Bab 80

2K 67 7
                                    

Rancangan didi and friends menjadi tontonan mereka pada hari ini. Bukan main seronok menari zhafran. Siap ikut sekali lirik nyanyian. Bukan sahaja anak , ibu bapanya juga. Armel tersenyum girang melihat zhafran menyanyi. Aliff turut menyanyi. Geli hati melihat teletah mereka.


Lina mengintai dari dapur. Hatinya bagai dicucuk dengan kayu berbara. Kebahagiaan rumah tangga armel membuatkan kebenciannya lagi bertambah.


"Mak andak , lina balik dulu ya. Ibu nak beli barang sikit katanya tadi. Terima kasih ya mak andak pelawa lina makan kat sini. Mak andak masak sedap gila hari ni. " lina memeluk wanita puluhan umur itu dan berlalu ke ruang tamu. Sengaja seliparnya diletakkan di pintu hadapan. Walaupun jauh dia sanggup , demi aliff dan untuk menyakitkan hati armel.


Mak andak sekadar mengangguk kerana sedang menguli doh onde-onde. Makanan petang yang ringkas dan sedap.

"Abang aliff , lina balik dulu ya. " ujar lina menghampiri mereka.

Nak balik , balik jela rumah. Apahal nak bagi tahu suami aku pulak. Kau takde mengena okay. Menyibuk je dia ni. Komen armel didalam hati.


Aliff tidak menjawab dan tidak mengeluarkan sebarang reaksi. Dia hanya menumpukan kepada zhafran yang sedang duduk di riba.

"Abang , i love you very much. Next month abang nak bawa sayang pergi korea kan ? " armel memeluk aliff dari tepi.

"I love you too sayang. Haah , nak pergi korea , sayang nak pergi musim bunga kan ? Nanti kita upah phothographer untuk ambil gambar okay. Lawa lah sayang harini " pipi armel dicuit dan dikucup.



"Tak malu ke depan orang buat macam ni ? " soal lina sinis. Gatak gila nak mampus. Menyemak je buat macamni depan orang lain. Si armel ni lah start. Suami dia takkan start kalau armel tak start. Menyampah dengan perempuan pendek ni.



"Laaa ada orang ke. Yang awak tu tak reti nak balik ke. " balas armel dan menekup mulutnya. Opss terlupa pesan encik suami untuk tak biadapa dengan orang lain. Habislah kena brain wash lepasni.



"Balik lah lina , tak baik lama-lama dekat rumah orang. Tambah lagi waktu sekarang juga. Dalam islam pun ada berpesan masa yang sesuai kan. " nasihat aliff. Aliff berharap dapat terkesan di hati lina.


Lina mendengus kegeraman dan berlalu keluar. Panas lagi hatinya kalau berlama-lama disitu. Ada ustaz tak berbayar pulak. Si armel ni pandai je tokok-tambah.


"Sayang , kita kalau berhadapan dengan orang yang tak suka kita. Kita kena sabar tau. Jangan balas kebencian dia tau. Sayang kena sabar. In shaa allah suatu hari nanti dia akan suka sayang kalau sayang tak membalas kejahatan. Jangan jadi macam ni okay. Abang taknak sayang benci siapa-siapa okay. Just chill okay. Maafkan orang lebih baik untuk tenangkan " tudung yang dipakai armel diusap-usap.


"Okay abang. Thanks for your sweet advice " hidung aliff dicuit. Siapa suruh hidung tak mancung macam shah rukh khan. Kalau mancung tak nak la cuit , nanti bertambah mancung.


"Sweet ? Yeke abang ni sweet ? Ke sour ? Or spicy. Ataupun bitter ? " soal aliff merenung anak mata armel. Senyumannya mula melakar pada wajahnya. Lesung pipit comel mula menimul menambah ketampanan.


"Abang sweet sangat. Lagi sweet kalau belanja sayang samyang noodle sekarang ni. Tak sangka ya abang ni sweet. Ingatkan abang ni kayu bergerak. Muka ketat je. Rupanya manis macam lori gula. Jom keluar ? Bosan la mengadap tv. Kita biarkan la mak andak dating dengan pak andak. " balas armel memujuk aliff untuk keluar. Yes armel memang kaki jalan. Suka travel melihat dunia luar. Memang setiap minggu akan pergi pasar malam kalau tak kepenatan. Isu penat je yang valid kalau armel tak pergi pasar malam. Separuh peniaga pasar malam tu juga kenal dengan armel.


Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now