Bab 100

2K 72 36
                                    

Pada pagi yang hening , rumah agam milik dato aliff rayyan begitu suram. Kalau dulu , disinari oleh kebahagiaan pasangan suami isteri itu. Tetapi kini hanya tinggal sebuah kenangan yang pahit dan sukar diterima.

Jika diimbas kembali , sewaktu subuh mereka bertiga akan menunaikan solat berjemaah. Selepas itu mereka akan memasak sarapan bersama-sama. Gelak ketawa si cilik zhafran sering kedengaran pada ketika dulu. Tidak lupa juga gelak ketawa armel yang sentiasa membahagiakan aliff.


"Assalamualaikum anak daddy. Jom daddy mandikan zhaf. Harini daddy nak bawa zhaf travel. Satu tempat special. Daddy ada masak mac&cheese. Your favourite. " dahi zhafran dikucup mesra. Wajah zhafran yang mirip seperti armel ditenung sedalamnya. Haih kenapa la muka perempuan tu sebijik macam anak aku. Rimas aku dibuatnya.


"Mummy ! Zhaf nak mummy ! Zhaf taknak makan ! Taknak ikut daddy ! Daddy jahat ! Jahat ! " Teriak zhafran sambil menghentak kakinya.



"Zhafran , mummy ada hal. Nanti mummy balik ya. Sekarang ni zhaf ikut daddy dulu. Kalau ada masa daddy bawa zhaf jumpa mummy. Zhaf jangan macam ni. Kalau mummy tahu zhaf macam ni , mesti mummy sedih " umpan aliff. Dah-dah la tu ingat dekat armel. Menyampah aku dengar.



"Promise ? " jari manis diangkat.


"Yes darling. Daddy tak tipu. Jom mandi ? " tubuh zhafran digomol dan diangkat ke bilik mandi.


Dirumah bonda pula , armel duduk termenung di ruang tamu. Televisyen dipasang , tetapi seakan pemandangannya menembusi televisyen itu. Apalah zhafran tengah buat sekarang. Sudah makan kah dia ? Adakah aliff mampu melayan zhaf. Semua persoalan itu terbayang-bayang di mindanya.


"Armel , bonda nak kamu move on. Biarkan semuanya berlalu. Kalau jodoh kamu kuat in shaa allah ada jalannya. Buat masa ini cuba kamu tenangkan hati. Lupakan seketika. Kamu juga ada life kamu sendiri. Jangan disebabkan perkara ini hidup kamu musnah. Kamu masih ada bonda. " Pujuk bonda. Bahu anak bongsu itu dipeluk erat. Kasihan melihat keadaan armel. Cintanya begitu utuh terhadap lelaki bernama aliff rayyan. Nampaknya anak aku bakal terluka lagi.



"Bukan senang bonda. Armel kena lupakan orang yang armel cinta. Suami armel. Armel kenal dia. Dia bukan macam ni. Mesti ada sebab dia buat armel macam ni. Armel yakin dia masih cintakan armel. Armel nak jumpa dia bonda. Armel nak dia. Zhafran. Armel rindu anak armel. " luah armel dengan tangisan yang melimpah ruah.


"Bonda cuba faham. Tetapi buat masa ini , armel kena cari kekuatan. Dia tengah panas lagi itu. Armel kena terima apa yang jadi selepas ini. Banyak lagi lelaki lain dekat luar sana yang mampu bahagiakan armel. Percayakan bonda nak. Bonda kesian tengok armel. Bonda tak sanggup tengok anak bonda diperhambakan , disakiti , dizalimi. Ibu mana yang sanggup ? Tell me tengku armel diana. " terang bonda jelas tentang isi hatinya.



Knockk..knockk...


Kedengaran pintu utama diketuk dari luar. Mak jah membuka pintu itu. Seorang lelaki muda yang mempunyai raut muka yang bersih menghampiri mereka.


"Assalamualaikum puan sri " sapa uztaz muda itu.

"Waalaikumsalam ustaz asyraf. Terima kasih sudi hadir. Ustaz apa khabar ? " soal bonda lembut.

"Alhamdulillah sihat. Puan sri ? Tiada apalah sangat untuk berterima kasih . Saya cuma nak membantu. " jawab ustaz asyraf sopan.


"Armel , ini la ustaz yang bonda cakapkan hari itu. Kamu berdua sembang-sembang la dahulu. Bonda nak buatkan air. " pamit bonda dan berlalu pergi.


Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now