Bab 101

1.4K 65 5
                                    

"Sudah dibuang orang apa lagi yang mahu dibuat. Sembuhlah hatiku kembali. " omel armel sendirian semasa menunggu flightnya tiba. Dari tadi flight delay geram tahu tak. Aku dahla mengantuk tahap abadi ni.


Tujuan armel di lapangan terbang adalah untuk membawa hati yang luka ini terbang jauh. Semestinya korea ! Untuk berjumpa dengan kawan baiknya. Prof suhaila ! Mungkin ini sahaja cara untuk melupakan "si dia " .


"Sayang , nak pergi mana ni ? Dengan beg bagai ? Tak ajak abang pun "

Suara seorang lelaki mengeluh di sisi armel. Armel berpendapat mungkin angan-angannya sahaja. Tidak mungkin aliff akan mengejarnya dan menghalang. Kalau ya pun , aku tidak akan terima. Hati aku berdarah !

"Sayang ? Dengar tak abang cakap ni ? Lantai tu hensem sangat ke ? " soal aliff dengan cemburu.

Dengan lantai pun nak cemburu. Yalah , muka aku yang kacak ni taknak dilihat. Dari tadi duk usha lantai.


Armel menoleh skrin , hatinya bersyukur! Flight dah sampai yeyeyy. Armel bangun dann menolak bagasi yang ada.


"Sayang ! " Tangan armel digenggam erat.

Pergerakan armel terbatas. Kakinya tidak dapat melangkah lagi. Terasa kehangatan tangan kasar lelaki itu.

"Lepaslah. " armel cuba sedaya upaya merentap tangan lelaki itu. Sungguh dirasakan salah jika lelaki yang bergelar suaminya itu menyentuh dirinya.


"No ! Jom ikut abang balik. Or kita pergi honeymoon dekat korea ? " soal aliff. Ya allah sembab mata isteri aku. Sebab aku semua ni. Aliff menyalahkan dirinya di dalam hati.


"Jangan pernah berangan. Security !!! Hellppp !!! " armel menjerit sekuatnya.


Semua orang yang berada di situ membantu armel. Aliff ditarik keluar dari lapangan terbang itu.


Armel menghembuskan nafas lega. Mengacau je. Lepas satu bebanan.

"Mummy , zhaf nak ikut "

Kelihatan zhafran menunjukkan passport dan tiket penerbangannya.

"Boleh sayang. Siapa beli tiket zhaf ni ? " soal armel pelik. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Takkanlah zhaf beli sendiri. Banyak duit zhaf.

"Nenda " zhafran memegang tangan armel erat.

Mereka berdua melangkah ke balai perlepasan. Selamat tinggal malaysia. Andai hati sudah pulih , aku akan kembali kepadamu.


"Mummy , kesian daddy. Semalam daddy menangis. Daddy cakap , daddy menyesal. " ujar zhafran petah.

"Zhaf , telan dulu. Masa mulut penuh jangan cakap. Nanti tercekik. " pesan armel. Nasib ada point nak tukar topik.

Sepanjang penerbangan , armel banyak membaca quotes di dalam telefon pintarnya. Sampai satu tahap armel melepaskan semuanya. Armel lega. Semuanya sudah berlalu.

"Mummy , kita nak pergi rumah kak su eh ? " soal zhafran.

"Haah kak su. Zhaf suka tak ? Kak su baik tak ? " usik armel dengan sengihan. Zhaf ni suka gila dengan kak su tu. Yelah , suhaila tu jenis suka layan budak-budak. Mainan ? Inilah benda yang selalu dibagi pada budak-budak. Nama je professor , sebenarnya perangai kat luar macam guru tadika hahahhha.



"Baik :) macam daddy. Zhaf saaaaaaaayaaaang kak su. Kita tinggal kat sana lama-lama tau mummy. " zhafran mengunyah coklat dengan tekun.


"Sayang kak su je ? Mummy ? " usik armel. Sengaja wajahnya dimasamkan.

"Sayang mummy jugak. Zhaf sayang mummy dengan daddy. "
Pipi armel dikucup tanda kasih sayang anak kecil itu.

