Bab 68

1.8K 61 8
                                    

Tayangan drama korea belayar di telvisyen. Hari ini hari minggu , walaupun iqbal mempunyai kerja yang banyak di ofis , dia mengambil keputusan untuk bersama wadiah pada hari ini. Memandangkan wadiah mengalami mual yang teruk pada akhir-akhir ini. Kasihan melihat isterinya keseorangan dan kebosanan. Iqbal sempat menyuruh wadiah membeli barangan bayi online kerana dia risau jika tidak sempat. Nombor pin akaun maybank2u pernah diserahkan. Apa lagi wadiah , cik suami dah bagi green light. Banyak barangan bayi yang sudah dibeli dan disusun di dalam bilik khas.


Iqbal merenung wajah wadiah sedalam-dalamnya. Seri ibu mengandung naik serta merta. Pipi wadiah makin pou. Aih ni geram ni. Ubun-ubun isterinya dikucup mesra. Tumpuannya bukan pada televisyen tetapi dari tadi memandang isterinya.


"Biy kenapa ? Biy tak tengok tv ni kan ? Biy !!! " marah wadiah serta merta. Wadiah cuba untuk bangun. Tetapi tidak mampu. Keadaan perut yang agak besar menghalang pergerakannya yang sedang baring di atas peha iqbal dan iqbal memeluknya kemas.



"Did i disturbing you ? Shh.. Tengok je tv. Biy nak lepaskan rindu dekat sayang ni. Dah lama biy tinggalkan sayang. Let me have you. " bisik iqbal romantik pada telinga wadiah. Tangan wadiah diambil dan digenggam erat.



"Biy kacau sayang ! Hilang mood nak tengok tv. " rajuk wadiah. Bibirnya dimuncungkan serta merta. Yaa this namja disturbing my attention.


"Okay , kalau sayang dah taknak tengok sayang nak buat apa ? Nak makan tak ? Jalan-jalan ? " soal iqbal memujuk wadiah. Wadiah didudukkan. Bahu wadiah ditarik ke dakapannya.


"Biy.... Aduhhh... " adu wadiah mengusap lembut perutnya.


"Kenapa sayang ? Nak beranak dah ke ? Due date bulan depan kan. Apa biy nak buat ni ? Call ambulans ke sayang ? " iqbal cemas melihat wadiah mengaduh kesakitan. Iqbal melihat dress yang dipakai wadiah. Fuuh nasib takde darah atau air ketuban yang pecah.



"Biy !!! Bukan lah. Baby tendang perut sayang. Kuat sangat. The pain so hurting me. Biy... "




"Ouh ye ehh. Okay let me talk to our baby. Anak papa , kenapa ni darling. Anak papa nak makan ke darling ? Darling , nanti dah keluar dari perut mama baru kita main bola ya. Jangan tendang perut mama. Kasihan mama. Mama tak sihat harini. Darling sabar sikit ya. Tak lama lagi kan. Anak papa baik kan. Sayang mama kan. Baby tidur dulu ya. Kejap papa tanya mama nak makan apa. Ni mesti baby craving kan ? " iqbal menggosok perut wadiah lembut. Telinganya ditekap pada perut.




Wadiah tersentuh dengan kesabaran iqbal. Layanan yang lembut diberikan. Tidak pernah lagi iqbal merungut atau mengeluh apabila wadiah merajuk. Kata-kata yang menyakitkan hati juga tidak pernah terlafaz dari mulut iqbal. Inilah dinamakan cinta halal atau cinta selepas kahwin. Sebelum bercinta gaduh bukan main lagi. Tambah lagi si wadiah ni ada angin kus kus. Habis iqbal dicarutnya. Iqbal kena maki. Semua lah kena kat iqbal. Saling menutup rasa sayang lah katakan. Lepas kahwin tengok. Nak berenggang pun tak boleh.


"Sayang nak makan apa harini ? Nak biy masak ? Atau sayang nak makan luar ke ? Nak makan apa sayang harini ? Kasihan anak papa lapar tu. "



"Biy tak tengokkan cerita tadi kan ? Sampai hati biy kan. Biar sayang tengok sorang-sorang. Biy fikir pasal perempuan lain ya tadi ? Biy buat apa tadi ha ? " marah wadiah masih belum surut lagi pada iqbal.



"Sayang , biy fikirkan pasal sayang lah tadi. Okay.  To be honest yes biy tak tengok sangat. Tapi takdela semuanya biy tak tengok. Ada la jugak part yang biy tengok. Perhatian biy dekat sayang tadi. You so attracting me. Tambah lagi bila sayang baring dekat peha biy ni. I love to look to you than the televison. You so pretty sayang. " jelas iqbal.




