Bab 79

1.6K 70 5
                                    

Belum sempat kaki aliff melangkah masuk ke pintu dapur. Badannya ditarik kasar dari belakang. Mulutnya dikunci menggunakan tapakan tangan. Termengah-mengah si penculik ni.


Siapa lagi penculik comel ni kalau bukan tengku armel diana. Perbuatannya begitu bagi menghalang aliff untuk masuk makang tengah hari. And , aku dengar lina join sekali. Memang taklah nak sakitkan hati sendiri tengok suami kena dengan ulatbulu. Lebih baik aku bawa aliff keluar makan je. Takdelah sakit hati. Armel sudah mempunyai idea bernas untuk lari keluar. Memandangkan alifg baru kena gigit dengan kerengga , so boleh la kata nak pergi klinik.



"Aikk , kenapa ni sayang ? Tepi , tepi. Abang nak masuk makan gulai asam pedas. Mmm sedap ! Sayang segan ya ? " teka aliff. Ni mesti taknak jumpa lina tu. Takpe sayang , abang faham sebenarnya tapi abang nak usik sayang heheh.



"Eiy mana ada ! Kita pergi klinik ya , abang bukan sihat lagi. Gatal lagi kan badan ? Abang pergi masuk ikut pintu depan , ambil kunci dan tunggu sayang dalam kereta. Jangan masuk dapur ! Kalau berani buat. " arah armel melepaskan pegangan erat tangan dan menolak badan aliff agar terundur ke belakang.



"Lah lepasni kita pergi la klinik. Abang nak makan dulu. Lapar gila ni. Boleh la sayang bagi abang makan dulu ya ? Kita makan la kat depan , tengok tv okay. Abang nak sangat makan gulai asam pedas ayam tu. Teringin sangat. Kita abaikan jelah lina tu. " pujuk aliff pula. Air liur nya hampir meleleh apabila membanyangkan asam pedas yang dimasak oleh mak andak. Kuah yang likat serta ditambahkan rasa masam , pedas memang cukup menyelerakan. Tambahan lagi dimakan dengan hati yang panas , eh silap , nasi yang panas.



"Abang... Lain kali sayang masak la gulai tu....  Jom laaa pleasee... Abang nak tengok sayang sakit hati eh ? " rajuk armel memalihkan wajah ke kiri. Malas nak tengok encik lesung pipit ni , orang dah elakkan gadug or cemburu dia pulak nak adakan. Bersyukur sikit isterimu bijak untuk mengelakkan pergaduhan.



"Armel , aliff. Buat apa lagi tercegat depan pintu ni , kejap lagi sambung bersweet ye. Mari makan. Mak andak masak speciak untuk anak buah mak andak harini. " pelawa mak andak.



Armel tidak mahu mengecewakan hati mak andak. Takkan sebab lina mak andak kena tempias. Kena jugaklah tabahkan hati melalui dugaan berat ini.



Pinggang aliff dipaut. Bukan sekadar dipaut , malah dicium berkali-kali. Pada kebiasaannya taknak buat pun , tapi bila nampak lina usha padu , apa lagi , balas balik la. Tadi gatal sangat pegang hak milik orang kan.



Aliff bagai merelakan dan membalas kembali. Bahu isterinya dipaut dan ubun-ubun dikucup. Tiba-tiba manja semacam je sayang ni. Oh lupa ada musuh ketat dia kat sini.


"Abang aliff , nah nasi. Lina dah bubuhkan. " hulur lina sepinggan nasi panas. Aliff hanya tersenyum dan teragak-agak untuk menyambut huluran itu.



Armel menepis tangan aliff dan menyambut huluran itu. " thanks , suami saya kan , jadi biarlah saya yang bubuh. " larang armel sekerasnya. Nasi yang dicedok oleh lina diletakkan di tepi. Biar pak andak makan. Mana tahu ada dibaca-bacanya ke. Tak ke haru nanti kehilangan encik lesung pipit. Nauzubillah himinzalik.



"Sayang ..." tegur aliff. Aliff seorang suami yang menjaga perilaku isterinya. Tugas seorang suami mendidik isteri ke arah jalan baik. Memang wajar tindakan aliff menegur kata-kata armel.


"Nak kuah ? " soal lina tidak putus asa lagi. Hish , sibuk je dia ni. Suami tak kata apa , kau pulak yang nak marah aku ya. Kau tunggu armel. Aku boleh buat aliff bencikan kau separuh mati lah. Kau jangan nak berlagak sangat.




