"Sabar sayang , astaghafirullahalazim. Sabar , istighfar banyak-banyak. Aliff memeluk armel seeratnya , kepala armel diusap perlahan.
"Pergi , pergi la... Kenapa selalu hadir masa saya tak perlukan awak. Lepas .... Saya tak mampu bahagiakan awak. Saya hanya MENYUSAHKAN awak. Aliff lepaskan saya. Saya tak sanggup hidup dengan awak. Hati saya hancur. Susah untuk saya terima awak. Luah armel menangis.
"Sayang , abang faham perasaan sayang. Bukan senang nak terima abang balik lepas abang herdik sayang. Keluar dengan perempuan lain. Sayang , kalau sayang tak dapat terima dan layan abang dengan baik , tolong sayang fikirkan anak kita. Sayang, abang sayangkan sayang sangat sangat. Sayang..... Aliff sudah menitiskan air mata. Berjurai air mata jatuh menitik ke bumi. Sungguh pilu rasanya apabila perbuatan memakan diri sendiri.
"Anak ni saya boleh jaga sendiri , saya akan jaga aib awak. Saya takkan cerita betapa buruknya bapa dia dan macam mana bapa dia dah sakitkan hati saya. Saya mampu buat semua benda. Saya tak perlukan awak , awak boleh pergi sekarang. Tolong aliff saya nak seminggu untuk tenangkan hati. Saya nak pergi bercuti. Armel perlukan masa yang secukupnya untuk menyembuhkan hatinya.
"Maaf sayang , abang tak tahu macam mana nak minta maaf dengan sayang. Dan buat sayang maafkan abang. Sayang , kalau sesaat pun abang dah gila carikan sayang macam mana dengan seminggu. Sayang , takda cari lain ke sayang ? Seminggu lama sayang. Abang tak boleh berpisah dengan sayang. Anak abang. Abang sayang. Tolong sayang , biar abang jaga sayang , abang rayu sayang. Abang akan jaga sayang sampai sayang bersalin lepastu kalau sayang tak dapat maafkan abang dan masih bencikan abang , abang rela lepaskan sayang dengan anak kita. Aliff mengesat air mata kelakiannya jatuh. Hatinya gusar dengan tindakan isterinya. Sungguh isterinya sudah berjauh hati denganngya disebabkan sarah. Perempuan itu membuatkan aliff hilang segalanya. Sayang tolong sayang tolong..... Omel hatinya yang gelisah.
"Saya tak setuju , saya nak awak lepaskan saya sekarang dan lepastu awak boleh lah pergi kahwin dengan sarah. Saya izinkan. Saya lagi rela diceraikan daripada melihat suami saya berzina dengan perempuan lain dan menjatuhkan air muka saya. Hmph...
"Abang berani sumpah demi al-quran dekat sini yang abang tak buat apa-apa dengan sarah. Abang tak pernah berzina belakang sayang dengan perempuan lain. Sayang please jangan fitnah abang. Abang ada bukti suara kenapa abang buat semua ni. Terang aliff
"Sudahlah sudah .... Apa sebab kukuh yg awak ada ? Hah nak jaga saya kunun , sedangkan haritu awak tarik rambut saya sampai saya jatuh pengsan. Awak bukan sakiti batin saya sahaja malah zahir saya. Apa semua ini aliff ? Soal armel tidak puas hati
"Sayang , abang minta maaf. Abang tahu abang salah , sayang betul. Tolong sayang. Abang ikutkan perasaan abang masa tu. Sayang hukumlah abang. Abang sanggup sayang. Tapi sayang jangan pernah tinggalkan abang. Sayang jantung abang , abang tak boleh hidup tanpa jantung abang.
Aliff betul-betul tidak mahu kehilangan armel tambahan pula armel sedang mengandung cahaya mata mereka.Aliff lepaskan pelukan armel dan ke kaki armel lalu menciumnya. "Abang tak buat semua benda tu sayang , tolong maafkan abang. Abang merayu sayang. Iskk iskk..... Air mata aliff bercucuran di telapak kaki armel.
Rasa bersalah dan simpati menerpa diri armel. Tetapi dia tidak kisah , dia tetap dengan egonya. Selalu sangat jadi baik last-last kena tikam belakang. Biarlah aliff ni , aku nak tengok sampai tahap mana dia boleh pujuk dan sayangkan aku.
"Aliff , armel , umi terlambat ke ? What's going on. Ni kenapa aliff ni ? apa yg armel buat ? Soal umi sangsi apabila melihat menantunya mengucup kaki anaknya armel dan menangis sekuat hati. Dan dia sempat dengar menantunya tidak habis-habis meminta maaf dan anaknya tidak mengendahkannya.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...