Dari tadi zhafran asyik menyebut lelaki itu. Aku tidak kuat untuk mendengar nama itu berulang kali.

Penerbangan yang mengambil masa enam jam , selamat mendarat di incheon airport.


"Sejuknya mummy. " zhafran menggigil kecil.

Di korea sekarang musim luruh. Angin yang kuat menampar tubuh anak kecil itu.

"Meh sini mummy dukung. " tubuh zhafran dipeluk erat.

"armel ! " Suhaila lari dari jauh. Ting tong betul si suhaila ni.


"Weii , apa khabar ? " soal suhaila girang. Wajah zhafran yang seakan aliff membuatkan terpacul keluar soalan mengenai aliff. "Aliff mana ? "

"Alhamdulillah sihat. Em dia... " armel sudah mati kutu untuk menjawab. Habislah aku !

"Kau gaduh eh ? Aku tahu. Aku kenal kau bukan sehari beb. Ni mesti ada apa-apa kalau kau datang sini"soal suhaila. Macam tak kenal sahabatnya, kalau terbang jauh-jauh mesti ada yang tak kena.


"Nanti la aku story. Tak menyempat betul minah ni. Dahla aku lapar. Aku nak makan kimchi. Annyeong!!! " armel melompat kegirangan.



"Itu je kau hafal eh ? Zhafran rindu akak tak ? " pipi zhafran dicuit.



"Rinduuu" zhafran membuat mini love.


Restoren tradisional halal yang terkemuka di korea dituju. Pelbagai jenis makanan dipesan untuk dijamu.

"Weh aku nak cari kerja ada tak ? Mana tahu stress aku boleh hilang ? aku bukan apa , kalau aku duduk tak buat apa-apa , aku akan teringatkan dia. Aku tak kesah gaji berapa. Aku just nak sibukkan diri. " terang armel.


"Haa kebetulan , syarikat sebelah kampus aku ada kekosongan. Zhafran kay dah daftar sekolah ? " soal suhaila pula.


Apa jua yang terjadi , pelajaran tetap diutamakan. Zhafran anak yang bijak. Dia seharusnya mendapat didikan yang sempurna.




"Dah , aku pening la. Jom balik. " armel bangun dari kedudukannya.



Setibanya di rumah suhaila. Armeo merebahkan dirinya pada katil yang empuk.

Su meletakkan tanggannya pada dahi armel. Panas ya amat ! Kalau goreng telur pun boleh. Ni mesti kes menangis sepanjang hari.
"Kau demam ni "


"Aku okay. Aku nak tidur je " armel memusingkan tubuhnya.

Keadaan di Malaysia pula.

"Ayah ...." Aliff pulang ke rumah ayahnya di segamat johor.

"Kamu kenapa ni nak ? " ayah risau melihat aliff yang kemurungan.

"Armel..." Sayu aliff melontarkan perkataan.


"Kamu ni macam orang hilang bini dengan anak. Cuba cakap elok-elok apa yang terjadi. "


"Armel tinggalkan aliff. Zhafran pun ikut armel. Aliff sepi. Ini semua salah aliff. Aliff yang lukakan armel. Aliff dera dia. Aliff kejam ! " aliff terduduk lemah. Rambutnya menjadi kusut masai


"Bangun nak. Sampai bila nak jadi macam ni. Pergi cari dia. Minta maaf. Dia tengah panas sekarang ni. Ayah kenal menantu ayah. Dia baik orangnya. Usaha sehabis baik. Pujuk dia elok-elok. Kamu kan pandai dalam bab bercinta ni. " ayah tertawa nipis.


Seukir senyuman muncul pada wajah aliff. Semangat baru sudah muncul.

Misi memujuk isteri pulang !





Assalamualaikum w.b.t (tak jawab dosa heheg ) dan selamat sejahtera(for non muslim).

Btw , thank you semua readers:))) sorry sangat tak dapat update selalu. Sis takde mase. Cuti sekolah panjang sis akan update okay.


I love you guys. Keep suport okay. #positivevibes.


Spam comment "update lagi please " kalau nak double update.


My ig : my.suhaila

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now