Filem hantu dari negara seberang itu mula belayar. Filem dari negara thailand banyak unsur keagamaan menambah ketakutan para penonton. Suhu yang begitu sejuk sekali di dalam panggung wayang menambah lagi ketakutan.
"Sayang okay ? " soal alifd dari sebelah. Dari tadi menggigil je tengok. And , main handphone je bukan nak tengok filem ni.
"Jom keuar ? " pelawa armel. Serius aku takut sangat sekarang ni. Cerita ni lain macam. Tambah lagi part jampi serapah tu. Aircond ni pun satu , kuat bukan main. Menyesal tak pakai hoodie tadi.
"Takut ehh ? Meh peluk abang. Atau duduk atas peha abang ke. Abang peluk sayang ya ? " aliff menepuk ribaannya dan tersenyum nakal. Sengaja lah tu nak minta maaf , atau nak ambil peluang.
"Mana ada takut. Abang jangan gatal sangat eh. Lempang karang. Jom la keluar. Nak gi tandas. Sejuk sangat lah. " ajak armel lagi. Taknak aku pergi tandas seorang-seorang. Nanti ada benda tu ikut ke. Tambahan pula tandas merupakan tempat singgahannya.
"Kiss kat sini dulu. And cakap sayang dah maafkan abang. Kalau taknak pergi tandas seorang-seorang. " ugut aliff pula untuk menamatkan perang ini. Bukan tidak tahu armel sukar untuk memaafkan apabila dirinya terluka. My bad. Mulut ni selalu terlepas cakap.
"Tak pelah , boleh pergi sendiri " armel bangun dan melepaskan tangan aliff. Semua benda nak senang je kan. Buat salah minta maaf. Kalau boleh nak goreng je bibir tu dalam minyak panas. Cakap suka tak fikir sangat kan.
Tangan armel ditarik untuk duduk semula. Aliff merapatkan wajahnya. "Abang teman okay. I'm just joking around with you " bisik aliff. Armel sekadar mendengus kegeraman.
"Nadia , nanti kita jumpa dekat sushi king. Akak nak keluar pergi popular jap. Kalau dah habis text akak okay " bisik armel.
Bukan armel tidak mahu mengajak nadia menemannya keluar. Tapi , kasihan melihat nadia dan izham. Mereka peminat tegar filem hantu. Takkanlah hanya sebab ego dirinya , orang lain yang kena susah. Lain lah kalau susahkan aliff , itu takpe. Hehe.
"Amboi , tadi merajuk ni dah ada dekat manja-manja pulak ya. Boleh la bagi aku anak buah lagi " usik izham dari jauh. Tadi bukan main marah lagi dengan suami tu. Bila dah jumpa kena pujuk terus cair ya kau armel. Izham ketawa terbahak-bahak.
"Eiyh , kau diamlah. " balas armel.
Mereka berdua berjalan membongkok dan secara senyap agar tidak mengganggu orang lain.
Sepanjang jalan ke tandas. Armel hanya mendiamkan diri. Malas nak cakap dengan aliff ni , cakap sepatah seribu patah dia balas. Sakit hati tau.
Aliff merangkul bahu armel erat bagai tidak mahu melepaskan. Armel pula dari tadi menepis. Tetapi apakan daya , dia hanya seorang wanita kecil tak mampu melawan. Armel hanya memeluk lengan aliff selepas ugutan diberi. Ada ke patut dia kata lepasni nak makan mcd , aku nak makan sushi king. Sepupu aku dan diri aku sendiri memang minat gila dengan sushi. So , terpaksa lah ikutkan encik lesung pipit ni.
"Abang tunggu dekat luar. Jangan masuk. Cctv ada eh. " arah armel apabila separuh badan armel sudah di dalam pintu tandas. Tetapi aliff masih tidak melepaskan dirinya.
Aliff hanya tersenyum manis dan membuat mini heart. Jangan lama-lama ya sayang. Abang rindu nanti.
Armel di dalam tandas hanya memandang cermin sepi. Dia hanya membetulkan gaya tudung. Pelembap bibir tidak lupa dioleskan sedikit. Suhu yang sejuk cukup mengeringkan bibirnya.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Roman d'amour"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...