"Abang , boleh tak stop pretend like nothing happen. Lepaskan tangan sayang now ! You make me feel like crazy. " dengus armel kasar. Tangannya ditarik dan disorokkan di belakang.
"Tak nookkk , seriously you feel crazy about me ? Crazy love lah tu ya sayang. Alolo buchuk buchuk abang ni. Meh sini peluk-peluk " hujung tudung armel ditarik sedikit.
Habis renyuk dibuatnya. Chiffon shawl cepat renyuk weh. No i mean berkedut. Habis la rosak gambar kalau selfie ni. Tangan tu gatal sangat usik tudung aku ni. Dah la susah nak dibentuk. Memang pantang mak datuk aku kalau orang usik tudung aku.
"Abang ! Habis rosak tudung sayang abang buat ! Macam nyamuk lah abang ni. Dasar serangga perosak ! Haish " cermin dikeluarkan dari tas tangan. Dah la cermin jenis hand on. Kena ada someone pegang.
"Pegang cermin ni. Tula rosakkan tudung orang lagi. Ingat senang ke nak betulkan tudung yang dah rosak ? Abang ni suka-suki je tarik tudung orang. Kalau abang perempuan dah lama sayang tarik balik tudung abang ! Baru rasa sakit hati tu macam mana. " bebel armel. Mukanya merah bak tomato. Rasa nak dikunyah-kunyah lesung pipit yang terhidang di pipi tu. Boleh pulak senyum-senyum ya.
"Tak yah guna cermin. Abang betulkan ya. I know about your shawl. Sayang ingat tak abang pernah pakaikan sayang shawl. Abang lilit sendiri kan. So this time i will show my skill's. Close your eyes okay. I will make it. "
Armel menutup mata. Tangannya disilangkan di belakang. Malas nak buka mata. Of course jarak muka mereka hanya seinchi. Deruan nafas aliff juga dapat dirasakan. Malah bau perfume perisa vanilla sudah menerokai rongga hidung. Hurmm.. Nice feel.
"Jangan buka selagi abang tak suruh. Nak pakai lipstick tak ? Macam dah kering je bibir sayang ni. Ouh , sayang kena pakai lipbalm. Abang buka beg tangan sayang tau "
Armel hanya mengangguk sambul menikmati sentuhan tangan kasar suaminya pada wajahnya. Sungguh mendamaikan. Kadangkala armel tersipu malu kerana dia dapat membayangkan wajah aliff didepannya.
Tangan aliff ligat membetulkan chiffon shawl yang tersarung. Beberapa pin disematkan pada bahu. Sempat dia mencubit pipi gebu milik cinta hatinya. Tidak lupa juga pelembap bibir dioleskan pada bibir armel. Jarinya teragak-agak untuk menyentuh bibir armel. Takut dia tidak dapat menahan nafsu kelakiannya. Terasa kulit lembut pada bibir itu cukup menaikkan nafsunya. Aliff mengucap panjang di dalam hati. Rasa nak gigit je bibir perisa strawberi tu.
"Dear my sweet heart. You can open your eyes now " aliff tidak menjarakkan wajahnya semasa menyuruh armel membuka mata. Sengaja mahu mengusik armel. Mahu melihat aksi terkejut armel.
"Abang ! " wajah aliff ditampar perlahan. Terkejut benar jantungnya apabila mata dibuka , wajah aliff terpampang dengan jarak satu sentimeter. Gila tak terkejut. Kalau ada heartattack mungkin dah ke batu dua.
Sebab tu lah aliff berani terkejutkan aku. Sebab aku takde sakit jantung. Kalau aku ada mesti dia tak buat. Takut kehilangan cinta hati la tu.
"Aduh , pijar pipi abang ni. Sakitnya sayang tampar abang. " tangan aliff ligat mengurut pipinya. Mana ada sakit sangat sebenarnya. Tapak tangan pun kecil. Lagipun tak kuat langsung. Hehe. Taktik memujuk.
"Pijar ? Nak ke klinik ke ? Sorry abang ! Sayang tak sengaja. Siapa suruh abang rapatkan muka abang macam tu. Abang tahu kan yang sayang mudah terkejut. Kenapa buat ? Sorry eh " pipi aliff diusap lembut. Tangan aliff dikucup tanda minta maaf disebabkan kejadian tadi.
"Maaf ? Sayang maafkan abang tak fasal kenduri tu ? Abang bukan tak nak bagi tahu sayang. Tapi abang pun hampir lupa. Ummi bagi tahu abang pun last minit. Sayang janganlah marah fasal tadi. Yes , abang mengaku salah abang. Abang bukan nak belakangkan sayang. But , abang taknak sayang susah-susah nanti. I'm your husband. " pinggang armel dipeluk erat. Belakang badan armel diusap apabila bunyi esakan kedengaran. Lahai nangis ke.
"Abang nak ceraikan sayang.... Sampai hati kan ? Sayang , sayangkan abang sangat-sangat. abang nak kahwin dengan orang lain. Huwaaa... " armel menangis di dada aliff. Pelukan di pinggang aliff juga dieratkan. Hatinya sebak apabila aliff mahu melafazkan cerai. Hati isteri mana tak terluka ? Suami yang tersayang berhasrat lafazkan cerai. Aku sabar je dari tadi.
"Sayang... Abang sayangkan Sayang sangat-sangat. Abang takkan kahwin dengan orang lain. Abang akan still dengan sayang walaupun ombak besar yang datang. Sayang cinta pertama dan terakhir abang. Abang minta maaf sangat. Abang tak berniat. Abang just nak ugut sayang like that je tadi. Abang tak terdetik langsung nak ceraikan sayang. It never happen sayang. Sayang... Again abang minta maaf sangat-sangat. Abang tahu sayang terluka. Don't cry okay baby. Tudung sayang habis kedut balik. Tadi dah lawa abang buat "
"Sayang sakit hati sangat. Sakit sangat-sangat. Sanggup abang ugut sayang sampai ke tahap macam tu. It's hurts me a lot. Hati sayang bagai dihiris-hiris. Abang hampir ceraikan sayang tadi. Abang buat macam tu. Abang memang nak ceraikan sayang. "
Armel meluahkan perasaan yang dipendam dari tadi. Ya aliff nak ceraikan aku tadi. Hampir weh hampir. Sampai bila hubungan aku macam ni. aliff berani jatuhkan talak anytime. aku takut , aku takut sangat.
"Sayang , abang sembuhkan sakit hati sayang okay ? Walaupun susah nak ubat. Tapi mesti ada jalan penyelesaiannya. We will still together. We love each other kan. So jangan macam ni. Sayang kena support abang jugak. Buangkan rasa marah abang. Abang lost control sangat tadi. "
Aliff meraup mukanya kasar. Haa sudah puteri gunung ledang merajuk. Kenapalah mulut ni suka sangat keluar macam-macam. Aku dah bayar insurans kot. Tapi still ada kata-kata yang sakitkan wife sendiri. Nak kena gam mulut ni agaknya. Kasi diam sikit.
"Sayang tak tahu sampai bila boleh bertahan dengan abang. You are so annoyed tho. "
Please follow me !!!!!!
Thank you readers. Silent readers please vote. Active readers please comment. Sis hargai sangat dan love sangat dekat readers yang rajin komen tu. Thank you sayang !
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...