"Biy...sakit lagiii..... Aduhh " rengek wadiah lagi. Bayi mereka kembali menendang. Sayangilah ibu anda. Pengorbanan mereka mengandungkan anda sungguh besar. Kesakitan yang mereka lalui tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Jangan lukakan hati mereka.  #sayangmak



"Sayang , tengok anak kita marah sayang degil dengan biy. Janganlah marah biy. Lepasni biy tengok ya. Sayang nak makan apa ni ? Anak kita craving tu. Apa sayang craving ni ? Nanti anak kita meleleh air liur dia bila keluar. Okay , i'm sorry. " pujuk iqbal lagi. Rambut wadiah digosok mesra.


"Mcdonald. Starbucks. Nak makan double chicken burger dengan greean tea latte. "



"Sayang,  fastfood tu sayang. Sayang makan sikit je tau. Jangan lebih-lebih. Lepas sayang pantang baru biy belanja sayang makan banyak-banyak ya. Please sayang "

"Okay. Biy... Sayang.. "  wadiah menyembamkan mukanya pada dada iqbal. Tangannya melingkar pada pinggang iqbal. Wadiah menangis tersedu-sedu. Entah kenapa tiba-tiba hatinya rasa sayu dan sedih. Tambahan lagi bila iqbal rapat-rapat dengan dirinya. Baju biru laut yang dipakai iqbal basah dek air mata yang keluar.



"Sayang , lepaskan apa yang sayang rasa. Biy tunggu ya. " pujuk iqbal mengusap belakang badan wadiah. Ubun-ubun isterinya dicium lama.


"Biy.... Sayang minta maaf " wadiah mencium genggaman tangan iqbal.


"Kenapa ni sayang ? Biy ada buat salah ke ni ? Biy silap cakap ye ? Biy ada guriskan hati sayang ya ? Tell me why sayang. Hati biy tak tenteram tak tahu kenapa sayang menangis ni. Sayang rasa sakit lagi ya ? Kalau biy boleh buat.  Dah lama biy alihkan bayi kita tu. Biar biy yang mengandung. "



"I love you biy. Terima kasih jaga sayang dengan baik. Biy tak pernah marah sayang , sayang tahu sayang banyak susahkan biy selama ni. Biy banyak sabar dengan perangai sayang. Sayang terharu sangat dapat suami macam biy "

"Lah , sayang. Jangan cakap macamtu. Biy ikhlas okay. I love you too sayang. Setiap inchi kehidupan biy , biy maafkan sayang. Perangai sayang semua tak sakitkan hati biy. Tapi... Mewarnai hati biy. "

"Yeke ni. Tapi kan.. Masa kat kelantan haritu. Sorry ya biy. Sayang yang sorok kasut biy dekat sungai. Sayang jugak yang sengaja tolak biy dalam sungai sampai biy demam. "


" Haa mengaku jugak ya sayang. Takde apalah sayang. Kita bergurau je tu. Biy tak marah. Sayang ada nampak biy marah. ? Takde kan. Masa biy demam pun , biy still senyum-senyum dengan sayang kan ? Takde hal lah perkara tu sayang. Sayang jangan banyak fikir tau. Kita fokus dekat baby kita je sekarang ni okay. "



"Jom keluar. Sayang bosan lah duduk rumah. Biy bukan selalu bawa sayang keluar. Nak keluar sendiri tak boleh. Nak keluar demgan armel pun tak boleh. "




"Tapi.. Biy nak ke suatu tempat lah. "

"Alaaa , tadi cakap cuti harini. Tipu ! Taknak kawan "

"Biy nak ke hati bidadari syurga depan mata ni. Boleh ? "


"Always can biy. Pandai ya cia cia sekarang ni. Siapa ajar biy ni ha ? "


"Aliff ajar. Semalam kan , biy pakat dengan dia , biy suruh dia kurung armel jangan bagi keluar dengan sayang. "


"Haaa what ? Ni kerja biy ? Sampai hati kan. Tapi takpela nanti armel datang sini. Biy izinkan kan ? "


"Hahahah , ye biy izinkan. Tapi kalau sayang nak keluar tanpa biy. Biy tak bagi. Biy takut apa-apa jadi dekat sayang nanti. Biy taknak menyesal di kemudian hari. "


"Yeahh. Jom la keluar. Biy.  Ambil roti kat dapur kejap. Nak milo suam. Lapar lah. Sementara nak tunggu biy siap lama. "



"Aik perli biy ya. Okay sayang. Nah ambil phone biy ni. Biy baru download lagu bts. Jangan menari , jangan bangun , jangan menjerit. Duduk atau baring je biy bagi. Jangan ingkar arahan biy okay. "


"Aip aip kapten " wadiah mengangguk faham.



Vote
Comment for more update.
Please follow me for more story. Thanks kepada semua readers.
I love you guys.

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now