"Sayang , bangun " Kejut aliff.
Amboi kalau dapat tidur. Memang tak ingat nak bangun buah hati seorang ni.
"Em..." Armel menyembamkan wajahnya pada aliff. Nak cuddle la tu.
"Jom , nanti kita lewat ambil zhafran. Merajuk pulak anak teruna kita tu " Aliff mengusap kepala armel.
"Ha ? Dah pukul berapa ni ? Abang ni , kan sayang dah cakap semalam kunci jam. Abang taknak. " Risau armel dibuatnya. Sebab hari ini nak ambil zhafran dari rumah Umi.
"Gelabah lagi. Baru 4 pagi la sayang. Jom qiamullai. Lama kita dah tak qiamulai sama-sama. Jom ambil wudhu. " Tegas aliff berkata-kata.
Tugas seorang suami , yes bimbing keluarga ke Jannah.
"Kejap lagi ? 5 minit je. Mata sayang berat lagi. Ni. 5 minit je ok. " Armel melelapkan matanya kembali.
Aliff mengangguk dan sabar menunggu lagi. Tidak mengapa , kalau Armel betul-betul penat.
Setelah lima minit berlalu. Armel tiada ura-ura nak bangun dari tidur. Nampak makin lena.
"Sayang ? Dah lima minit jom. " Pipi armel dikucup seketika.
Nampak senyuman dari bibir Armel. Amboi suka la tu dapat morning kiss dari suami.
"Thanks abang " Armel menggeliat seketika dan berlalu ke tandas.
Sepanjang qiamulai berlalu. Sungguh hiba dirasakan. Getaran jiwa armel tidak dapat dibendung. Air matanya sering mahu tertumpah. Ya allah banyaknya khilaf aku. Lelaki di depan aku ini , suami aku. Syurga aku. Mengapa aku selalu derhakan padanya. Selalu ikut hati dan perasaan negatif.
Aliff menadah tangan. Doa yang ikhlas dari sudut hati dibacakan. Apa yang dimahukan hanyalah kebahagiaan bersama ahli keluarga dan isteri tercinta.
Aliff mendengar Armel sudah teresak-esak di belakang. Haih isteri aku ni. Comel betul! Armel... Nampak je keras. Padahal hati tisu. Usik sikit menangis.
Aliff tidak membuat apa-apa. Dia hanya merenung armel. Biarlah armel puas melepaskan semuanya dahulu.
Erk , dia ni tak nak pujuk aku ke. Peluk ke apeke. Duduk renung je. Sampai hati abang ! Omel hati armel. Dia menjangkakan aliff akan memeluknya dan menenangkannya.
Armel bangun dan membuka telekung yang dipakainya. Mulutnya sudah membebel secara senyap.
"Sayang ? Tak nak salam abang ? " soal Aliff yang menahan ketawa.
"Tak mau " Armel keluar dari bilik itu. Kedengaran Aliff ketawa berdekah-dekah. Apa yang kelakar sangat ? Aku merajuk ni. Hurm.
Armel menapak ke halaman rumah. Pili air dibuka untuk menyiram pokok bunga. Banyak pokok bunga yang ditanam oleh Aliff. Warna-warni!
"Sayang" Aliff memeluk armel dari belakang. Pipi armel dicuit sedikit.
Armel sengaja membiarkan. Dia lebih fokus menyiram pokok bunga.
Aliff merampas paip di tangan armel. Paip itu dicampak ke bawah. Amboi gaya gengster.
Armel hanya menjulur lidah dan mengambil paip itu kembali.
Aliff berdiri di hadapan armel. "Bak sini paip tu. Jom masuk. Kejap lagi sambung "
"Takmau , tepi la abang. Kalau tak sayang basahkan abang. " ugut armel dengan idea nakalnya.
"Cuba la. Abang gigit bibir tu karang " Balas aliff pula.
"Ooo cabar ya. Haa rasakan. Hahahahha " gelak armel terkekeh-kekeh.
Habis basah lencun aliff. Sudah macam drama hindustan dibuatnya. Macam-macam pasangan couple ni punya idea.
"Sayang mana aci ... Abang seorang je yang basah " Aliff cuba merampas paip itu.
"Hahaha padan muka " Armel lari dari Aliff.