"Erm , takpelah , isteri saya ada. Isteri saya mampu lagi melayan saya. Kan sayang ? Awak bila nak kahwin ? Cepat-cepatlah kahwin, agar hilang fitnah perhubungan. " nasihat aliff. Sengaja mahu menyedapkan hati armel yang memandangnya bagai memberi hint.



"Kahwin ? Saya memang nak kahwin. Tapi tula calonnya tak ada. Kalau awak sudi boleh lah masuk meminang. Saya tunggu. Kuota awak ada tiga lagi kan ? Saya nak lelaki macam awak. " ujar lina dengan berani.



"Saya ? Cukuplah tengku armel diana yang memenuhi ruang hati saya. Saya tak perlukan siapa-siapa lagi. Armel cukup bahagiakan saya. Kalau ditawarkan bidadari pun ,saya taknak , sebab armel bidadari syurga saya. " Aliff menjawab dengan tenang. Tidak terkesan langsung kata-kata lina kepada dirinya.



Armel tersenyum puas. Thanks abang.! Ucap armel didalam hati.
Gembira hatinya , aliff memuji dirinya. Armel mengambil perkara ini sebagai satu janji dan kata-kata romantis. Oh so sweet encik lesung pipit. Sebuah ciuman ikhlas diberikan di pipi kiri aliff. Muah ! Sayang abang !



Lina terkedu dan memandang sinis ke arah mereka berdua. Lek lah ,orang lain pun kahwin jugak. Takdela gedik macam armel ni. Beria cium suami depan orang. Eleh,  macam aku tak boleh nak ada suami. Kau tunggulah aku kahwin dengan suami kau. Baru kau rasa macam mana nanti.



"Sayang , suapkan abang ? Tangan abang kebas lah kena gigit serangga tu tadi. Kita makan kat ruang tamu lah. Takut nanti , ada orang muntah " aliff membawa pinggan dan cawan. Mereka berkongsi makanan. Malas nak basuh pinggan bagi armel hahaha. Bagi aliff , dengan berkongsi makanan sesama suami isteri dapat mengukuhkan hubungan dan melaksanakan sunnah rasulullah.




"Okay abang. " armel mengekori aliff ke ruang tamu. Lina dipandang sekilas. Ternyata lina kegeraman. Bagai nak pecah cawan digenggam. Hey sedar sikit kau tu dekat rumah orang , jangan suka hati nak pecahkan cawan orang. Pecah ganti ya gila !


Harini hari kau , esok dan selamanya hari aku. Aliff akana jadi milik aku. Kau siap sedialah lah perempuan. Hati lina mula menyumpah armel.


"Zhafran dah bangun. Macam mana tidur okay ? Nak makan tak ? " armel mengusap rambut zhafran yang baru keluar dari bilik. Zhafran baring di riba armel.


"Nice nap. I don't want to it that. Spicy mummy. " ujar zhafran melihat warna kuah kemerahan itu. Zhafran juga terkedu melihat daddy nya berselera makan. Sedap sangat kut.


"Okay , than lepas ni kita bawa daddy pergi klinik. Mummy belikan zhafran makanan yang zhafran nak okay ? Promise " armel mengangkat jari kelingking.

Zhafran menautkan jari kelingking mereka. Dia tersenyum. Pada kebiasaannya biasalah budak-budak , nak tidur menangis , bagun tidur menangis. Bergantung kepada ibu bapa yang pandai mengawal anak-anak. Armel pandai memujuk zhafran agar berhenti dan tidak menangis.



"Sayang nak ? " aliff menyuapkan nasi yang digaulkan bersama ayam dah kuah asam pedas ke dalam mulut armel.



Armel mengunyah dengan perlahan. Ya allah sedapnya rasa , lain macam weh. Mungkin nikmat air tangan suami yang masuk ke dalam mulut. Serius lain rasanya. Sedap lain macam.



"Nak lagi ? " minta armel. Selalunya tak nak pun makan banyak-banyak. Tapi bila aliff yang suap guna tangan. Rasa seperiuk nasi kat dapur tu boleh habis.

"Sedap kan sayang ? Tambah lagi abang yang suapkan. Lepasni setiap hari kalau kita makan sama-sama kita bergilir suap tau. Kat rumah jele , nanti kat luar orang cemburu hehe. " ujar aliff menyambung suapan ke dalam mulut armel.



Armel mengangguk. Mulutnya sudah penuh. Tahulah tangan tu besar janganlah sumbat banyak-banyak tercekik nanti.


"Sedap sangat. Thanks abang. " ujar armel. Happy nya kena suap harini. Kenyang dengan keberkatan suami. Heheh.







Thank you readers ! Please follow me sayang ! Jangan lupa tekan vote okay !! Comment banyak-banyak kalau nak banyak update !

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now