuat. Takkan kerengga pun abang takut. Dah dah. Abang diam eh , close your eyes. Sayang sapu minyak gamat ye. Jangan buka mata sampai sayang siap sapu. " bukan apa kalau dia buka mata nanti mula la suka pandang dekat-dekat. Bukan tuje , tangan yang kena sengat tu mula merayap ke mana-mana. Bahaya tu !
"Do it slowly okay. Abang rasa habis koyak kulit abang yang seksi ni kerengga tu buat. Memang nak kena lah serengga ni. "
"Jangan salahkan kerenggatu. Abang yang action sangat tadi. Abang diam jela. Kalau abang tak diam bila sayang nak sapu. Kalau abang banyak cakap nanti lagi sakit. Lepasni kita pergi klinik sebab banyak sangat kerengga yang hinggap dekat abang ni. Kerengga betina agaknya. Gatal betul ya macam lina. Oppsss "
"Halina ? Lina ? " aliff menjongketkan keningnya. Lah dah cemburu bagi jela tahu. Lepasni abang akan jauhkan dari dia ya sayang.
"Abang ni time sakit pun suka mengusik orang lagi ya. " minyak gamat dititiskan pada semua tubuh. Baju jersi sudah ditanggalkan tadi. Lantaklah seksi ke apa , lagipun dia lelaki kan. Aurat dari pusat hingga lutit. Rasanya seluar track ni dah cukup menutupi aurat encik suami ni.
"Jangan sapu lemah lembut sangat , you turn on me sayang "
Pesan aliff menghalang tangan armel."Kalau macam tu sapu sendiri. Sapu kasar marah , sapu lembut larang. Apa abang ni. Campak dalam sungai tu karang baru tahu "
"Amboi garangnya. Okay okay , teruskan. " Mak ai , makin lama makin bahaya. Ada ke patut nak campaknya kita dalam sungai. Hey , i tahu berenang okay.
Lina menelan air liurnya. Pertama sekali apabila melihat aliff membuka baju. Otot perut yang menjadi kegilaannya dipandang terus. Tetapi sekejap sahaja rasa seronok itu datang. Selepas itu armel memeluk tubuh aliff pulak. Kacau lah dia ni. Hatinya makin panas melihat aksi romantis mereka. Diman armel menyapu minyak gamat pada tubuh aliff. Aliff pula tidak habia-habis ketawa. Comelnya ! Getus hati lina. Tapi lagi comel kalau itu aku dan bukan si armel ni. Aliff kelihatan macho di atas pokok rambutan tadi. Lagi menambaha rasa cinta lina kepadanya.
"sayang dah minyak tu. Bau gamat abang nanti. Sayang jugak taknak kat abanf nanti. Lepasni kita masuk makan tengah hari. Abang tengok mak andak masak ayam masak asam pedas. Mesti sedap kan. Tak sabarnya. Haa tu mak andak dah panggil " tunjuk aliff ke arah mak andak yang melambai ke arah mereka berdua.
"Abang behave ya. Kalau sayang nampak abang dengan lina tu , malam ni sayang lari tidur hotel. Padan muka ! " amaran keras yang dikeluarkan membuatkan aliff menghamburkan ketawa.
"Sayang sangat dekat abang ya. Yeayyy. Okay je kalau sayang nak tidur hotel , tapi abang ikut hahahahah " aliff lari ke pintu dapur.
Masa lunch ni mula lah ulat bulu ni menjadi.
Thank you vote ! Comment okay sayang kalau ada opinion. Sis hargai sangat yang mana follow sis. Thank you.
Voteee okayyyyy for more update. Sorry kalau banyak typo. My bad.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...