"Bagi abang sekarang !" Aliff geram kerana dia seorang sahaja yang basah lencun.
Aliff tertolak armel. Kepala armel terhantuk pada pasu bunga.
"Ya allah , sorry sayang. " Ujar aliff cemas. Banyak darah menitik. Gayanya macam koyak dalam.
"Esk...esk...eskk sakit.... " Adu armel. Kepalanya rasa berpusing. Tiba-tiba dunianya gelap. Aku dah mati ke ? Kat mana ni ? Armel mula menyoal dirinya. Argh , sakitnya datang kembali.
"Sayang ! " Aliff mendukung Armel ke dalam rumah. Doktor peribadi ditelefon.
Setelah selesai segala perubatan. Doktor Suzana menerangkan segala hal berkaitan Armel.
"Dia mengalami amnesia. Dia hanya ingat peristiwa 2 tahun lepas sahaja. Saya harap encik tidak memaksa dia untuk ingat semuanya. Rawatan rapi perlu dibuat. Hentakan tadi terlalu kuat. Sehingga menyebabkan memorinya terganggu. " terang doktor.
"Ya allah , kalau dua tahun lepas. Maksudnya time abang hakimi mati. Ya allah , dugaan apa lagi ini. Aku... Armel akan benci aku. " Aliff sudah risau apabila armel sedar.
"Bila armel akan sedar ? " soal aliff.
"A few hours dia akan sedar. " Ujar doktor itu. Tugasnya sudah selesai dia beransur pulang.
"Sayang , jangan lupakan abang. Abang tak nak sayang ingat bad memories kita. " Bisik aliff.
Berkerut-kerut wajah armel. Armel sedang bertarung untuk keluar dari dunia yang dia sedang bermimpi. Diibaratkan tengah lawan koma.
"Hah ! " Armel terus terduduk drastik. Dahinya terasa pedih. Ada balutan luka. What ? Macam budak-budak la aku ni. Dia memandang ke persekitaran. Rumah siapa ni duh ? Erk , lelaki mana pulak ni. Aku baru 20 tahun. Takkan dah ada suami. Ish merepek.
"Sayang ? " Aliff memeluk armel. Ubun-ubun wanita itu dikucup.
"Woi gila ke ? Kau aliff ! Kau nak apa lagi ha ? Kau nak rogol aku ? Tolong !!!! " jerit armel. Dia terus melompat dari katil itu. Eiuw , tidur dengan lelaki mana ni. Mana ayah , umi ? Weh apa ni…
"Come here sayang. Abang suami sayang. Sayang amnesia. Ni bukti kita kahwin " Aliff menunjukkan sekeping gambar dan cincin pada jari mereka berdua.
"Tipu ! Ya allah sakit balik " Armel rebah kembali.
Aliff mencempung Armel ke katil. Hatinya sudah risau. Apa akan terjadi selepas ini pula.
"Abang ! " Armel terjaga sekali lagi. Kali ini dia dapat ingat semuanya.
Tetapi kata doktor dia akan ingat dan akan lupa kembali. Amnesia yang tidak terlalu kuat tetapi membawa kesan yang besar dan bahaya.
"Sayang , please terus ingat abang..abang sayangkan sayang sangat. Jangan lupakan abang " tubuh armel dipeluk.
Armel terasa sakit kembali pada otaknya. Tubuh aliff ditolak kasar dan dia menjauh. Armel menangis di bucu katil kerana menganggap Aliff telah merogolnya.
"No sayang , abang tak buat. Kita suami isteri. " Jelas aliff.
"Penipu ! " Bantal dibaling ke arah aliff.
Auch , orang sakit pun bukan main kuat. Yela dia amnesia je bukan patah tangan.
"Awak nak apa dari saya ni ? Ayah tolong kakak! Jerit armel
"Ayah sayang dah takde. Arwah tan sri razman " ujar aliff lirih. Kasihan melihat armel. Pasti armel mengalami kemurungan kerana kena terima semuanya kembali.
"What ? " Armel bingung.
"Meh sini abang ceritakan semuanya. " Peha kakinya ditepuk mengajak armel duduk. Selalunya kalau bab cuddling armel la paling pakar.
Kali ini dibuat muka nak muntah. Huish ! Sabar lep sabar.
![](https://img.wattpad.com/cover/103142052-288-k679402.jpg)
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...