"Kenapa aliff kau nak jumpa aku ni ? Ada apa-apa yang jadi ke ? Or pasal wadiyah ? Dia ada buat perkara teruk ke ? " soal iqbal pelik. Tiba-tiba aliff nak jumpa. Masa dalam call tak cakap apa terus cakap nak jumpa. Apa kena dengan daddy to be ni.
"Haa pandai. Aku nak tanya sikit. Kau jangan marah pulak. Aku bukan nak menyibuk tapi ni melibatkan isteri aku. " terang aliff jelas tidak mahu ada perselisihan faham nanti. Dia masuk campur pun sebab armel.
"Okay aku tak kesah. Go on " balas iqbal tenang.
"Betulke kau curang dengan wadiyah ? Kau kenapa sebenarnya ni. Aku lelaki kau lelaki. Aku faham masalah kau. So apa benda yang jadi sekarang. " soal aliff tenang.
"Ouh pasal tu. Hahahah. Aku tak sangka benda ni jadi serius. Sayang betul wadiyah dekat aku kan. Ni mesti kes aku dengan p.a baru aku tu kan. Dia tergelincir itu je. Aku macam tolong dia je. Dia dah kahwin bruh. Sekarang ni aku busy siapkan candle light dinner dengan wadiyah. Keep it secret k. Itu yang aku tak layan sangat. Kau ingat kau je sweet. Aku pun sweet hahaha. No need to worry okay. Kau tolong aku boleh ? Kau jangan bagi tahu armel tau ? " lah pasal ni ke. Sorry wadiyah. B tak tahu sayang kecik hati. Hehehe
"Hahahah okay okay. Sekarang masalah settle. Aku ok je tolong kau. Kau pun banyak tolong aku kan ? Boleh je. Kita kan brotherhood. " aliff geli hati mendengar penjelasan iqbal. Haihh nama pun perempuan overthinking banyak sangat.
~
Mana aliff ni. Kata nak pergi beli strawberry dengan coklat dekat hypermarket. Ini dah tiga jam dah. Baby sabar sikit ya. Daddy ni pergi beli buah macam buat buah. Mana la dia melencong ni. Haihh daddy ni.
Armel berjalan menuju ke muka pintu. Melihat kereta aliff masuk ke perkarangan. Ingat nak sembang dengan mama. Tapi mama buat macam tak layan je. Takpelah , bawa jelah diri sendiri. Armel melihat aliff keluar dari kereta terkocoh-kocoh. Armel sengaja menutup pintu dan masuk ke dalam bilik. Protes sikit ni.
"Armel , hadiah untuk mama takde ke ? " soal mama berang. Takkanlah takde hadiah untuk aku. Semalam aku dengar dia ada beli untuk umi dia. Tak adil la macam ni.
"Ade ma , kejap ye. Armil ambil. " armel masuk ke dalam bilik dan mengambil beg kertas yang berjenama LV. "Armel minta maaf kalau hadiah ni tak seberapa dan kalau mama tak suka" ujar armel rendah diri.
Aliff ada dekat sebelah ni , kena cover sikit. " Wahh apalah armel cakap macam tu. Lawanya. Thanks armel. " ujar mama berlakon. Nanti kena marah pulak dengan aliff. Bukan marah cuma tegur. Menantu dah baik , perangai mak mentua pulak buat hal.
"Sama-sama. " balas armel bersama senyuman.
"Ma , aliff masuk bilik dulu nak mandi. Sayang , barang yang sayang kirim tu ada dalam peti ais. " ujar aliff dan berlalu ke bilik.
Aik balik ja tiba-tiba moody semacam. Kenapa pulak mr dimple ni. Kena angin kus kus ke apa.
Setelah selesai mandi. Aliff duduk di birai katil. Mengeringkan rambutnya yang basah. Aliff masih memikirkan kejadian tadi di luar mcd. Rasya merangkul lengannya dengan lentok yang gedik. Macam mana kalau ada paparazzi yang ambil gambar. Habis kecoh satu malaysia nanti. Tajuk depan surat khabar "Jutawan muda malaysia curang" ya allah. Satu masalah lagi. Aku dah tolak dia dah. Sampai tersungkur pulak. Hahah padan muka. Gatal lagi kan.
"Abang , abang kenapa ? Ada masalah ? Sayang ada buat salah ke ? " soal armel pelik. Tiba-tiba je hilang lepastu balik-balik moody.
"Abang penat sikit , tadi abang pergi office kejap. Sign document. Sayang tolong sapu losyen dekat tangan dan badan abang boleh ? "
Maaf sayang. Abang terpaksa tipu sayang."Okay boleh je. Sayang urut sekali tau. Kesian abang kan. Abang, kalau ada apa-apa jangan tipu sayang tau. Sayang tak suka kena tipu. " ujar armel lagi. Nampaknya armel bagai dapat menghidu sesuatu.
Armel mula menyapu losyen ditangan aliff dengan penuh kasih sayang. Wanginya bau. Mata aliff terpaku pada wajah mulus aliff. Ikhlas sungguh armel mencintainya.
"Kenapa abang pandang sayang macamtu ? " soal armel. Macam lain je pandang orang. Macam ada buat salah. Lebih baik bagi tahu cepat.
"Rindu. Jom makan strawberry. Ambil baju abang kejap. Nanti ada orang datang rumah tengok abang tak pakai baju , melting pulak diorang. Kesian sayang jeles hahahha. "
"Sayang nak cakap sikit. " kelihatab armel bersalah sikit. Lepas mendapat panggilan daripada umi.
"Kenapa sayang ? " aku ada buat dia tersinggung ke ? Or dia dah tahu ni.
"Sayang nak balik rumah umi petang karang boleh ? Umi call tadi. Esok malam umi nak buat tahlil. Umi demam. Abang izinkan tak ? " soal armel berhatu-hati. Jangan tak boleh please.
"Haa nak balik rumah sana ? Baru balik sehari dah nak pergi sana ? " sampuk mama.
"Abang...." armel mahu aliff menyebelahinya kali ini.
Aliff hanya terdiam kaku. Armel menyorok dibelakang aliff. Takut kena herdik nanti. Pekak telinga.
Aliff ni senyap je kenapa."Kamu berdua ni memang tak sayang mama kan ? aliff kamu ada hak kan. Kamu cakap tak izinkan sekarang. Mama nak kamu duduk sini. Muktamad "
Tubir mata armel kelihatan berair. Akhirnya takungan air mata armel pecah juga. Setabah hatinya jugak ada tahap kesabaran yang sudah meletup. Asyik kena provokasi dengan ibu mertua memang memanaskan hatinya. Cukup sudah sabar.
Aliff tidak buat apa-apa. Dia sudah seperti orang bodoh apabila menjejakkan kaki ke rumah mamanya. Dia hanya melihat armel menangis dan tidak mampu buat apa-apa.
"Tidak mengapalah abang , mama. Armel boleh pergi sendiri. Maaf kalau armel menyusahkan. " armel terus memasukkan bajunya ke dalam bagasi dan mencapai kunci kereta. aliff dipandang sayu. Sampai hati membuat dirinya sedemikian.
Kereta dipandu laju ke rumah umi. Perjalanannya selamat. Dia harus kuat. Dia sudah buntu melihat ibu mertuanya tidak cukup menyakiti hatinya
![](https://img.wattpad.com/cover/103142052-288-k679402.jpg)
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...