Bab 81

1.7K 86 9
                                    

Izham masih berkira-kira untuk membawa armel keluar. Takkan nak keluar berdua kot. Ajak nadia sekali lah. Risau jugak kalau suami armel kata aku perampas ke penculik ke. Taknak aku tanggung risiko.

"Weyh , betul ke suami kau bagi keluar dengan aku ni ? Kau jangan macam-macam. Aku taknak nanti orang kata aku apa pulak bawa bini orang keluar. "Izham tidak senang jika mereka keluar berdua.



"Lah kau ni apa susah. Panggil nadia la , takkan benda kecil pun tak boleh fikir. Makin dungu lah kau ni. Hahahah. Dah pergi panggil cepat. Aku tak sabar nak jumpa samyang noodle tu. Mana kunci kereta kau ? Kereta tak lock , apalah nak jadi. Aku bagi lima belas minit , cepat siap " arah armel. Dia tahu izham tidak akan mengecewakan dirinya. Malahan izham menganggap dirinya adik. Izham sentiasa melindungi armel.

"Yelah yelah. Nah " kunci kereta perodua bezza dihulurkan. Kalau ikutkan hati , rasa nak pulas je telinga armel ni. Degil dari dulu tak hilang lagi. Asyik ikut kepala dia je. Aku doakan aliff sabar dengan kau.


Ketukan cermin kereta kedengaran. Armel menoleh , lah si nadia ni dah siap. Makin lawa weh. Hipster dah sekarang ni. Itulah , khusyuk sangat baca buku perniagaan izham sampai orang ketuk cermin pun tak dengar. Selesa benar agaknya dengan penghawa dingin yang dipasang pada tahap maksimum. Nyaman!


"Kak armel ! Apa khabar akak ? Lawanya akak. Macam anak dara. Abang aliff mana ? " sapa nadia dan memeluk kakak sepupunya erat.


"Khabar baik. Abang aliff kat rumah , jaga zhafran. Nadia pun apa kurangnya. Makin hipster. " puji armel.


Memang gaya anak muda pada masa kini. Tambahan pula nadia mengikut peredaran fesyen terkini. Seluar legging hitam , kemeja bewarna biru kosong , kasut sneakers nike , shawl hitam dan juga make up nipis pada wajahnya membuatkan dirinya kelihatan hipster.



"Sembang apa lagi makcik dua orang ni , tinggal karang kat sini. Takyah jalan-jalan " usik izham menutup pintu kereta armel di belakang dan menarik nadia ke seat hadapan.



"Lokasi pertama kita mana guys ? Kita enjoy harini. Aku belanja korank okay ! " laung izham. Dah macam nak pergi vacation bila semua sepupu bergabung berjalan.


"Serius lah kau belanja ? Aku belanja korank makan okay. " ujar armel pula. Kasihan jugak kalau semuanya izham belanja. Walaupun aku tahu izham bergaji besar. No hal lah. Aku pun bergaji gak heheh.



"Ehh , takyah ! Harini aku belanja semua , kau jangan nak memandai keluar duit ya. Please , bagilah aku support semuanya. Aku nak gak korank rasa duit gaji aku. Nadia pun , along tak pernah belanja lagi kan heheh " izham masih menegaskan untuk mengeluarkan perbelanjaan.



Ya allah , degilnya sepupu aku ni. Orang risau dia takde duit ke nanti. Dia paksa orang pulak. Tahula kerja engineering dekat negara luar.



"Yela yela , kau ni kalau aku bantah pun kau tetap menang. Like always kan. Dah jalan lah cepat , nanti lambat sampai. " marah armel dan kembali membaca.



Sejak bila pulak la izham ni kaki novel. Belambak gila novel melayu cinta kat seat belakang ni. Kereta baru , tapi sepahnya ya allah. Macam supermarket dah aku tengok. Persiapan agaknya. Hahahha.


"Akak , kenapa tak bawak suami akak sekali ? " soal nadia tidak sengaja. Nadia kenal aliff bermula apabila nadia practical di pejabat aliff. Tak sangka bahawa c.e.o syarikat itu suami sepupu sendiri.



Izham menjegilkan matanya. Isyarat jangan tanya lah. Budak ni lah , aku sekeh karang. Pergi tanya hal rumah tangga orang pulak. Baru lima belas tahun dah pandai-pandai menyibuk ya.


"Haa dah sampai. Let's go. Padini jap weh. Ada sale besar tu. " ajak izham dan mereka berjalan bersama menuju pintu utama aeon.


