Syukur ke hadrat ilahi. Penerbangan mereka selamat. Armel tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan ibu.
Armel harap ibu akan dapat menerima kehadiran syed sebgai sahabatnya.
"Armel , ibu awak okay ke dengan kehadiran saya ? " soal syed perlahan kerana tekaknya agak sakit selepas menjerit menengking Aliff.
"Awak jangan risau. Ibu saya okay. Sorry tau kalau rumah saya tak semegah rumah awak. Keluarga saya tak sekaya keluarga awak. Awak belum jumpa ibu saya lagi. Kalau awak jumpa , saya yakin awak akan suka. Ibu saya masak sedap taw. Ini yang membuatkan saya gemuk. Huhuhu " Armel mencari bahan lawak untuk menutup kerisauan syed.
"Awak cantik je saya tengok. Thanks armel terima saya. Saya tak pernah kisah pun tentang status kita. Pada pencipta kita semua sama kan. Yang membezakan hanya amalam sahaja. "
Syed tersenyum nipis. Baginya , dia hanyalah sederhana. Bersyukur atas kurniaannya.
Perjalanan menuju ke rumah ibu mengambil masa 45 minit. Orang kanan syed memandu dengan laju menuju ke rumah agam milik ibu.
"Ayah , nanti ayah nak pergi jalan-jalan kat mana ? Zhaf boleh bawakkan. Nanti kita pergi zoo negara nak tak ? " petah zhaf mengajak syed makan angin.
"Okay sayang , nanti ayah bawa. Tapi zhaf kena tanya mummy jugak. Kalau mummy okay , ayah bawa zhaf. " Sengaja syed menguji zhaf.
Dia tahu , zhafran kadangkala gentar dengan armel. Armel mempunyai ketegasan di dalam kelembutannya. Sekali dia marah haru dunia.
"Zhaf , ayah ada hal kat sini. Next time okay kita pergi sama-sama. " Armel memujuk zhafran.
Esok dia san syed harus melawat tapak pembinaan baru di setapak. Zhafran akan ditinggalkan dengan ibu buat sementara.
"Ayah janji lepas kerja kita pergi. " Jari kelingking syed diangkat.
Zhaf menautkan jari mereka dan tersenyum bahagia.
"Awak , esok awak penat. Kesian awak. Zhaf , next time please. " Ujar armel lagi. Nak lawat side. Lepastu laporan lagi. Fuh !
"Taknak ! Zhaf nak esok. Ayah dah janji dengan zhaf ! " Rengek zhafran.
"Okay sayang ayah bawa. Kalau mummy taknak ikut , kita tinggalkan mummy " Syed ketawa apabila armel menjuihkan bibirnya.
"Siapa kata saya taknak ikut. Syed please nak ikut " Armel mengelipkan matanya.
"Hahahah , kan ayah dah kata. Mummy nak ikut sebenarnya. Esok zhaf pakai wangi-wangi tau. Ayah balik lambat sikit so ayah tak sempat nak mandi. Zhaf tahan tau bau ayah esok hahahahha "
"Ayah sentiasa wangilah " puji zhafran.
Ceh ! Nak ambil hati la tu. Mentang-mentang syed layan karenah dia. Suka benar ya. Omel armel.
Rumah agam milik armel dimasuki mereka.
Syed membaca papan tanda yang teguh berdiri di hadapam rumah itu. "Tan sri Razman ? Awak keturunan tengku ? "
"Ya saya. Jangan ber"tengku" pulak ya. " pesan armel ringkas.
"Assalamualaikum ibu " laung armel dari luar.
"Waalaikumsalam " Mak jah menyahut.
"Ibu mana ? " tangan pembantu rumah itu dikucup.
"Dalam bilik. Ini siapa ? " soal mak jah.
"Bos armel , tuan syed Al-ikhman. " terang armel.
"Mak cik boleh panggil saya syed " sapa syed ramah. Dia tidak mahu dilabel sombong.
"Ibu ... " tangan wanita tua yang bergelar itu dicium beberapa kali.
"Armel... Bila sampai " ibu terbatuk-batuk.
"Baru sahaja tadi. " armel tersenyum nipis melihat ibu gembira dengan kehadirannya.
"Siapa jejaka tampan ni ? " soal ibu dalam nada mengusik.
"Ini majikan armel dekat sana. Tuan syed al-ikhman. Baik orangnya ibu. Tuan banyak tolong armel dekat sana. " terang armel.
Syed sudah tersipu malu dalam rasa gemuruh di hatinya.
"Makcik panggil je saya syed. Saya kawan baik armel kalau di luar pejabat. Saya harap makcik izinkan saya berkawan dengan armel. "
"Eh , boleh sangat. Terima kasih ya nak. Syed panggil makcik ibu okay. "
Syed tersenyum. Bahagianya rasa ada ahli keluarga baru.
~
Aliff berjumpa dengan Suhaila. Dia mahu mengaturkan strategi yang hebat bagi memisahkan armel dan syed.
"Suhaila , jumpa di cafe " - aliff
"Yes akhirnya. Okay " - suhaila
Sudah lama suhaila menunggu akhirnya aliff muncul juga.
"Lambat gila kau duh " marah suhaila.
"Ade hal lah. Sue , tolong aku please. Pujuklah armel. Kau kawan baik dia. Kau mesti lagi kenal dia. Kelemahan dia semua. Aku boleh minta tolong kau je. Tolong aku. " rayu aliff.
"Aku tengah cuba slow-slow ni. Kau ada plan ke ? Aku takde plan yang bernas. Kita bincang macam mana. Aku sayang armel. Aku taknak dia kahwin 2 kali duh. Kesian zhaf ada ayah baru. Kau kena tackle zhaf weh. "
"Aku tahu. Syed tackle zhaf dulu kan. Dia tarik perhatian zhaf. So senang mereka nak meet up. Kau tolong la alihkan perhatian syed. Kau suka dia kan ? So go for it weh. Aku sayang relay aku. "
Plan ? Plan apa ni ?
SyedXarmel
AliffXarmel
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...