Armel mencebikkan bibirnya. alahh masa ni jugaklah ada pokok nak tumbang. Tumbanglah semalam ke esok ke bila-bila jelah. Asalkan bukan harini. Orang tengah craving teruk ni. Hurm geram betul lah macam ni.
"Sayang ? Kita kena patah balik sebelum jalan jem. " mati la kalau armel taknak. Kena hadap jem lagi. Jangan marah sayang please.
"Tak nak ... Tak nakkk " armel sudah mula memberontak. Dia menangis teresak-esak. Macam anak kecil yg kehilangan ibu.
"Kita terpaksa sayang " aliff memujuk armel. Dia memeluk armel erat dan mengangguk ke arah haris. Haris faham arahan aliff. Armel masih meraung lagi. Sudah 5 bulan dia mahu ke cameron tapi apalah nasib tak kesampaian.
"Nakkk pergi...eskk...eskk... Sampai hati abang kan. Abang jahat. Tak nak kawan. Nak makan strawberi. Esk... esk... Lepaslah " armel merajuk tahap seratus. Dia memalihkan muka ke arah tingkap. Badannya juga dipusingkan 360 darjah. Tangannya mengusap baby bump yg semakin membesar itu.
Aliff hanya membiarkan armel tenang seketika. Kalau dicakap nanti dia marah lagi. Takpe sayang , sayang comel bila merajuk. Sayang lepaskan marah sayang dulu eh? Bisik hati aliff
Armel bosan menunggu untuk tiba di rumah. Iphone oh iphone lawa juga kau eh? Ios 10 wahh. Warna merah ? Memang fuh. Orang cakap asal kaya je pakai iphone. Tapi banyak je iphone fake kat luar sana tuh. Kalau fake ape eh? Sederhana.
"Sayang ? Okay ? " soal aliff. Risau pulak bini aku ni. Diam je dari tadi. Tiba-tiba stop menangis. Belek iphone. Macam-macam sayang ni.
Armel hanya menjeling. Ingat orang tergoda ke tengok lesung pipit dia tu. Dah la tak bawak orang pergi cameron. Hmphh. Tetapi armel tertawa kecil apabila mengenangkan saat mereka di sekolah menengah. Dia pernah menangis kerana aliff. Ada ke patut aliff nak tackle dia dengan cara sergah-sergah. Gila tak takut. Strangers lelaki panggil kau "weyy weyy". Nak tahu armel buat apa? Dia lari masuk kelas. Biar aliff tergantung sepi kat situ. Hahahha padan muka. Kacau orang lagi. Pada masa tu , armel punyalah takut. Menggeletar satu badan. Memang armel tahu yg aliff selalu perhatikan dia dekat sekolah. Tetapi armel tidak pernah melayan. Hanya jelingan je dapat hahah. Aliff memang scary gila bagi armel. Tapi sekarang ? Sweetnya boleh buat orang diabetes. Kelas sebelah-sebelah , aliff memang gila suka dapat mengendap crush sendiri. Sampaikan satu hari , armel pernah tersadung dalam longkang sebab aliff pandang padu terhadap dirinya. Masa balik boleh pulak tunggu orang kat pintu kelas. Gila gila!!!! Armel pernah beberapa kali terlanggar aliff. Yang ni tak tahu kebetulan atau apa. Aliff ni sengaja sahaja mengacau orang. Armel ? Jangan harap dia nak tengok muka aliff. Rasa nak tumbuk je muka annoying tu. Kalau boleh nak bagi tamparan je. Ergh ! Stress !
"Elelelele merajuk ya sayang ?" Aliff merapatkan mukanya pada wajah armel. Jarinya mengusap lembut pipi armel. Hidung merah. Menangis je tahu. Hahahah. Nak kena suntikan cinta lah nikan ?
Armel menepis tangan aliff. Eiy apa ni peluk-peluk orang. Gesel-gesel muka pulak ni. Rimas lah.
"Heheh lebih baik sayang duduk diam sebelum abang...." ugut aliff
"Ye ok ok" balas armel. Jangan macam-macam abang !
"Tahu takut. Nak dengar cerita masa sekolah menengah tak ? kalau sayang taknak dengar , abang tetap nak cerita. " ujar aliff. Sengaja nak pujuk la tu. Hahahha
"Bagi sayang sandar dulu , lenguh ni. My favourite cheat " armel melabuhkan kepalanya pada dada aliff.
"Hahahah. Lawak kan cerita kita? Abang tahu sayang dah tahu semuanya. Abang minat dekat sayang sejak hari sukan rasanya. Sebab sayang macam tak habis-habis pandang abang. Sayang pulak asyik malu-malu je abang tengok. Tak macam perempuan lain. Abang dah pelik kat situ. Lepastu abang try tanya kawan-kawan abang. Nampak macam depe rapat dengan sayang. Sayang rapat gila dengan depe , tapi bukan dengan abang. Ni jeles nih. Hahahha. Start dari tu. abang korek cerita tentang sayang. Wow interesting about you. Dan abang start crush on ! Yeahh ! Tapi kan.. Sayang suka abang ke tak masa tu? " hahhahah nak tahu jugak. Ke aku sorang je crush on dekat dia.
"Eiyy nakal kan. Takut tau bila abang buat macam tu. Nasib tak report dekat cikgu disiplin. Kalau tak habis abang. Abang ni pun satu. Lain kali cakap la direct. Ni sergah orang pulak. " erk taknak bag tahu pasal crush on tu..
"Answer my question " amboii.. Lari dari jawap ehh.
"Taknak. Sayang merajuk lagi tau."
"Lepasni mesti sayang tak merajuk bila kita sampai "
Encik lesung pipit nak bawa pergi mana ni ?
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...