Kelihatan ramai orang berpusu-pusu masuk ke butik pakaian itu. Jualan akhir tahun yang sungguh meriah. Sampai lima kaunter pembayaran dibuka bagi mengurangkan kesesakan. Rambang mata dibuatnya melihat baju-baju dengan harga promosi.


Selepas itu , panggung wayang menjadi destani setelah selesai membeli-belah. Makanan ringan dibeli di kaunter makanan. Tiket sudag ditempah atas talian oleh izham. Teknologi pada masa kini amat menjimatkan masa.


"Kenapa lima seat kau beli duh ? Siapa nak join kita ni ha ? Awek kau ehh.... Wuuu. Kau ada awek dah sekaarang... " usik armel. Dari dulu lagi semasa mereka membesar , izham tidak berkawan dengan perempuan selain dari dirinya. Kenapa tah fia ni trauma dengan perempuan gamaknya.


"Ish , mana ada lah. I'm still single okay. Aku tersalah beli lah. " tegah izham. Tuduh orang ada awek pula. Memamglah ramai perempuan mengorat aku ni , tapi memang semua aku tak berkenan. Bukan apa , pakaian mereka dahla seksi. Mak dan ayah aku pula haji dan hajah , tak sesuai lah. Aku bukan taknak bimbing. Aku dah cuba. Contohnya.  Aku dah bagi nasihat dan ajak sama-sama ke jalan allah. Last-last aku kena maki teruk.



Nombor seat mereka sudah tertera di skrin besar. Menandakan penonton sudah boleh masuk mengisi kerusi.



Kedudukan mereka, kerusi kosong/armel/nadia/izham. Kenapa aku kena duduk dengan kerusi kosong ni. Seram weh. Dah la nak tengok cerita hantu. Mana tahu hantu tu keluar ke. Naya je.



Armel tekun makan popcorn sementara menunggu iklan habis. Orang yang duduk di kerusi kosong pun , tak disedarinya.


"Abang buat apa kat sini ? " soal armel terkejut. Macam nampak hantu gayanya. Eh , buat apa pulak suami aku kat sini. Macam mana pulak lah boleh sampai ke sini. Tadi bukan main penat katanya. Takkan dah segar pulak. Ni mesti kerja sepupu aku ni.


"Tengok wayang. Tak boleh eh ? Heheh. Sampai hati tak ngajak " balas aliff selamba. Pakaiannya pada harini juga agak hipster. Hari hipster sedunia ke apa. Bomber jacket bewarana hitam bersama patches tersarung pada badan tegap itu.



"Sampai hati kata penat bawa berjalan " jawab armel. Eiy , spoil betul lah. Tadi baru je aku nak lupakan dan maafkan. Tapi errgh. Tolong la i need a space okay.

"Berani ke tengok cerita hantu ni ? Ni bukan cerita biasa-biasa tau sayang. Nanti teringat. Wuuu ~ " usik aliff. Jangan dilayan kata-kata armel ni , rajuknya tak hilang lagi.




"Cabar ke ? Mestilah berani. Kalau nak bagi penampar kat abang pun berani sekarang. Nak rasa tak ? " soal armel.


"Nak kiss ? Sayang nak kiss kan sebenarnya. Nak cium cakap jela , abang boleh bagi. Nak dekat mana ? "


Tanpa jawapan atau respons dari armel. Aliff sudah mendaratkan ciuman di segenap wajah. Bibir comel itu juga dipagut seketika.


Armel hanya diam dan melepaskan geram dengan cubitan pada perut aliff. Ya allah gatalnya dia ni. Suka sangatkan cium dekat public. Nasib lampu dah padam. Anak aku entah mana dia letak.



Terkekek-kekek aliff ketawa. Cubit orang lagi ya. Tangan armel pula menjadi sasaran ciuman. Orang belakang dah suruh diam. Shh.... Shh... Aliff mengangguk dan berhenti mengacau armel.


"Anak mana ? " soal armel. Baru sekarang ingat anak ya. Apalah aku ni , lain kali bawalah zhafran sekali kalau merajuk.



"Dalam perut sayang tak lama lagi " balas aliff spontan.

"Loyar buruk ya sekarang ni. Taknak balik dengan abang. Zhafran mana ? " soal armel lagi.



Please follow me !!!!!


Thank you readers ! Rajinkanlah tangan anda untuk vote cerita ni okay. Sis hargai sangat !
Comment kalau nak banyak update lagi ya. Cerita ni banyak yang dah siap. Tapi sis tengok rating. Kalau naik baru update. Thank you sayang semua

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now